Kalau bercuti tu rasa cepat betul masa berlalu sampai terlewat kami nak jalan-jalan petang di sekitar Golden Palm Tree ni. Lepas solat asar sibuk menggosok baju, rehat kejap tahu-tahu dah pukul 6 lebih. Terus bersiap keluar nak mengejar sunset view.
Sementara bersiap tu buat video kejap dan ambil gambar dari balcony bilik. MasyaAllah cantik betul permandangan matahari terbenam/ sunset view di sini.

Dapat menikmati suasana permandangan senja yang cantik begini. Best ni kalau ada camera DSLR boleh ambil gambar sunset yang cantik.

Nampak di pantai Bagan Lalang tak kurang meriahnya ramai orang pada hari Sabtu. Macam banyak juga khemah-khemah di bawah pokok.

Dah alang-alang keluar tu, jomlah kita evening walk kejap. Bakar kalori dan kumpul steps. Cuaca pun dah tak panas dan redup je. Tapi bawa jugalah portable kipas hadiah dari blogger CCL. Berguna sangat.

Kena ikut laluan yang hijau ni untuk pejalan kaki. Untuk keselamatan dan tak menganggu laluan buggy dan basikal. Di sini boleh juga naik basikal. Tapi kami jalan kaki je lah. Basikal tu tak pasti sewa atau boleh request je.

Jauh juga kami berjalan untuk sampai di tengah pokok palma ni. Disini ada cafe, infinity swimming pool dan lain-lain lagi. Tak sempat kami nak explore sebab dok mengejar sunset.

Berdekatan swimming pool ada gym. Gym dia sebesar seluas chalet je. Tapi macam best lah sambil menikmati permandangan laut.

Tak dapat menginap di bahagian pelepah ni, kita jalan-jalan je lah kat sini. Masih dalam misi mengejar sunset.

Untung kalau dapat bilik yang hujung sekali tu dapat permandangan laut kiri kanan depan yang cantik semestinya. Tapi mesti lagi mahal lah kan. Tak pasti bilik jenis apa yang tu. Mungkin bilik Royale Thatch Villa kot.

Sambil berjalan mencari sunset view yang cantik tu, cari sudut yang menarik sikit untuk ambil gambar.

Selepas penat berjalan barulah jumpa tempat yang menarik untuk menikmati permandangan senja di Golden Palm Tree ni. Tapi tulah dapat tengok sekejap je. Cepat betul matahari terbenam. Tak sempatlah nak buat video timelapse pun.

Tak sempat juga nak ambil gambar berlatarbelakangkan matahari terbenam. Dapat ambil gambar suasana permandangan layung senja pun jadilah kan.


Tak lama sangat kami di sini. Tengok matahari terbenam dan ambil gambar je. Untung jugalah jalan-jalan sampai sini kan. Cantik laluan bahagian pelepah di sini.

Tak bawa tripod, kena wefie 0.5 je lah. Tak suka sebenarnya selfie wefie, tak nampak sangat permandangan yang luas. Lebih suka orang ambil gambarkan atau guna tripod.

Cantik sangat permandangan di sini. Rasa macam semua tempat nak ambil gambar. Boleh habis cepat bateri handphone macam ni.

Dalam perjalanan ke bilik melalui swimming pool tu barulah nampak meriah sikit orang mandi manda.


Tapi cerminnya mengejek kita sungguh. Herot berot rupa dia.

Balik tu kami naik buggy je lah. Rasa macam malas pula nak jalan dan nak cepat sebab nak Maghrib dah. Baiklah kita naik buggy je.

Tempat menunggu buggy disediakan tempat duduk. Disana tu pintu masa ke Bila Bila Restaurant. Esok pagi akan sarapan di situ.

Balik bilik pacak tripod letak di balcony buat video timelapse sementara bersihkan diri, solat Maghrib dan bersiap untuk keluar. Cantik suasana senja di sini. Tapi dah gelap tu tak nampak apa dah. Gelap gelita.

Sementara bersiap tu buat video kejap dan ambil gambar dari balcony bilik. MasyaAllah cantik betul permandangan matahari terbenam/ sunset view di sini.

Dapat menikmati suasana permandangan senja yang cantik begini. Best ni kalau ada camera DSLR boleh ambil gambar sunset yang cantik.

Nampak di pantai Bagan Lalang tak kurang meriahnya ramai orang pada hari Sabtu. Macam banyak juga khemah-khemah di bawah pokok.

Dah alang-alang keluar tu, jomlah kita evening walk kejap. Bakar kalori dan kumpul steps. Cuaca pun dah tak panas dan redup je. Tapi bawa jugalah portable kipas hadiah dari blogger CCL. Berguna sangat.

![]() |
| buggy stop |
Kena ikut laluan yang hijau ni untuk pejalan kaki. Untuk keselamatan dan tak menganggu laluan buggy dan basikal. Di sini boleh juga naik basikal. Tapi kami jalan kaki je lah. Basikal tu tak pasti sewa atau boleh request je.

Jauh juga kami berjalan untuk sampai di tengah pokok palma ni. Disini ada cafe, infinity swimming pool dan lain-lain lagi. Tak sempat kami nak explore sebab dok mengejar sunset.

Berdekatan swimming pool ada gym. Gym dia sebesar seluas chalet je. Tapi macam best lah sambil menikmati permandangan laut.

Tak dapat menginap di bahagian pelepah ni, kita jalan-jalan je lah kat sini. Masih dalam misi mengejar sunset.

Untung kalau dapat bilik yang hujung sekali tu dapat permandangan laut kiri kanan depan yang cantik semestinya. Tapi mesti lagi mahal lah kan. Tak pasti bilik jenis apa yang tu. Mungkin bilik Royale Thatch Villa kot.

Sambil berjalan mencari sunset view yang cantik tu, cari sudut yang menarik sikit untuk ambil gambar.

Selepas penat berjalan barulah jumpa tempat yang menarik untuk menikmati permandangan senja di Golden Palm Tree ni. Tapi tulah dapat tengok sekejap je. Cepat betul matahari terbenam. Tak sempatlah nak buat video timelapse pun.

Tak sempat juga nak ambil gambar berlatarbelakangkan matahari terbenam. Dapat ambil gambar suasana permandangan layung senja pun jadilah kan.



Tak bawa tripod, kena wefie 0.5 je lah. Tak suka sebenarnya selfie wefie, tak nampak sangat permandangan yang luas. Lebih suka orang ambil gambarkan atau guna tripod.


Dalam perjalanan ke bilik melalui swimming pool tu barulah nampak meriah sikit orang mandi manda.

Nampak cermin ni, takkan tidak kita ambil gambar kan. Ala-ala gaya Jepun suka ambil gambar di cermin begini.

Tapi cerminnya mengejek kita sungguh. Herot berot rupa dia.

Balik tu kami naik buggy je lah. Rasa macam malas pula nak jalan dan nak cepat sebab nak Maghrib dah. Baiklah kita naik buggy je.

Tempat menunggu buggy disediakan tempat duduk. Disana tu pintu masa ke Bila Bila Restaurant. Esok pagi akan sarapan di situ.

Balik bilik pacak tripod letak di balcony buat video timelapse sementara bersihkan diri, solat Maghrib dan bersiap untuk keluar. Cantik suasana senja di sini. Tapi dah gelap tu tak nampak apa dah. Gelap gelita.

Bersambung...

42 تعليقات
Gambar² awak x yah DSLR pun dah cantek wak hehehe....
ردحذفTak cukup semalam ..kena amek 2 malam baru puas jalan² kat situ kan hehe
Kann..kena stay lama sikit baru sempat explore semua.
حذفAla, gambar biasa kurang sharp lagi tu KakRet.
Terima kasih KakRet.
Subhanaullah
ردحذفSgttt indahhh
Gambar dan pemandangan yg damai terasa takkala melihatnya
Indah sangat. Sangat tenang melihat keindahan alam ciptaan Allah.
حذفcantik view sunset...akak dlu time sunset kitorang tgh lepak kt pool melayan tisya mandi lama smp kecut taknak balik bilik
ردحذفSunset kat sini memang cantik sangat dengan suasana permandangan lautnya kan. Hihi..zaman suka mandi kolam ye. Dah besar ni mesti macam kurang sikit nak mandi kolam.
حذفlawa sgt view sunset ni
ردحذفSangatt..Puas hati dapat menikmati sunset kat sini.
حذفSubhanallah. Cantik2 gambar sunsetnya.
ردحذفSangat cantik sunsetnya. Indah ciptaan Allah.
حذفCantiknya.... pemandangan yang ada laut, sunset, pantai memang cantik...
ردحذفYe Kak Dana, semuanya serba cantik di sini.
حذفSuka view dia pepetang.. kalau jalan keluar sana pun cantikkkk.. banyak kedai makan seafood kalau taknak makan dalam ni kannn.. mudah banyak fasiliti menarik
ردحذفCantik sangat view petang kat sini. Setiap masa pun cantik permandangannya. Betul, ada kedai makan dekat-dekat je tapi biasanya full house ramai orang. Betul, facilities menarik kat sini.
حذفSubhanallah cantiknya view
ردحذفSangat cantik. Alhamdulillah dapat menikmatinya di sini.
حذفcantik semua gambar sunset yg diambil.
ردحذفTerima kasih Afif.
حذفPercaya tak? Uncle sampai hari ni tak pernah sampai sini... lom ada rezeki
ردحذفInsyaAllah nanti ada rezekinya mesti sampai sini uncle.
حذفTadinya saya nak ajak suami ke maldives saat anniversary kami. Tp setelah baca ini, seandainya tak jadi ke maldives, saya ajak stay di sini sajalah, jauh lebih murah juga 😄😄
ردحذفBest juga bercuti di sini sempena anniversary. Maldives tu laut dia lagi cantik dan menarik Fanny.
حذفYour photos are absolutely gorgeous!!! Thank you so much for sharing your journey!
ردحذفThank you Linda.
حذفI'm happy to share 😁
Best jenjalan kawasan sekitar fresh je rasa. Dapat tengok view sunset, sunrise.
ردحذفYa, dapat udara yang segar jauh dari bandar. sikit. Permandangan sunset sunrise yang cantik.
حذفfeeling-feeling, mekaceh bawa sama menikmati sunset dan pemandangan cecantik.
ردحذفSama-sama Sya.
حذفwahah bestnyaaaa. tak pernah sampai sini. selalu tengok orang punya gambar je.harga nya belum mampu lagi hehehee
ردحذفInsyaAllah nanti ada rezeki bolehlah menginap di sini.
حذفsubhanallah...what a view.. cantiks...
ردحذفSangat cantik view kat sini.
حذفCantiknya Golden Palm Tree, ni, Pizzah. Nampak happy sungguh wajah yang dipotretkan sebab dapat jalan² menyaksikan matahari terbenam. Berapalah agaknya harga bilik kat hujung tu, kan. Yang tak berapa hujung pun rasanya dah mahal tapi berbaloi rasa bila disajikan dengan keindahan alam begini.
ردحذفCantik Sangat. Alhamdulillah dapat menyaksikan permandangan cantik disini. Semestinya happy. hihihi...
حذفKann..dah boleh agak bilik hujung tu mesti mahal harganya. Ya, berbaloi sangat dengan pemandangan cantik dari bilik pun.
Gambar semua cantik.. terutama yang last. Ada beberapa tone colour.
ردحذفTerima kasih kak Faiza. Cantik suasananya kan.
حذفMasya-Allah, cantik semua gambar Fizah ambil. Hotel ini pun cantik sangat. Suka tengok, sebab atas air. Akak pernah merasa duduk di Lexis Hibiscus je, itu pun reward suami long service beberapa tahun lepas, masa anak-anak kecil lagi. Syoknya, kalau dapat repeat cuti di sana lagi.
ردحذفTerima kasih Kak Nur. Hotel/resort ni memang cantik. Bestnya dapat staycation kat Lexis Hibiscus tu. Teringin juga nak stay kat situ.
حذفPemandangan sunset selalunya memang molek teruk kan. Syahdu je kadang-kadang tuh bila kita menghayati keindahannya. Satu senja boleh ada beberapa warna jingga yang berbeza
ردحذفBetul. Sunrise, sunset permandangan yang cantik dan menakjubkan ciptaan Allah. Kita hanya perlu menikmatinya. Betul. Indah sungguh kan. Ya, layung senja yang sangat cantik. Sunset glowing gituuu...
حذفSubhanallah, cantik sungguh pemandangan sunset di Golden Palm Tree ni. Walaupun guna kamera telefon bimbit je, hasil gambar tetap nampak glowing dan indah sangat ciptaan Allah!
ردحذفCantik sangat permandangan sunset kat sini. Dapat tengok full view.
حذف