Jun 2026 | Sebelum gerak balik rumah dari Pantai Teluk Kubur tadi, ajak Encik Suami singgah di Pantai Purnama kejap nak tengok air jernih ke tidak. Kotlah dapat mengubati kekecewaan haritu FOMO air laut jernih kat PD ni.
Saya tak tahulah kenapa ajak ke sini bukan di Pantai Poli tu. Sepatutnya pergi situ dulu sebab tak pernah pergi. Pantai Purnama ni dah berkali-kali datang. Balik dari PD baru terfikir. Takpelah, dah terlambat untuk menyesal.
So dah sampai tu, jomlah kita turun. Mujur haritu ada parkir kosong. Nampak dari jauh air macam jernih je, macam cantik je.

Ramai juga orang datang berkelah dan mandi manda kat sini. Budak-budaklah beria mandi air laut tengah panas ni.

Air surut jauh sikit dari pantai. Cetek je dan tak dalam. Itu yang budak-budak seronok mandi tu. Saya pun ambil peluang celup-celup kaki sikit.

Airnya jernih tapi berkeladak sikit pada dasarnya. Kira jernih jugalah dan bersih. Tak lama pun kami kat sini sebab panas matahari betul-betul atas kepala.

Dah jomlah kita balik. Nak pergi pantai ni kena pergi pagi atau petang baru best redup sikit. Panas-panas ni nak buka mata pun payah. Sunburn satu hal juga. Mendapatlah sunburn 3.0. Gigih juga nak singgah Pantai Purnama kan.
14 تعليقات
panas2 mcm ni kalau mandi kompem legam hehehe
ردحذفTahu takpe. Kita yang kejap je pun terasa panasnya dan confirm suburn. huhu...
حذفKalau dulu saya sanggup berpanas tepi laut tapi sekarang kena duduk bawah pokok sajalah untuk melihat air pasang surut. Lain betul panasnya.
ردحذفSamalah kita kak Amie. Sekarang tak sanggup dah. Cukuplah masa dulu-dulu je kan. Sekarang pun tengah musim strok haba. Panas lain macam.
حذفDulu zaman kecil, Krn saya tinggal di Aceh Utara, itu daerah laut. Ada pantai yg biasa kami datangi utk piknik dan main air. Tapi trus, ada beberapa kejadian, di mana beberapa orang anak hanyut terbawa ombak, dan meninggal semuanya.
ردحذفAkhirnya sejak itu memang dilarang utk berenang di pantainya..
tp dah besar gini, memang tidaklah main2 pantai hahahahha. Dah berpikir ttg sunburned 🤣
Allahuakbar...Pasti sedih ahli keluarganya kalau datang ke situ terus mengingatkan kejadian lalu. Semoga tidak ada kecelakaan berlaku lagi. Kadang ada dilarang, masih ada yang berdegil juga.
حذفBetul, dah besar ni setakat main air di di tepi je sudahlah kan.
Nak hilang sunburnt tu kemain lama.. nak mendapatnya sekejap je 😅
ردحذفTulah pasalnya. Duduk sekejap tengah panas pun dah sunburn dah. Aduhaiii..Pakai sunscreen pun macam tak function kadang tu. Hadap yo lah.
حذفsaya sejak umur 40s and thn ni 50, memang tak leh gi tmpt2 panas..so kalau gi pantai, saya akan dok dlm keta or dok bwh2 pokok tu jer
ردحذفOhh faham. Tak sanggup nak berpanas kan. Kalau ke pantai kena cari tempat redup.
حذفAkak x pasti la pernah ke tak pergi pantai Purnama ni...hahahaha....
ردحذفHihi..kena check balik dalam blog. Biasanya ada ceritanya kan. Kalau takde maknanya tak pergi singgah lagi.
حذفRasanya pernah berkhemah kat sini dulu kalau tak silap. Berbelas tahun lalu di zaman muda remaja.
ردحذفLama dah tu. Boleh datang lagi berkelah dengan family pula.
حذف