Destinasi seterusnya mencari makan pula selepas bersuka ria di Dino's Gate. Masa untuk makan tengah hari. Adik ipar meluncur terus ke Waroeng Sunda Teh Sinta atau Waroeng Teh Sinta yang menyediakan masakan khas Sunda.
Sebelum tu adik ipar pesan kalau nak ambil makanan tu sebab makanan di sini pedas-pedas terutamanya sambal. Haa macam mana orang Nismilan, boleh ko makan podeh kek sini? Moh doreh!

Rumah makan ni ada dua ruang tempat makan, dalam dan luar. Kami pilih duduk di dalam je sebab ada penghawa dingin. Sejuk dan selesa sikit kan.

Dari pintu masuk dah nampak meriah hidangan masakan khas Sunda ni. Cari meja dulu sebelum ambil makanan.

Dah pilih meja, pekerja akan datang ke meja ambil order minuman. Kaedahnya sama macam makan nasi campur, layan diri ambil nasi dan lauk pauk sendiri. Hidangan buffet gitu.

Ruangan dalaman ni tak luas dan tak sempit sangat. Okaylah masih selesa. Ada penghawa dingin tu lagi buatkan kita selesa nak makan. Taklah berperang dengan panas dan peluh yang merembes sebab makan pedas. Mana nak lap peluh lagi kan.

Cantik hiasan dan barangan dekorasinya menggunakan buluh. Siling anyaman buluh yang cantik. Bakul dan terendak lampu diperbuat daripada buluh juga. Menarik!
Masakan khas sunda ni kebanyakkan jenis lauk pauk kering. Tak adalah berkuah gulai bagai semua tu. Bagi saya yang suka makan kering-kering ni okaylah.

Banyak pilihan lauk pauk buat kita rambang mata nak ambil mana satu entah. Antara menu yang sempat Encik Suami ambil gambar.

Sudahnya ini je lah lauk yang saya ambil. Nasi sikit, sayur taugeh, kerabu sayur, tempe goreng dan juga kerabu suhun. Saya tak ambil sambal sebab risau pedas sangat dan takut perut meragam. Susah lah kalau bercuti ni perut meragam. Kita play safe je lah.

Ingatkan tak pedas. Sekali kerabu dan suhun tu pedas ye. Pedas menyengat. Encik Suami ambil sambal, tak pasti sambal apa. Pedas berapi katanya. Haaa rasain memasing makan podeh melahar.
Mujurlah pesan air manis. Encik Suami pesan es teh tarik. Rasa teh aisnya berlemak lain sikit, teh pekat tapi kurang rasa pahit tu. Sedap juga rasa dia.

Bersambung...

Woroeng Sunda Teh Sinta ni dibuka setiap hari dari jam 10.30 sehingga 21:00.

Dari pintu masuk dah nampak meriah hidangan masakan khas Sunda ni. Cari meja dulu sebelum ambil makanan.

Dah pilih meja, pekerja akan datang ke meja ambil order minuman. Kaedahnya sama macam makan nasi campur, layan diri ambil nasi dan lauk pauk sendiri. Hidangan buffet gitu.

Ruangan dalaman ni tak luas dan tak sempit sangat. Okaylah masih selesa. Ada penghawa dingin tu lagi buatkan kita selesa nak makan. Taklah berperang dengan panas dan peluh yang merembes sebab makan pedas. Mana nak lap peluh lagi kan.

Cantik hiasan dan barangan dekorasinya menggunakan buluh. Siling anyaman buluh yang cantik. Bakul dan terendak lampu diperbuat daripada buluh juga. Menarik!
![]() |
| Menu minuman |
Masakan khas sunda ni kebanyakkan jenis lauk pauk kering. Tak adalah berkuah gulai bagai semua tu. Bagi saya yang suka makan kering-kering ni okaylah.

Banyak pilihan lauk pauk buat kita rambang mata nak ambil mana satu entah. Antara menu yang sempat Encik Suami ambil gambar.

Sudahnya ini je lah lauk yang saya ambil. Nasi sikit, sayur taugeh, kerabu sayur, tempe goreng dan juga kerabu suhun. Saya tak ambil sambal sebab risau pedas sangat dan takut perut meragam. Susah lah kalau bercuti ni perut meragam. Kita play safe je lah.

Ingatkan tak pedas. Sekali kerabu dan suhun tu pedas ye. Pedas menyengat. Encik Suami ambil sambal, tak pasti sambal apa. Pedas berapi katanya. Haaa rasain memasing makan podeh melahar.
Mujurlah pesan air manis. Encik Suami pesan es teh tarik. Rasa teh aisnya berlemak lain sikit, teh pekat tapi kurang rasa pahit tu. Sedap juga rasa dia.

Saya pula pesan es teh manis. Lega lidah dapat minum manis, kurang sikit lidah kepedasan. Ohh lupa, lepas semua dah ambil makanan pekerja akan kira makanan yang kita ambil. Nanti dah habis makan bayar di kaunter pembayaran.
Petang tu sampai malam perut Encik Suami meragam. Ke toilet jugalah. Mujurlah tak teruk sangat. Yang suka makan pedas-pedas bolehlah cuba makan kat sini. Banyak menu, staff pun peramah, selesa dan mesra pengunjung.
Harga total saya tak pasti sebab adik ipar bayar dulu haritu. Yang pasti, makanan di Batam ni murah-murah je. Kalau food hunting sesuai sangat.
Harga total saya tak pasti sebab adik ipar bayar dulu haritu. Yang pasti, makanan di Batam ni murah-murah je. Kalau food hunting sesuai sangat.
Bersambung...

20 تعليقات
Sedap nmpk kerabu suhun tu =)
ردحذفAlhamdulillah sedap rasa dia.
حذفCie pun jenis suka makan kering2. Kalau pedas sangat memang tak tahan.
ردحذفPedas dia bukan biasa-biasa. Mujurlah tak ambi sambal.
حذفNampak menarik belaka menunya Fiza. Kalau pedas berapi mmg kena ada air manis la. Tak pun air kosong buat hilang pedas tu
ردحذفMenarik cuma kita je tak tahu nak pilih mana satu. Pedas berapi dia lain macam. Mujurlah ada pesan air manis. hihihi...
حذفItu dia, ingatkan tak ambil sambal selamat dari pedas, rupanya kerabu dan suhun juga dah pedas. Ya, pempedas pun takut perut meragam bila jalan², biar tak pedas asal perut selamat.
ردحذفHahaha...itulah tu. Terkena jugak ek. Ye, elakkan sambal takut perut meragam. Kang susah pulak kalau perut buat hal. Betul, jaga perut bila travel.
حذفsuka masakan sunda tp kalo pedas sgt tk bole akak nk mkn
ردحذفYe, kalau tak tahan pedas tu berperang juga nak habiskan makan.
حذفOrder es teh manis memang penyelamat bila makan pedas kat Batam! Batam food hunting memang berbaloi dan murah. Mujur ada aircond, baru selesa nak menikmati makanan pedas tanpa peluh merembes. Interior design nampak kemas!
ردحذفYe, untung juga pesan air manis dan duduk dalam aircond. Selesa dan ID pun menarik.
حذفMujur lah suami tak sampai ceri beri...
ردحذفKena berpada-pada kan kalau berjalan.. tapi tu lah jadi tak puas pulak kalau tak makan pedas.
Itulah tu, syukur tak teruk. Makan sikit je kot sambal masa tu. Orang Nismilan Pempedas pun tak tahan. Memang kena berpada-pada bab makan ni.
حذفKalau makan di restoran Sunda, memang kakak hrs hati2 dengan sambalnya. Mereka pecinta pedas garis keras 🤣🤣🤣. Orang Sunda itu Jawa Barat, termasuk lah yg di Bandung, itu pasti menu Sunda. Dan mereka memang kebanyakan kering makanannya. Trus mereka sukaaa sangat sayuran, trutama mentah atau disebut lalapan atau ulam kalau Malaysia.
ردحذفMakanya kita selalu bilang, orang Sunda itu cantik2, sebab mereka makan sayur banyaaak 😄.
Teteh Sinta nya (owner) pasti manis juga 🤭😄. Teteh atau teh itu maknanya Kakak perempuan.
Ye, semua kering-kering makanannya. Terima kasih Fanny kongsikan maklumatnya. Saya ingatkan Teh tu minuman teh tu, rupanya kakak. Baikk, dah tahu sekarang. Terima kasih sekali lagi Fanny.
حذفLauk yang Fiza ambil tuh macam makanan sihat versi eat clean yang Dr dok pesan sampai berbuih mulut suruh KSarie amalkan sepanjang KSarie di hospital😅 Bila travelling memang kita berjaga sikit bab makan lagi-lagi kalau perut cepat meragam macam perut KSarie ni. Nanti kalau udah perutnya terpleot memang kena balik bilik hotel kalau parah. Kalau boleh jalan pun rasa tak best kan?
ردحذفOhh boleh dikira sebagai makanan sihat jugak ye macam tu. Okaylah kalau macam tu. Hihi..penat doktor bebel ek.
حذفBetul tu, bila jalan-jalan ni kena jaga pemakanan juga. Risaulah kalau keracunan makanan tu.
Take care ye KakSarie. Kena jaga makan lepas ni.
ni kira cuti2 utk food hunting lah kan? nice sgt!
ردحذفPun bolehlah macam tu. hihihi...
حذف