Julai 2026 | Kebetulan minggu kedua bulan Julai tak ada rancangan apa-apa. Jadi, bolehlah join kakak saya dan anak buah ke Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Nak melawat anaknya dan juga bawa outing. Kami yang jauh dari Seremban ni sampai dulu dan teruslah ke PSAS ambil anak buah. 

Ke Politeknik Sultan Azlan Shah & Taman Tasik YDP Slim River

Kakak saya bawa makanan dari rumah, nak cari taman yang boleh berkelah gitu. Jumpalah Taman Tasik YDP dekat Slim River ni. Tak jauh pun dari PSAS. Tunggu mereka semua kat sini. Kat sini ada gazebo, taman permainan, laluan jalan kaki dan kemudahan lain.

Cacat pula gambar ni ada plastik sampah di situ pula. Majlis baru bersihkan taman masa ni.

Ke Politeknik Sultan Azlan Shah & Taman Tasik YDP Slim River

Taman pun bersih je. Ada orang memancing. Di seberang tasik tu sesekali ada keretapi lalu.

Ke Politeknik Sultan Azlan Shah & Taman Tasik YDP Slim River

Disini ada kemudahan tandas awam tapi dikunci pula. Alahaiii...macam tu pula ye. Kalau emergency ni naya nak cari tandas.

Ke Politeknik Sultan Azlan Shah & Taman Tasik YDP Slim River

Gazebo sana dah ada orang duduk. Macam best je kalau bentang tikar dan berkelah kan. Tak ada lagi yang kosong macam tu, saya pilih gazebo ada tempat duduk ni jelah.

Tak lama tu mereka pun sampai lah. Makanan yang dibawa bolehlah letak atas tempat duduk yang disediakan. Banyak betul kakak saya bawa makanan. Bab makanan memang dia menang. No.syatu!

Ke Politeknik Sultan Azlan Shah & Taman Tasik YDP Slim River

Dah berkelah tu sambut sekali birthday Encik Suami (Paksu) 30 Jun, anak buah perempuan 1 Julai, anak buah lelaki 21 Julai. Mereka berdua sepupu.

Ke Politeknik Sultan Azlan Shah & Taman Tasik YDP Slim River

Lepas tu pergi rumah mak cik sebelah arwah mak anak-anak buah dari Banting ni. Saya dan kakak makcik sebelah abah dorang. 

Hantar barang-barang arwah mak mereka yang masih ada untuk diberikan kepada pakcik mereka yang juga kanser. Pampers serta kemudahan alatan untuk orang bedridden sebab suami dia kanser juga.

Mana yang boleh kita bagi kat orang, kita bagi. Katil pun dah let go pada yang memerlukan. Semoga dapat membantu dan meringankan beban. Semoga Allah permudah segala urusan mereka sekeluarga. Aamiin...

Ke Politeknik Sultan Azlan Shah & Taman Tasik YDP Slim River

Ada kisah lucu pula kat sini. Mereka menyakat Baju Paksu sama dengan warna cat dinding rumah. Hihi..Eh, mana Paksu?

Dah selesai tugas disini, kembali ke PSAS hantar anak buah balik semula. Jadilah kan dapat outing sekejap.

Ke Politeknik Sultan Azlan Shah & Taman Tasik YDP Slim River

Dalam PSAS dekat KAMSIS (Kampus Siswa) ada gazebo yang lagi selesa dan besar. Anak buah tak nak makan-makan kat sini. Nanti dia tak dapat keluar katanya. Bosan lah tu weekend memerap je. Macam tu lah study.

Ke Politeknik Sultan Azlan Shah & Taman Tasik YDP Slim River

Sebelum gerak balik, singgah solat di PI (Pusat Islam) dan kemudian kami berpisah ikut haluan masing-masing. Alhamdulillah...Dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama. Jumpa lagi nanti. InsyaAllah...