Julai 2026 | Berdebar lain macam nak jumpa doktor kali ni. Kali terakhir jumpa doktor bulan April. Haritu kena puji, takut hari ni lain pula jadi. Sebabnya kita tak jaga makan dan tak bersenam. Timbang pun berat naik hampir 1 kilo dalam masa 3 bulan ni.
Ya ampunnn...Apa nak jadi ni???
Berat saya kejap naik kejap turun. Naik dan turun pun tak banyak sangat lebih kurang 0.3-0-5 range dia..Masa nak jumpa doktor tu lah berat naik 0.8 nak sampai 1 kilo dah. Ish ish ish...
Tapi yelah kan, di hospital tu timbang sekali dengan pakaian berlapis, tudung dan jam sekali. Mana mahunya ringan macam timbang di rumah. Kat rumah tak pakai tudung tak pakai jam masa timbang.
Silap saya lupa nak buka jam tangan. Buka kasut je masa tu. Haishhh masa tu lah sel-sel otak tak reti nak berhubung.

Datang tak berapa nak awal sangat. Lebih kurang jam 9 lebih macam tu. Daftar, lepas tu kena ambil darah dan juga urine. Pergi klinik hantar borang dan kad appointment, doktor pun tak sampai lagi.

Kita pergi makan dulu lah dah lapar menahan diri puasa dari malam tadi sebab nak ambil darah kan. Lagipun result siap lebih kurang sejam macam tu.
 |
| anak bongsu vs anak no.2, jangan tanya kenapa dia posing macam tu |
Lepas makan terus ke klinik. Tunggu tak lama, giliran saya masuk. Result saya mesti tak okay sangat kan doktor? Kenapa tu doktor tanya semula. Sebab saya tak jaga makan dan tak bersenam. Hihi..
Doktor pun belek resultnya. Hmmm taklah teruk sangat. Masih baik masih ok ni. Lebih kurang macam 3 bulan lepas je. Alhamdulillah. Fuuhhh ghisau dibuatnya.
Kita dahlah melantak makan durian, tak jaga makan dengan pakej tak bersenam sekali. Parah ni. Syukurlah result dia taklah seteruk yang saya bayangkan. Boleh happy jugalah tapi dalam masa yang sama kena jaga-jaga.
Kena mulakan bersenam balik, kurangkan stress, cukup tidur, cukup rehat, jaga pemakanan, yada yada yada...
Nak cuba makan fish oil pula ganti
Extra Virgin Olive Oil yang tak boleh nak telan tu. Harapnya result selepas 3 bulan lebih baik dan terus membaik. InsyaAllah..Aamiin...
26 تعليقات
Alhamdulillah
ردحذفDebaran berakhir sudah. Biasaa la kita ni kan serupaa je dgn ciknor
Khamis ni ambik darah harap2 ok sbnya mcm byk langgar pantang ni
Alhamdulillah..Semoga results Cik Nur pun baik-baik je. Aamiin...
حذفSesekali langgar takpe kot kan. huhu...
alhamdulillah, moga terus sihat sejahtera :)
ردحذفAlhamdulillah.
حذفInsyaAllah, Aamiin...
Faham sangat bab Extra Virgin Olive Oil tu, memang payah sikit nak telan kalau tak biasa. Bagus juga tukar ke fish oil, lagi senang nak konsisten. All the best Fiza untuk gaya hidup sihat fasa seterusnya! Moga next check-up 3 bulan lagi result makin bertambah cemerlang! Kak SA makan fish oil dan primrose oil...xtra virgin olive oil tu memang x leh nak telan..lain la rasa dia...next giliran akak plak follow up 19hb...
ردحذفSemoga results akak nanti baik-baik je. Mesti okay tu sebab sekarang tengah jaga makan kan. Itulah tu, kalau jenis softgel ke kapsul senang sikit nak telan. Harap okaylah juga nanti.
حذفFirst of all, nak cakap, comelnya gambar tuan blog yang dekat tepi side bar kanan ni, baru perasan! Comel sebab tersengih mesra! Fuh, auto gelisah kan nak jumpa doktor! Syukurlah result health check-up masih ok. Btw, Sis guna fish oil brand apa ek?
ردحذفHihihi..Terima kasih. Kann..auto berdebar bila nak jumpa doktor. Alhamdulillah results ok. Fish Oil BiO-LiFE.
حذفFish oil tu kalau makan pun bila sendawa mintak ampun...terasa ikannya hahaha.
ردحذفAlamak, ye ke? Aduhaiii semua supplemen ada je yang tak ok. Tapi kalau softgel tu lagi senang nak telan kita prefer yang mudah je lah.
حذفHehe minyak ikan itu hanyir juga kan? Ok nasib beritahu keputusan lepas tukar makan minyak ikan.
ردحذفTak sangat pun. Tapi mudah lagi nak telan sebab softgel. Masa ni belum consume fish oil lagi. Lepas jumpa doktor baru consume. So tengok result nanti next appoinment.
حذفAlhamdulillah...result baik² je..
ردحذفPenimbang dekat hospital tu, memang tipu.. hahaha
Alhamdulillah..syukur.
حذفHahaha..pembongak ek. Kena scam lah ni kan.
alhamdulillah, semoga baik-baik utk fiza.
ردحذفasben kita sibuk nak ambil olive oil tu, kita tgk pun rasa aiyaaa mampukah daku?
tapi penah ja minum pati ikan haruan dulu, pahit kaw kaw kaw.
Aamiin..terima kasih Cha.
حذفAduh, cakap pasal olive oil, kita terus jadi mual. I is kenot laaa...tak mampu betul nak telan. Ikan haruan pun tak makan, kalau kena telan pati ikan haruan tu rasa macam nak uweek uwekkk je.
alhamdulilllah mesti lega lps dgr doc ckp mcm tu...
ردحذفkalau sy pun berdebar juga...
bg sy nak dpt tidur yg cukup tu paling payah nak dpt sbb byk gangguan esp hp hahahha
Lega jugalah sikit. At least tak seteruk yang saya bayangkan. huhu..
حذفKann..tidur dan makan tu susah nak kawal. huhu...
Part nak jaga makan ni memang azab. Banyak sungguh godaannya.
ردحذفBetul tu wak. Sangat-sangat mencabar.
حذفSyukurlah kalau masih terhitung naik. Fish oil yg soft capsule ya kak? Atau yang Scott emulsion putih? Yg Scott itu memang tak bisa saya telan. Tak sanggub 🤣🤣🤣. Bau ikan dia dah buat saya vomit waktu itu.
ردحذفSayangnya Evoo tak dihabiskan 😅. Dibuat dressing salad saja atau utk menu tumisan pun bisa EVOO. Jadi penasaran pula rasa Evoo kakak. Sebab saya sukaaa minum Evoo ini. Bangun tidur, setelah air putih, LGS itu yg saya minum
Alhamdulillah..Ye, betul. Softgel capsule tu. Yang liquid agak susah nak telan. capsule much better lah kan.
حذفTinggal sikit lagi sebab kami berdua consume sama-sama. Lebih tu nanti boleh masuk dalam dressing salad macam Fanny cakap tu. Sama ke tidak agaknya rasa dia ek. Fanny rileks je boleh telan. huhuhu...
Fish oil dalam bentuk softgel ok lagi lah kan nak telan.
ردحذفBetul, lagi senang nak consistent makan kan.
حذفSaya suka Extra Virgin Olive Oil. Satu botol kat ofis dan satu lagi kat rumah.
ردحذفWah bagusnya boleh telan EVOO tu dengan mudah. Saya tak bolehlah. huhuhu...
حذف