Cuaca dah semakin terang dan panas diluar. Waktu terasa cepat berlalu. Tak puas rasanya nak bercuti rehat di sini. Kena bercuti 3 hari 2 malam agaknya baru puas hati kot kan. InsyaAllah ada rezeki boleh datang lagi atau bercuti di tempat lain pula.

Jam dah pukul 11.30 kita baru terhegeh-hegeh nak bersiap, telefon berbunyi remind kita waktu checkout jam 12.00 tengah hari. Baik, faham.

Seaview Golden Palm Tree Malaysia

Jam 11.50 pagi barulah kami siap kemas dan bersiap-siap untuk check-out. Sebelum tu ambil gambar dulu dengan cermin fisheye comel. Lupa pula ada beli cermin cembung bertelinga comel ni untuk ambil gambar bila travel.

Macam orang bercuti di Jepun mesti ambil gambar di blind spot mirror jenis cembung yang besar di tepi jalan tu. Contohnya gambar semalam yang saya ambil.

blind spot mirror Golden Palm Tree Malaysia

Kami jalan kaki je sebab tak jauh sangat dari bilik. Nak tunggu buggy macam lambat dan mostly penuh sebab masing-masing pun nak check-out waktu yang sama kan. Mujur bawa topi besar sikit dapat berteduh daripada cahaya matahari.

Check Out Golden Palm Tree Malaysia
tema bricks

Tak lama urusan check-out, bagi access card je. Kemudian kami ke tempat photobooth sebelah kanan lobby. Semalam tak sempat nak jalan-jalan sampai sini. Sebelum balik, kita ambil gambar dulu buat kenangan dalam album.

Golden Palm Tree Malaysia

Ada dua booth, satu lagi bulatan. Saya ambil gambar di sini je lah. Cuaca pun panas matahari terpacak betul-betul atas kepala kan waktu tengah hari. Walaupun panas tapi angin kuat betul. Tak sempat berpeluh.

Check Out Golden Palm Tree Malaysia

Ada tangga untuk bergambar. Saya hanya pandang dari jauh. Rasa tak sanggup nak bergambar di situ panas-panas ni. Bye bye je lah ye.

Golden Palm Tree Malaysia

Masa check-out ni buggy busy. Pihak resort juga ada sediakan van untuk ke car park. Oleh kerana macam lambat buggy tak muncul-muncul. Van pun penuh je. Encik Suami tumpang van seorang je pergi ambil kereta dan baru ambil saya dengan luggage.  Kalau nak tunggu je memang lambat lah.

Sepatutnya lepas check-out Golden Palm Tree ni kami akan ke Bukit Jugra sebab dah booking untuk aktiviti paragliding. Tapi semalam dan pagi tadi pilot paragliding inform cuaca/angin kurang baik (crosswind) hari ni, jadi semua aktiviti paragliding dibatalkan.

Cancelled lah aktiviti tu dan postpone hari lain nanti. Di sini pun dah terasa angin kuat dah. It's okay. Untuk keselamatan, lain kali je lah.

Tamat percutian 2 Hari 1 Malam di Golden Palm Tree Malaysia.