30 Jun 2026 | Pagi hampir ke tengah hari, kakak saya call beritahu yang kakak ipar baru je meninggal disusuli dengan whatsapp dari anak buah" ucu mak dah takde".
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali)
Allahuakbar..pedih, sedih mendengarkan ayat tu. Terasa sakit dan sesak dada sama macam bila dapat perkhabaran berita arwah abah (2022), arwah abang (2024), arwah mak (2025), meninggal sebelum ni.
Seorang demi seorang Allah ambil. Itulah suratan takdir kita sebagai manusia. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
Begitahu Encik Suami yang sedang training masa tu. Syukurlah dapat balik sebab emergency. Kami terus ke Banting. Tak sempat nak jumpa arwah buat kali terakhir sebab saya sampai jenazah dalam perjalanan ke kubur.
Begitahu Encik Suami yang sedang training masa tu. Syukurlah dapat balik sebab emergency. Kami terus ke Banting. Tak sempat nak jumpa arwah buat kali terakhir sebab saya sampai jenazah dalam perjalanan ke kubur.

Dapatlah saya mengiringi jenazah dalam perjalanan terakhir arwah. Kali terakhir saya jumpa arwah sewaktu teman jaga di IKN. Alhamdulillah segala urusan Allah permudah.
Rehatlah...Tiada lagi sakit yang perlu ditanggung.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Allahummaghfirlaha warhamha wa’aafi ha wa’fu anha
Ya Allah, Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.
Allahummaghfirlaha warhamha wa’aafi ha wa’fu anha
Ya Allah, Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.
Ya Allah, kau lapangkan kuburnya, jadikan syurga tempat istirehatnya yang kekal. Semoga arwah kakak ipar, Faridah binti Sidik ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...
Al-Fatihah
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ
Pemilik hari pembalasan
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙ
Tunjukilah kami jalan yang lurus
صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ
(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
...آمين
Hari ni genap 40 hari Kakak Ipar ke negeri abadi.
29 تعليقات
Al Fatihah..
ردحذفSemoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..aamin
Aamiin...Terima kasih Linda.
حذفSalam takziah buah keluarga fiezah serta anak buah nya tu. Kehilangan yang pasti dirindui selalu. Semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang solehah disisiNYA
ردحذفBenar sekali. Rindu yang tiada penghujung.
حذفAamiiin...Terima kasih KakRet.
Salam takziah.. Al-Fatihah utk arwah kakak ipar
ردحذفTerima kasih kak.
حذفSalam takziah buat Pizzah dan keluarga ipar. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Amin.
ردحذفAamiiin...Terima kasih kak Amie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat kak Amie dan keluarga.
حذفSalam takziah
ردحذفSemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang berima dan beramal solehah
Aamiin...
حذفTerima kasih wak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat wak dan keluarga. Aamiin...
Al-fatihah.. Salam takziah
ردحذفTerima kasih Afeezz
حذفSemoga Allah membalas dengan segala kebaikan untuk Afeezz.
حذفAamiin...
Innalilahi wainnailaihi rojiun ... Sedih sangat pasti kalau mendengar keluarga meninggal , apalagi dekat pula hubungan. Insyaallah kakak ipar mendapat tempat yg terbaik di sisiNya. Dilapangkan kubur beliau, dan dijadikan sakitnya sebagai penggugur dosa.
ردحذفBetul tu, sangat sedih.
حذفAamiin...
Terima kasih Fanny. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan untuk Fanny dan keluarga. Aamiin...
Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam takziah buat keluarga. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan tabah hadapi dugaan kehilangan ini.
ردحذفAamiinn.
حذفTerima kasih. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Turut berduka juga di atas pemergian kakak ipar Fiza.
ردحذفSemoga rohnya ditempatkan bersama orang² yang beriman tanpa hisab.
Terima kasih kak.
حذفAamiin...
Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
salam takziah. moga arwah ditempatkan di taman2 syurga..aamiin
ردحذفAamiin..
حذفTerima kasih. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
Semoga arwah kakak iparnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
ردحذفAamiin...
حذفTerima kasih KakSarie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
Salam takziah buat Fiza dan seluruh keluarga. Semoga roh almarhumah Kakak Ipar (Faridah binti Sidik) dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Fiza sekeluarga diberikan ketabahan dan kekuatan. Al-Fatihah.
ردحذفAamiin...Terima kasih kak.
حذفSemoga Allah membalas dengan segala kebaikan untuk akak dan keluarga. Aamiin...
Al-Fatihah untuk arwah. Semoga tenang di sana. Amin.
ردحذفAamiin...Terima kasih Kak Wina.
حذفSemoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Kak Wina dan keluarga. Aamiin...
Salam Takziah. Al Fatihah.
ردحذفAamiin..Terima kasih.
حذف