Dari Terminal Feri Harbour Bay terus meluncur jalan-jalan cari makan. Belum sempat panas bontot duduk, kereta dah berhenti. Lahhh dekat je rupanya tempat makan yang nak dituju. Jalan kaki dari tadi pun boleh. Tak jauh mana.
Adik ipar berhenti di Rumah Makan Sederhana @RM Sederhana yang tak jauh dari Terminal Feri Harbour Bay. Jomlah kita turun makan. Perut pun dah lapar.
Dalam Feri pun jamah mi segera sehelai je buat rasa-rasa. Hahaha..Serba salah nak makan banyak sebab anak buah berselera nau makan.

Rumah Makan Sederhana ni terkenal dengan hidangan nasi padang. Ada dua ruang makan, satu dalam yang ada penghawa dingin, satu lagi ruang di luar di tepi laut. Kami makan di dalam je ada penghawa dingin, sejuk sikit.

Atas meja ada keropok melinjo dan ada juga keropok kulit lembu di sebelah lagi satu (tak ada dalam gambar). Mak offer keropok kulit lembu, saya gigit. Umangaii kogheh bona. Gigi kita pula manja macam mana kan.

Saya pilih es jeruk (fresh orange). Segar tekak dapat minum air jus oren. Tapi rasa dia lain sikit. Macam limau yang dah rosak sikit. Ke memang rasa dia macam tu? Bedal je lah.

Saya ambil lauk terung berlada, seketul rendang daging dan ayam rendang sikit. Setakat tu je selera saya nak makan. Jenis bukan makan banyak macam tu lah. Kadang bergantung juga dengan selera dan menunya. Lagipun lately ni kurang berselera nak makan.

Rasa terung berlada tu of courselah sedap sebab kita suka makan terung berlada. Daging dan ayam tu rasa dia kurang sikit sebab agak kering masakan dia. Tu yang ambil sikit buat rasa-rasa penambah lauk. Alhamdulillah kenyang.
Bersambung...
36 تعليقات
Keropok Melinjo tu sedap walaupun pahit...
ردحذفYa, ada yang suka. Arwah mak saya suka keropok melinjo ni. Saya boleh makan tapi kurang gemar.
حذفkalau waktu lunch better mkn dkt ruang yg ada aircond.Baru tenang sikit =D
ردحذفBetul, sejuk dan selesa tu yang kita cari. hihi...
حذفFeberwtt melinjo
ردحذفTu
Duluu x sukaaa skrg tersukaaa pula
Maknan lauk padang sedap2
Cik Nur peminat melinjo ye. Syok makan kalau ada depan mata kan. Alhamdulillah ada juga yang kena dengan selera.
حذفLauk Nasi Padang mana paling must-try kat sana? Ruang ber-AC tu confirm selesa giler pas jalan2! Terung berlada tu memang penambah selera kan? Kalau ayam daging lembut sikit mesti 10/10!
ردحذفMungkinlah kot. Sini memang banyak nasi padang. Betul, ada AC baru syok selesa masa makan tu.
حذفPernah makan keropok kulit lembu. Memang tak ada rasa lembunya...ahaks! Saya suka juga makan keropok melinjo. Tapi tak boleh lupa makan keropok jering waktu jalan-jalan Jambi -Palembang.
ردحذفNasi padang memang banyak betul pilihan lauknya kan Pizzah.
Hihi..mujurlah tak rasa lembu. Keropok jering? Itu rare kak Amie. Mesti baunya pun kuat juga.
حذفYa, lauk pauk nasi padang sememangnya meriah.
Mula-mula fikir keropok jering mesti kuat bau jeringnya tapi tidak. Nipis sangat keropoknya, pandai mereka buat, mungkin diketuk nipis macam cara buat keropok belinjo.
حذفOhh macam belinjo tu. Pernah tengok orang buat. Mereka ketul sampai nipis betul. Terbayang juga kot ada orang buat kerepek kerdas.
حذفKalau utk restoran Padang, saya memang bukan fans nya Sederhana 😄😄.
ردحذفSeharusnya es jeruk tak macam itu rasanya. Kalau ada rasa agak tak sedap, berarti dia pakai jeruk tak fresh. Kalau yg fresh, sedaplah.
Sederhana ini ada 3 jenis.. saya tak tahu yg mana yg kakak makan.
Jadi kalau di Plang nya ada kode SA, itu makna restoran sederhana milik keluarga , yg resepnya otentik.
Kalau kodenya SB, berarti itu franchise. Kalau kakak beruntung dpt yg sedap, kalau tak beruntung wassalam lah rasanya 🤣
Kode ke3, SC. Yg ini peniru 😂. Jadi dia tak ada hubungan dengan restoran sederhana asli, hanya saja pakai nama sederhana. Jadi rasanya bisa sedap, bisa tak 🤭🤭.
Kode2nya ditulis di plang nama
Mungkin limau tu rosak kot. Sebab rasa dia pelik sikit.
حذفSorry Fanny, saya pun tak tahu RM Sederhana code yang mana satu Fanny.
Terima kasih untuk penerangan tu. Next time kalau ke sini lagi kena perhati betul-betul.
tak pernah sampai ke sana. tapi kawan-kawan ramai dah sampai.
ردحذفInsyaAllah ada rezeki dan masa akan sampai nanti.
حذفIt looks like a wonderful place to enjoy a good meal. Eggplant 🍆 is healthy and tasty, and I love rice, too. I don't like foods that are too hot 😫 and spicy, but I do like herbs and spices.
ردحذفYes, nice place to eat with the family. We Asians love eating rice and spicy food. hee~
حذفTerung belada sedapnya Fiza.
ردحذفTerung berlada tu sedap sebab lauk favourite. hihihi...
حذفPernah juga makan keropok melinjo tu. Bersihla kedainya wrap lauk2, sudu pun letak air panas.
ردحذفBoleh juga makan buat rasa-rasa. Ye, kedai ni bersih sangat.
حذفKalau ke Indonesia memang wajib pesan es jeruk.
ردحذفSegerrrrr
Mungkin jeruk yang diguna sudah lama agaknya.
Betul tu kak. Es jeruk yang segeeeer amat.
حذفNasi Padang kalau dapat terung berlada memang layan! Sayang rendang dia agak kering sikit, kalau basah-basah berkuah mesti lagi padu
ردحذفTerung tu sedap. Lauk lain kering-kering sangat. Walaupun saya suka jenis kering tapi ni kering betul. Tapi okaylah boleh makan lagi.
حذفKalau restoran padang mesti mama Rumah Makan Sederhana... Ape yg Sederhana nya... Hehehe. Keropok kulit lembu tu mmg dari kulit lembu ke...
ردحذفEntahlah ek, tang mana yang sederhana saya pun tak tahu lah. Kena kaji namanya tu. hihi...
حذفYe, dari kulit lembu. Pernah tengok pembuatannya di TV3 tak silap. Rumit juga processnya dari buang kulit, kena jemur. Ambil masa lama jugalah.
alamak... terus tak nak rasa keropok tu... hahaha
حذفBaru perasan silap ayat saya tu, buang bulu bukan buang kulit. Hihi..mula tu macam nak tak nak rasa. Tapi rasa lah sikit. Macam keropok je cuma tu lah nak gigit dia keras sikit mulanya.
حذفterung berlada tetap membuka selera...
ردحذفes jeruk nya tak fresh pula
Ye, betul. Peminat terung berlada mesti suka. A'ah, kurang okay kot limaunya tu.
حذفRumah Makan Sederhana yang ku ingati. Pernah ke Padang/Bukit Tinggi. Hari2 makan nasi padang. Teringat - ingat.
ردحذفKat sana lagi meriah masakan padang dia kan. Mesti lagi sedap.
حذفthe best part of holiday is makan2 time!
ردحذفYaaa, masa bercuti ni lah dapat makan sama-sama gitu.
حذف