Dari puncak Beliung, kami singgah di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah untuk menunaikan solat. Ramai juga pelancong yang datang berkunjung ke masjid ni.
Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah merupakan salah satu masjid popular di Batam yang wajib singgah. Masjid yang gah terbesar di Sumatra yang juga menjadi kebanggaan masyarakat tempatan.
Seni bina masjid ini menggabungkan seni bina Melayu dan Timur Tengah dengan warna putih dan biru.

Asal-usul nama masjid ini diambil daripada Sultan Mahmud Riayat Syah III. Sultan Mahmud Riayat Shah III (Mahmud Syah III) [محمود شاه] atau nama panjang baginda Paduka Sri al-Wakil al-Imam Sultan Mahmud Riayat Syah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin III ibni Sultan Abdul Jalil Syah V merupakan sultan Johor-Riau-Lingga ke-16 pada 1761-1812 Masihi.
Sultan Mahmud Syah III diputerakan pada tarikh bersamaan 24 Mac 1756, putera kepada Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah dengan isteri keduanya, Tengku Puteh binti Daeng Chelak. Baginda merupakan putera bongsu dan baginda merupakan adinda kepada Ahmad Riayat Syah (berkuasa dari tahun 1761-1770). Sultan Mahmud Syah III naik takhta pada usia sekitar 14 tahun menggantikan kakandanya, Ahmad Riayat Syah.
Sultan Mahmud Syah III membuka Lingga dan menjadikannya pusat pemerintahan Riau-Johor-Lingga-Pahang. Namun akhirnya dengan campur tangan penjajah dan musuh-musuh politik dalaman maka akhirnya pusat kesultanan di Lingga mengecil hanya untuk berkuasa di Riau-Lingga sahaja di bawah naungan kuasa Belanda, manakala Johor-Pahang bernaung pula di bawah kuasa Inggeris.
Akibat daripada perpecahan itu juga, pentadbiran kerajaan Riau-Johor-Lingga dibahagi kepada tiga negeri dan diperintah oleh pemerintah yang berlainan, iaitu Singapura diperintah Bendahara, Riau diperintah Yamtuan Muda dan Lingga diperintah Sultan.
Semasa menjadi Sultan Riau-Johor-Lingga-Pahang, Sultan Mahmud mempunyai beberapa orang isteri iaitu :

Ruang solat muslimat pula sebelah belakang ruang utama dipisahkan menggunakan panel penghadang berserta tirai. Tak bolehlah nak buka tudung terus sebab masih ada ruang kecil yang boleh nampak di celah tirai.

Selesai menunaikan solat, sempatlah ambil gambar kejap. Tak berlamaan pun sebab nak ke tempat lain pula. Dapatlah bergambar di 8 payung membran gergasi di halaman luar yang diinspirasikan dari Masjid Nabawi di Madinah.

Angin meniup sepoi-sepoi bahasa di ruang ni. Berkibar bagai bendera baju kami dibuatnya. Sejuk pula tu memijak lantai marmar.
Gambar terakhir sebelum gerak balik. Tak teringat pula nak bergambar depan masjid dan ambil secara panorama dok sibuk borak dengan mak sambil berjalan menuju ke luar tu. Kena jadi pemegang tangan mak sebab mak tak boleh jalan laju-laju dan jauh.


Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah, Batam
Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah adalah sebuah masjid yang berada di kota Batam, Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia.Masjid ini memiliki kubah terbesar di Indonesia, dengan muatan lebih daripada 25000 orang jemaah. Masjid ini juga dilengkapi dengan 8 payung membran setinggi 17 meter, seperti yang ada di Masjid Nabawi.
Total luas bangunan Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah ini mencapai 57114 meter persegi, sedangkan luas tanahnya mencapai 41422 meter persegi bersamaan 4 hektar lebih.
Sejarah Masjid Sultan Mahmud Riiayat Syah, Batam
Peletakan batu pertama dilakukan oleh Muhammad Rudi pada 30 April 2017. Pembangunan masjid ini memakan waktu 2 tahun, dan kemudian dirasmikan oleh walikota batam Muhammad Rudi pada 20 September 2019.
Asal-usul nama masjid ini diambil daripada Sultan Mahmud Riayat Syah III. Sultan Mahmud Riayat Shah III (Mahmud Syah III) [محمود شاه] atau nama panjang baginda Paduka Sri al-Wakil al-Imam Sultan Mahmud Riayat Syah Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin III ibni Sultan Abdul Jalil Syah V merupakan sultan Johor-Riau-Lingga ke-16 pada 1761-1812 Masihi.
Sultan Mahmud Syah III diputerakan pada tarikh bersamaan 24 Mac 1756, putera kepada Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah dengan isteri keduanya, Tengku Puteh binti Daeng Chelak. Baginda merupakan putera bongsu dan baginda merupakan adinda kepada Ahmad Riayat Syah (berkuasa dari tahun 1761-1770). Sultan Mahmud Syah III naik takhta pada usia sekitar 14 tahun menggantikan kakandanya, Ahmad Riayat Syah.
Sultan Mahmud Syah III membuka Lingga dan menjadikannya pusat pemerintahan Riau-Johor-Lingga-Pahang. Namun akhirnya dengan campur tangan penjajah dan musuh-musuh politik dalaman maka akhirnya pusat kesultanan di Lingga mengecil hanya untuk berkuasa di Riau-Lingga sahaja di bawah naungan kuasa Belanda, manakala Johor-Pahang bernaung pula di bawah kuasa Inggeris.
Akibat daripada perpecahan itu juga, pentadbiran kerajaan Riau-Johor-Lingga dibahagi kepada tiga negeri dan diperintah oleh pemerintah yang berlainan, iaitu Singapura diperintah Bendahara, Riau diperintah Yamtuan Muda dan Lingga diperintah Sultan.
Semasa menjadi Sultan Riau-Johor-Lingga-Pahang, Sultan Mahmud mempunyai beberapa orang isteri iaitu :
- Anak Bendahara Abdul Majid di Pahang. Isteri ini mangkat pada tahun 1803 tanpa beroleh anak.
- Cik Makuh, anak pembesar Bugis Daeng Maturang, yang juga dikenali dengan nama Encik Jaafar. Dari perkahwinan ini lahir seorang putera bernama Tengku Hussain atau Tengku Long.
- Cik Mariam anak pembesar Bugis bernama Dato Syahbandar Hassan. Mereka beroleh seorang putera bernama Tengku Abdul Rahman (Raja Jumaat atau Si Komeng). Pulau Lingga diserahkan hakmiliknya kepada Tengku Abdul Rahman.
- Pada tahun 1803, Sultan Mahmud Syah III berkahwin dengan Raja Hamidah atau Engku Puteri anak Al Marhum Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang). Mereka mempunyai cahaya mata perempuan tetapi meninggal dunia tidak lama setelah dilahirkan. Kata sesetengah orang, Pulau Penyengat yang berhampiran Pulau Bintan dijadikan emas kahwinnya. Pulau ini diperindah dan digelar Pulau Penyengat Indera Mulia. Baginda menyerahkan pulau itu kepada Raja Hamidah sebagai hak milik peribadinya.
sumber dari : Hayy Al Musafir Travel & Tours Sdn Bhd

Tengok dari kejauhan pun dah nampak betapa besarnya kubah masjid ni. Encik Suami sempatlah juga ambil gambar kubah utama dari ruang solat muslimin. Kubah ini berukuran 63 meter dan merupakan antara kubah terbesar di Indonesia.
Ruang utama solat pula luas tidak mempunyai tiang penyangga di tengah supaya saf jemaah lebih tersusun dan selesa.

Ruang solat muslimat pula sebelah belakang ruang utama dipisahkan menggunakan panel penghadang berserta tirai. Tak bolehlah nak buka tudung terus sebab masih ada ruang kecil yang boleh nampak di celah tirai.

Selesai menunaikan solat, sempatlah ambil gambar kejap. Tak berlamaan pun sebab nak ke tempat lain pula. Dapatlah bergambar di 8 payung membran gergasi di halaman luar yang diinspirasikan dari Masjid Nabawi di Madinah.

Angin meniup sepoi-sepoi bahasa di ruang ni. Berkibar bagai bendera baju kami dibuatnya. Sejuk pula tu memijak lantai marmar.
Kalau dapat rehat lama sikit di sini, dapatlah explore banyak lagi ruang yang menarik di sini. Tapi tulah kami tak cukup masa pula.
![]() |
| Payung membran |
Gambar di bawah ni pula Menara Pandang yang tingginya 99 meter dimana dari atasnya dapat melihat pemandangan sekitar Batam. Kalau ada lebih masa bolehlah naik ke atas menara. Tapi kita ngak punyai waktu yang banyak. Hanya melihat saja dari bawah cukuplah.
![]() |
| Menara pandang |
Gambar terakhir sebelum gerak balik. Tak teringat pula nak bergambar depan masjid dan ambil secara panorama dok sibuk borak dengan mak sambil berjalan menuju ke luar tu. Kena jadi pemegang tangan mak sebab mak tak boleh jalan laju-laju dan jauh.

Alhamdulillah dapat juga kami singgah di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah yang cukup cantik dan indah ni. Dapat jugalah menunaikan solat di sini.
Cuaca mendung dan gambar pun jadi kelam.
Bersambung...
Cuaca mendung dan gambar pun jadi kelam.
Bersambung...


23 تعليقات
Cantik masjidnya, penuh kisah sejarahnya. Thanks for sharing Fiza
ردحذفCantik sangat.
حذفSama-sama.
Cantiknya masjid tu. Sejuk mata memandang.
ردحذفCantik sangat masjid ni.
حذفCantik sungguh masjid ni.
ردحذفAlhamdulillah...Cantik sangat wak masjidnya.
حذفPernah jejak batam tapi 'zaman' tu tak terpikir nak jejak masjid hehe... mungkin kalau jejak lagi ke sana, akan cuba singgah tmpt² yg terkini di sana
ردحذفTakpe, pasni KakRet jalan-jalan ke Batam pula pergi tempat-tempat best. Masjid pun ada beberapa lagi yang tak sempat kami singgah.
حذفJom Ako Retna buat lawatan sambil berjalan makan2 minum2 ke BATAM.
حذفCantiknya masjidnya lagi-lagi payung gergasi itu. Terima kasih atas perkongsiannya. Bila sebut Batam memang akan sembang tentang Kerajaan Riau - Lingga dan Johor kan
ردحذفKann...Suasana macam di Masjid Nabawi. Ye, ada pengaruhnya sebab dekat-dekat je tu.
حذفnak naik menara tu kena bayar ke fiza?
ردحذفbesar juga ya masjid ni...
25k jemaah tu kira dah ramai betul...
Tak pasti lah Anies sebab tak sempat nak ke situ.
حذفYe, besar Masjidnya.
Cantik kaler masjid, sejuk je nengok.
ردحذفGabungan warna tu menarik. Mostly Masjid-Masjid di Malaysia pun banyak guna warna putih biru juga kan.
حذفPantas saja saya merasa pernah dengar nama sultan ini, ternyata masih ada hubungan dengan Sultan Alaudin riayat Syah yg saya baca baru2 ini. Wajarlah saling terkait, sebab memang dulu Melayu itu luaaas sangat kan, termasuklah Batam ini pun jadi kekuasaan Melayu.
ردحذفSukaa lihat mesjidnya kak. Kalau saya nanti ke Batam, pasti akan singgah ke beberapa masjid di sana juga.
Warna kombinasi biru dan putih memang buat sejuk di mata, apalagi cuaca Batam panas.
Ya, sebab dekat-dekat je antara Malaysia dan Batam tu. Ada lagi masjid-masjid yang tak sempat kami singgah. Masjidnya memang cantik. Betul, warna tu menarik untuk seni bina masjid.
حذفHebatnya seni bina tanpa tiang kat tengah ruang solat tu, mesti rasa lapang sangat bila berada kat dalam. Kubah 63 meter tu pun dari jauh dah terserlah keindahannya! Kena plan masa lama sikit kalau repeat Batam nanti, boleh luangkan masa naik Menara Pandang & pusing satu masjid. Terima kasih berkongsi kisah sejarah Sultan Mahmud Riayat Syah ni jugak Fiza
ردحذفYe, kena plan betul-betul baru dapat explore tempat-tempat menarik di Batam.
حذفSama-sama kak.
cantik sangat masjid ni.. besar pula tu.. warna dia lawa..
ردحذفjohor-pahang tu Malaysia la kan?? kira nya zaman dulu memang berkait2 semuanya...
Ye, betul. Pengaruh dari Malaysia.
حذفsweet jer kaler biru dan putih
ردحذفSesuai sangat kombinasi warna ni untuk seni bina masjid kan.
حذف