Julai 2026 | Encik Suami dalam perjalanan balik kerja dan singgah pasar malam. Nak beli apa-apa tak katanya. Saya pun tak tahu nak apa sebab tak tahu apa yang ada kat pasar malam tu. Beli je lah apa-apa.
Ada putu mayam. Nak tak? Pun boleh. Putu Mayam warna hijau, perisa pandan. Didatangkan sekali dengan gula perang, gula merah dan juga kelapa parut.
Balik rumah Encik Suami cerita, peniaga tu tanya nak gula perang ke gula merah? Encik Suami kata dua-dua lah. So kena tambah RM0.50 untuk tambah 1 pek kecil gula.

Kuih yang sedap bila semuanya bergabung. Saya sukakan rasa manis yang tak manis sangat dan rasa lemak masin kelapa parut tu sebab dicampur dengan garam sekali kan. Selain putu mayam, putu bambu dan putu piring pun saya suka juga.
30 تعليقات
Wah, sedapnya putu mayam pandan! Saya gaul sekali. So tasty! Pernah cuba dragon beard candy tak? Boleh tahan mirip!
ردحذفOhh gaul semuanya sekali baru makan ye. Okay boleh cuba cara macam ni pula. Tak pernah cuba lagi dragon beard candy tu.
حذفTengok putu mayam ni macam teringin pula. Zaman kecik dulu emak selalu beli dengan penjaja India yang jual putu mayam keliling kampung naik basikal. Sekeping tak silap 15 atau 25 sen. Lupa dah harganya.
ردحذفOhh ada ye? Saya ingat sate je orang ada jual naik motor. Rupanya putu mayam orang jual nasi basikal. Murah tu. Puas makan yang pastinya kan.
حذفWeii lama nya tak makan putu mayam... dulu slalu beli dari moto yg lalu depan rumah eheh akrg ssh nak jumpa kan
ردحذفSama jugak komen macam kak Amie. Maksudnya dulu-dulu orang jual putu mayam naik basikal/motor. Saya tak pernah melalui zaman tu. Sekarang nak cari kat pasar malam je lah biasanya ada kan.
حذفKuih kegemaran Kak Widad ni.. asal jumpa wajib beli. Dia ngikut nenek yang suka putu mayam.
ردحذفJarang generasi sekarang suka kuih lama-lama ni kan. Hihi..mesti ada yang sama selera gitu kan dalam family. Okaylah ada geng.
حذفAkk pun suka putu mayam Fiza. Dulu arwah ayah selalu beli jika ke pekan.
ردحذفKuih favourite orang dulu-dulu lepas tu menurun ke kita pulak kan. Kuih lama-lama mengingatkan kita kenangan lama.
حذفSy suka putu mayam -D
ردحذفSaya pun suka. Geng lah kita.
حذفanything yg nama putu2, saya tak reti sangat makan. pastu kakak saya ejek hahaha
ردحذفAlahaiii kena ejek pulak disebabkan putu. Makan je masuk mulut Mazni. hihi...
حذفBerarti Putu mayam di sana tak makan dengan kuah ya kak? Krn kalau di sini putu mayam itu disiram kuah yg terbuat dari santan dan gula merah atau gula aren.
ردحذفTak. Kat sini macam ni je. Kering-kering semuanya. Lain pula kat sana makan dengan kuah santan dan gula merah ye. Macam kuih lopes pulak.
حذفsekali sekala memang sedap mkn putu mayam. saya biasanya beli kat psr mlm sri gombak..cuma ari tu masa breakfast buffet kat hotel parkroyal a famosa tu..ada la putu mayam ni!
ردحذفYe, kat pasar malam je lah mudah nak cari dan beli. Ohh ye, rare sungguh hotel ada menu ni.
حذفWahhhh sedapnya putu mayam. Memang sedap betul makan dengan gula perang.
ردحذفMakan dengan gula perang atau gula melaka pun sodap. Janji cukup kelapa parutnya juga. hihi..Sedap berlemak masin manis gitu.
حذفammi last makan masa kecil... dulu masa kecik suka gaul semua pastu ammi curahkan air teh sikit. Motif apa curah teh o tu entahlah..tp jadi senang jugalah nak telan sebab dah basah
ردحذفSaya pun nak tanya apa motif curah air teh tu. hihi..Buat macam kuah pulak ek.
حذفJiran akak jual putu mayam kat pasar malam..rasanya dia kot sebab x ramai melayu yg jual putu mayam...akak makan cubit sikit2 cicah gula merah dan kelapa, x tau la macam mana cara makan dia yg betul
ردحذفDia ada jual kat coral heights tak? Kalau ada mungkin dia lah tu kot. Itulah kan, kita ikut cara kita makan je. Tak tahu macam mana nak makan cara yang sebenar. hihi...
حذفSuka putu mayam. Betul rasa manis, masin, lemak sedikit tapi akak punya warna putih.
ردحذفBiasa memang warna putih kan. Yang ni warna hijau pandan.
حذفsuka putu mayam. tak pernah jemu .nyumss
ردحذفakak tukar link blog tau.
Betul-betul peminat putu mayam ni. Tak pernah jemu.
حذفBaik, saya ambil maklum. Terima kasih inform.
Dah lama tak makan putu mayam. Apam balik pun dah berminggu tak makan. Eh!!
ردحذفEh..banyak pulak yang lama tak makan kan. Maknanya kena beli tu nanti. Hihihi...
حذف