Encik Suami sakit tulang belakang. Tak pasti dari mana puncanya dan rujuk ke hospital. Kali ni ke Columbia Asia Hospital pula sebab pakar di KPJ Seremban tak available. Semua pakat sibuk ramai pesakit agaknya.
Selepas X-ray doktor beritahu sekian-sekian. Tak serius dan tak ada apa-apa katanya. Doktor bekalkan ubat dan pelekat ada infrared tu. Tengok dalam masa seminggu dua minggu macam mana.
Banyak faktor sebenarnya, mungkin duduk lama buat kerja. Atau beban beg berat naik motor. Atau bawa motor yang perlu membongkok sikit.
Atau boleh jadi juga disebabkan tilam yang sudah tidak empuk lagi. Tilam biasa yang sudah lama di pakai. Bak kata suara lori jual tilam tu, "tilam lama, tukar baruuu"
Mulanya kami survey online je, kemudian pergi ke King Koil Flagship Store Seremban untuk feel jenis-jenis tilam yang ada di sana. Nanti bolehlah kita fikirkan yang mana kita lebih selesa.

Masuk kedai di sambut mesra oleh seorang aunty Cina. Agaknya pemilik kedai ni kot. Bagus betul layanannya mesra alam. Sembang macam tak tahu bila dia nak berhenti cakap. Peramah betul aunty tu.

Encik suami cuba baring atas beberapa tilam untuk feel keselesaan tu. Aunty tu kata, baringlah dik. You boleh feel. Tak payah malu. You suka yang mana, kasi tau lah. Nak comfort ke, macam mana? Tak payah pergi jumpa doktorlah, beli tilam saja sudah okay maaa...

Macam-macam jenis model katil tilam King Koil ada. Showroom dia dua tingkat dan besar. Showroom dia pun menarik sangat, suasana dan dekorasi macam dalam bilik tidur sangat. Dengan cahaya lampu yang malap-malap sikit tu.
Kami cuba lah survey tilam yang lebih berkualiti untuk kegunaan jangka masa panjang demi menjaga kesihatan tulang yang semakin berusia ni. Dalam banyak-banyak jenama, tertarik dengan jenama King Koil.
All King Koil mattresses being chiropractor-tested and chiropractor-trusted for clinically sound postural support and for those who value back care.

Masuk kedai di sambut mesra oleh seorang aunty Cina. Agaknya pemilik kedai ni kot. Bagus betul layanannya mesra alam. Sembang macam tak tahu bila dia nak berhenti cakap. Peramah betul aunty tu.

Encik suami cuba baring atas beberapa tilam untuk feel keselesaan tu. Aunty tu kata, baringlah dik. You boleh feel. Tak payah malu. You suka yang mana, kasi tau lah. Nak comfort ke, macam mana? Tak payah pergi jumpa doktorlah, beli tilam saja sudah okay maaa...
Di tingkat bawah ni tilam empuk best yang terdapat di hotel-hotel lima bintang tu. Range harga pun empuk jugalah mendengarnya. Atas empat lima ribu lebih dan ke atas lah.

Macam-macam jenis model katil tilam King Koil ada. Showroom dia dua tingkat dan besar. Showroom dia pun menarik sangat, suasana dan dekorasi macam dalam bilik tidur sangat. Dengan cahaya lampu yang malap-malap sikit tu.
Bahagian tingkat atas ni murah sikit range harga dia seribu lebih dan keatas. Ada juga jual dengan pakej katil sekali.


Dah survey dan feel tilam tu, boleh kira-kira dan fikirkan nak beli yang mana satu nanti mengikut bajet. Kalau beli di sini dah tentu original dan tilam King Koil ni ada warranty 15 tahun dan penghantaran percuma.
Tilam lama tu mereka boleh tolong dispose kan. Kalau tak silaplah. Mudah macam tu, senang urusan kita jugalah tak tahu mana nak buang tilam lama tu nanti kan.
Beli online memang ada yang murah tapi risau juga yang palsu dan tak berkualiti. Kita tak nak lah jadi tipah tertipu. Benda bukan murah. Beribu tu. Baiklah beli di flagship store je. Biar berbaloi membeli tu selari dengan kualiti barang dan perkhidmatannya.
Masih berfikir lagi atau survey lagi jenama lain. Kot ada yang tahu tilam yang bagus untuk back pain, bolehlah tinggalkan komen. Terima kasih.
Oh ya, baik betul aunty tu layan kami walaupun tak beli apa-apa. Tapi awal-awal dah bagitahu nak survey dulu. Terima kasih aunty! Tak lupa untuk ucapkan terima kasih pada aunty sebelum keluar kedai.
Masih berfikir lagi atau survey lagi jenama lain. Kot ada yang tahu tilam yang bagus untuk back pain, bolehlah tinggalkan komen. Terima kasih.
Oh ya, baik betul aunty tu layan kami walaupun tak beli apa-apa. Tapi awal-awal dah bagitahu nak survey dulu. Terima kasih aunty! Tak lupa untuk ucapkan terima kasih pada aunty sebelum keluar kedai.
30 تعليقات
Selain tilam, bantal pon penting. kalau tilam dan bantal dah sedap, jangan sampai tak bangun subuh plak ye...
ردحذفYe tak ye juga kan. Bantal pun penting juga. Kalau tidak sakit leher bangun tidur tu.
حذفHaa tu paling penting tu kan. Jangan terlajak subuh pulak.
Kita suka kalau tukang kedai layan mesra mcm tu kan walau kita survey² je dl... mana tau tergerak hati ada duit kita terjah balik kedai n beli terus tilam hehe
ردحذفKannn...tak mustahil nanti kita akan datang lagi dan beli di situ.
حذفBagus betul kalau kedai boleh bantu dispose tilam lama tu! Nak beli tilam King Koil memang puas hati bila ada warranty, rasa berbaloi melabur untuk tidur lena.
ردحذفYe, bagus sangat kan. Banyak kelebihannya tu tapi modal dia kena besar jugalah. huhuhu...
حذفdekorasinya bagaikan mengajak kita laydown di situ juga ye. hahaa~
ردحذفbu
Ye benarrr...Saya nak tumpang tidur kejap kan. hihihi...
حذفbut true, tilam lama yg tak bertulang buat belakang jadi sakit.
ردحذفKann..dah sampai masa agaknya kena tukar tilam baru.
حذفTilam2 kesihatan ni boleh tahan jugak keras harganya....
ردحذفYe uncle. Kita pun jadi keras tengok harga tu.
حذفKalau saya beli daripada Aunty itu sebab layanan baik.
ردحذفBagus juga beli dari kedai sebab kita dah rasa dan tahu ia asli. Lagipun penghantaran percuma.
Hehe selamat mencari Aphizha.
Masih survey lagi tilam jenama lain. Kalau King Koil rasa macam beli di sini je nanti.
حذفrasa2nya katil kat bilik i pun brand king koil ni
ردحذفDah lama beli ke tu? Okay tak guna sampai harini? Model apakah?
حذفi mean set kati+tilam
ردحذفOhh beli set lah gitu. Kalau beli set berbaloi jugalah kan.
حذف*typo: katil hahahah sorry la byk kali plak komen
ردحذفBaik, faham. No problem lah.
حذفSetuju sangat Fiza, beli tilam untuk kesihatan belakang ni memang pelaburan jangka panjang. Tambah ada warranty 15 tahun & service tolong dispose tilam lama, sangat memudahkan! Kalau kena bajet & selesa, berbaloi sangat amik King Koil tu.
ردحذفYe kak. Masih memikirkannya. Modal besar untuk jangka masa panjang ni tapi berbaloilah untuk kesihatan tulang belakang dan keselesaan.
حذفpegi ke kedai dpt tgk sdiri br puas hati nk beli..husband akak suka beli online..wife nya riso sbb kita suka belek2 dlu brg nk di beli
ردحذفBetul, nak feel sendiri rasa keselesaan tu. Risau nak beli online kalau yang mahal-mahal ni.
حذفTilam Lama Tukar Baru. Dah lama tak dengar ini.
ردحذفBiasa kat taman-taman on weekend selalu dengar. hihihi...
حذفKalau beli tilam baik ke kedai tengok sendiri kan. Biar confirm quality
ردحذفBetul tu, kena rasa sendiri sebelum membeli. Biar berkualiti dan berbaloi membelinya pun.
حذفKing koil memang baguuuuuus sangat kalau ada masalah tulang belakang 👍👍👍👍. Krn papa saya pakai. Dan ada kasur khusus nya juga utk masalah tulang. Papa pakai yg tidak empuk. Tp masih nyaman utk tidur. Dah lamaaaa usia kasurnya, Krn memang king koil nih awet sangat kak . Mahal tp worth it lah
ردحذفItulah rasa nak kena beli King Koil jugalah. Biar selesa dan bagus untuk tulang belakang. Ya, mahal tapi berbaloi pakai untuk jangka masa yang panjang. Terima kasih share pengalaman papa Fanny.
حذف