Sebelum kami berpisah ke destinasi masing-masing, mak ajak makan malam. Adik ipar bawa ke Azo 96 Murtabak Kg Melayu berhadapan dengan Masjid Kampung Melayu Majidee. Meriah ramai orang kat sini. Meriahlah sebab banyak food vendor yang ada kat sini.

Antara menu yang ada. Ini je sempat saya ambil gambar. Ada yang tak ada dalam buku menu. Nanti akan ada pekerja datang ke meja ambil pesanan. Semua pesanan akan di bawa ke meja. Kita hanya perlu duduk dan menunggu dengan sabar je.

Saya pesan air teh o ais limau dan Encik Suami pesan air teh ais. Dua tiga hari ni banyak pula teguk air manis. Cheat day berterusan ni. Tak boleh jadi.


Saya pesan tomyam campur, nasi putih dan telur dadar. Sekali datang, menimbun nasi putihnya. Nasi goreng yang mereka pesan pun membukit. Mujurlah Encik Suami tak pesan nasi goreng juga. Kami makan kongsi-kongsi bagi habis.


Antara menu yang ada. Ini je sempat saya ambil gambar. Ada yang tak ada dalam buku menu. Nanti akan ada pekerja datang ke meja ambil pesanan. Semua pesanan akan di bawa ke meja. Kita hanya perlu duduk dan menunggu dengan sabar je.

Saya pesan air teh o ais limau dan Encik Suami pesan air teh ais. Dua tiga hari ni banyak pula teguk air manis. Cheat day berterusan ni. Tak boleh jadi.
Tak suka pula kalau pesan minuman ada limau ni adabiji limau. Sedut-sedut tersedut biji limau. Aduhaiii..Silap pula order air teh o ais limau. Lain kali order teh o ais je senang.

Encik Suami kongsi makan murtabak dengan adiknya. Besar betul ek martabak dia. Inipun bukan mereka kongsi berdua je, kami pun jamah sorang sikit. Puas hati isi dagingnya banyak. Sedap pun sedap.

Kuahnya pekat likat dan sedap. Kalau jenis suka kuah banyak rasa macam tak cukup porsinya. Kuahnya kuah kacang dhal.

Kuahnya pekat likat dan sedap. Kalau jenis suka kuah banyak rasa macam tak cukup porsinya. Kuahnya kuah kacang dhal.

Saya pesan tomyam campur, nasi putih dan telur dadar. Sekali datang, menimbun nasi putihnya. Nasi goreng yang mereka pesan pun membukit. Mujurlah Encik Suami tak pesan nasi goreng juga. Kami makan kongsi-kongsi bagi habis.
Kuah tomyam campur sedap pekat. Panas dan pedas. Melecur lidah bila mula rasa tu. Sedap kena dengan selera tapi menahan panas dan pedas dia tu sampai rasa nak meleleh air mata.

Alhamdulillah kenyang perut senang hati. Kami berpisah ke destinasi masing-masing. Adik ipar balik KL dan kami balik Seremban. Hari Ahad, highway agak banyak kenderaan. Mujurlah Encik Suami cuti hari Isnin esoknya tu.
46 تعليقات
Lain macam murtabaknya, banyak daging. tak mcm murtabak sini, banyak bawang jer
ردحذفKann..puas hati makan murtabak kat sini. Sedap pun sedap.
حذفnampak macam murtabak singapura?
حذفMungkin jugalah sebab area JB ni memang popular juga dengan murtabak Singapore kan.
حذفHehe kalau akak pancing biji-biji limau itu sebelum sedut minum.
ردحذفPandai eh adik ipar pilih kedai makan sedap.
Hihi..tak rajin nak pancing satu-satu.
حذفDia dah biasa kawasan ni sebab dulu pernah study kat JB. Plus, rajin juga ke Batam. Agaknya resto ni dia rajin singgah kot.
ingatkan menu murtabak je..ada mcm2 menu juga...meriah daging dlm murtabak tu
ردحذفItulah, ingatkan kedai murtabak rupanya macam food court je macam-macam ada. Meriah banyak dagingnya.
حذفMurtabak dia menyelerakan sangat tu.. alhamdulillah rezeki Pizzah dapat masakan yg best
ردحذفSangattt. Habis licin makan. Alhamdulillah semuanya sedap-sedap.
حذفAlhamdulillah, sedapnya Murtabak Kg Melayu Azo 96 di Johor Bahru tu! Hao chi! Cheat day berterusan tu relatable sangat! Bab tersedut biji teh o ais limau memang potong mood.
ردحذفAlhamdulillah..Itulah tu, kalau dah jalan lupa dah apa itu diet.
حذفKann..rasa potong nikmat nak minum air tu.
Sekali pandang pun tahu tomyam tu sedap hehe...
ردحذفSuka murtabak kering2 gini.
Adeh, tersedut biji limau tu boleh potong mood nak minum kan :D
Tengok rupa dah tahu sedap kan. hihihi...sedap murtabak kering macam ni kurang minyak juga. Isi daging pun banyak dan kuah pekat. Itulah tu, stress nak minum air tersedut biji limau.
حذفOh, dah sampai Kg Melayu Majidee, mereka² ni. Ni cerita balik dari Batam, kan. Okey, nanti kita turun bawah baca previous entry. Murtabak di JB ni memang besar dan penuh isi, puas hati makan. Alahai, kesian pulak sedut air limau tu, mesti biji limau asyik tersumbat dalam straw, hehehe.
ردحذفHihi..kami dah sampai sini dah. Ye, balik dari Batam. Memang puas hati sangat makan murtabaknya. A'ah tulah setiap kali sedut mesti tersedut biji. Stress pulak ittewww
حذفTerliur pulak tengok tomyam pekat likat tu sedapnya hirup.
ردحذفTomyam pekat macam ni memang sedap. Makan pulak masih panas-panas lagi. Sedap menghirupnya.
حذفMeriah sungguh daging dalam murtabak tu. Memang puas hati makan ni. Antara sebab KSarie tak rajin nak order teh o ais limau adalah selalu sangat kejadian tertelan biji limau tu😅Gambar tomyam itu udah menampakkan kepedasannya
ردحذفPuas hati sebab banyak isi dagingnya. Failed betul kalau hidang air dengan bijinya kan. Serik nak order air berlimau ni. Ya, pekat, pedas dan sedap.
حذفdah lama x lalu kg melayu majidee jln tebrau tuuh., huhu
ردحذفTakpe wak, balik JB nanti bolehlah lalu dan singgah sini pekena murtabak sekali.
حذفHui! Dah lama tak pekena murtabak macam tu... Kat Johor banyak
ردحذفYaa kat Johor memang popular murtabak macam ni. Kena makan murtabak kalau je JB.
حذفOk, murtabak nya saya akan mampir pas Desember nanti ke Johor. 😍😍. Kliatan sedapnya.
ردحذفSamaaa kak, saya pun tak suka kalau biji limau tuh terikut. Apalagi kalau tak sengaja tergigit, pahit memang . Merusak rasa
Eh, Fanny ke JB sekali ke nanti? Ingatkan pergi KL je. Bolehlah nanti lajak ke Batam. hihihi...
حذفAlamak, kalau tergigit tu lansung tak best.
Iyaaa, jadi memang ke JB dulu seminggu. Trus ke Terengganu 2 malam, baru seminggu ke KL. 😄. Christmas di JB, new year di KL
حذفWah lama tu kat JB. Terengganu macam tak cukup 2 malam tu sebab banyak tempat best kat sana. Lama Fanny di Malaysia. Selamat cuti-cuti.
حذفHow nice that your mother invited you for dinner! Lovely photos, the food looks very tasty!
ردحذفYes, we had the chance to eat together. Everything tasted so good!
حذفThanks a bunch!
kedainya selesa, boleh nikmati makanan dgn rileks.
ردحذفbolehla cari balik Johor nnt.
Ye, ramai lepak makan kat sini. Meriah betul. Jangan lupa singgah sini balik Johor nanti.
حذفKampung Sis tu Fiza.. rumah arwah Mak di sana..
ردحذفMurtabak situ memang sedap, selalu beli murtabak cheese..
Lahh ye ke..Kita tumpang makan kejap ek kat sini. hihi...Tulah, sedap betul murtabaknya. Okay kita locked menu murtabak cheese tu. Ada rezeki sampai sini boleh order ni pulak.
حذفNampak menyelerakan sekali murtabaknya.
ردحذفBukan nampak je tau, sangat menyelerakan. Licin pinggan sebab sedap.
حذفkalau tengah sejuk atau hujan, sedap hirup tomyam tu
ردحذفYeee...nikmat betul kan dapat makan kuah panas-panas ni.
حذفnmpk sedap tu mertabak sbb byk daging. puas hati!
ردحذفSedap dan puas hati makan murtabak isi daging banyak macam ni. Alhamdulillah...
حذفmcm murtabak singapore pun ya
ردحذفbesar dan byk isi...
pekat tu kuah dal dia...
Mungkin jugalah murtabak Singapore. Saya tak belek pula menu murtabak yang dipesan tu.
حذفYe, pekat sangat dan sedap cicah dengan murtabak tu.
Part tersedut biji limau dalam air Teh O Ais Limau tu memang paling geram dan relate sangat Fiza! Potong mood betul nak minum. Tapi berbaloi sebab dapat pekena murtabak banyak daging tu..Meriah betul meja makan siap ada tomyam dengan nasi putih menimbun macam tu memang kena makan kongsi-kongsi, lagi-lagi bila perut dah sarat. Syoknya percutian diakhiri dengan makan sedap...
ردحذفKann... Jadi stress pulak nak minum air. Alhamdulillah semuanya sedap dan habis di makan. Kenyang perut senang hati nak jalan jauh.
حذفHusband pernah singgah situ purposely nak beli murtabak.. tak ingatlah bila tapi memang portion dia besar lah. Masa tu tapau makan kat hotel je. Makanan femes kat sesuatu tempat, bila dah sampai haruslah mencuba 😁
ردحذفPuas hati beli dengan portion dan level sedapnya tu kan. Wajib belilah kalau dah sampai sini. Setiap tempat mesti ada signature makanan dia yang patut kita cuba kan.
حذف