Jun 2026 | Viral roti bakar butter kaya Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) yang sedap. Kita pun termakan hasutan dan belilah join the hype. Nak rasa juga sedap ke tidak. Jawapanya YA, memang sedap pun!
Roti tebal dan garing. Lembut pula tu. Gabungan kaya dan butter yang sedap. Lagi sedap di dinikmati panas-panas tu. Kalau dah sejuk kurang rasa sedap dia sebab roti dah tak garing dan liat. Nak sedap, kena makan panas selepas masak tu okay, tu syarat dia.
Kalau bungkus tu kena makan terus. Jangan simpan lama.

Dihidangkan bersama 2 biji telur separuh masak. Sedap betul tak rasa hanyir telur pun. Dapat sekali white blackpepper dan sushi sauce. Saya dah berkali-kali repeat menu ni tapi tak pernah lagi campur white blackpepper dan sushi sauce tu dalam telur separuh masak ni.
Telur separuh masak ni makan begitu je pun dah sedap dah. Roti bakar tu cicah telur separuh masak ni pun sedap juga. Sesuailah untuk dijadikan menu untuk sarapan pagi ke, tengahari ke, petang ke, malam ke. Semua boleh. Kenyang pun kenyang.
44 تعليقات
Sedapp
ردحذفEk bolehh try jga nanti
Biasa sarapan dpt roti memang besttt. Pilihan ciknur kalu sarapan kat kedai
Sedap! Boleh cuba nanti Cik Nur.
حذفWahh..Menarik betul nmpk roti & telur tu =)
ردحذفKita pun ikut tertarik nak membeli dan cuba rasa. hihi...
حذفsaya suka CBTL! cuma saya opt for scrambled egg ;)
ردحذفOrder dengan scrambled egg pun sodap kalau tak suka telur separuh masak. Banyak menu best CBTL ni kan.
حذفboleh try...dah try roti butter kaya Pak Tam dan Chicken Rice Shop...oo..ada sushi sauce.. menarik tu, selalu bg kicap & lada sulah..
ردحذفTak perasan pulak Chicken Rice Shop ada roti bakar juga. Agaknya sebab order benda yang sama tak perasan menu lain. Ye, agak pelik ada sushi sauce kan. Kicap tak ada pulak, white pepper je ada.
حذفsedapnya.. memang kena cuba juga ni
ردحذفSilakan mencuba nanti ye Linda.
حذفMemang sedap roti bakar CB ni nak nak kalau makan terus kat situ. Dia bagi sushi sauce pulak ek, patutnya kicap la kan. Kalau white pepper tu jenis masin tak payah letak sushi sauce tu. Tapi roti bakar, makan dah sejuk memang liat. Take away, sampai aje, kena ngap! Hahahha.
ردحذفYe, makan kat situ lagi terasa nikmat sedapnya tu. Itulah tu, pelik betul bagi sushi sauce.
حذفA'ah, sampai rumah kena terus ngap je. Kalau tidak kurang sedap.
alahai... udah la kita puasa hari ni... auto lapar... hahaha... selalu kalau buat kat rumah roti bakar tak jadi sedap macam kat kedai...entah butter apa la dia pakai.
ردحذفMaafkan saya KakYan. Kannn..rasa macam tu jugak. Roti bakar tak sesedap di kedai. Roti kedai pun lain.
حذفSedapnyaaa...nanti 19hb nak sarapan kat CBTL la...cuti masa tu sebab follow up KPJ...tengok gambar dah tau sedapnya tu...
ردحذفBolehlah cuba nanti kak. Sesekali tukar angin asyik makan kat dalam KPJ tu je kan. Tapi kadang malas juga nak cari makanan kat luar. Kat situ jugalah kita makan. hihi...
حذفSedapnya, kaya dengan butter memang ngam..
ردحذفBetul, kombinasi yang tak boleh dipisahkan.
حذفOh set ni yang makan hari tu dengan suami. Kita habiskan telur separuh masak tu.
ردحذفSedap kan telur separuh masak tu.
حذفnampak menarik. tapi sejujurnya saya seram nak try sebab takut hayir. ooo tak hanyir ye? saya bukan pemakan telur setengah masak tu yang tak pernah mencuba
ردحذفPada saya tak hanyir. Faham sangat kalau jenis bukan pemakan telur setengah masak tu mesti skeptikal sikit kan. Tapi boleh cuba yang ni.
حذفKalau makan di kopitiam saya mmg order butter kaya toast, tapi tak pernah cuba cicah dgn telur separuh masak lagi. Sebab selalunya order main meal lepas tu takut kenyang sgt pula. Tapi terasa nak cuba juga combination ni..
ردحذفHihi..next time boleh cuba di CBTL ni. Kalau makan pagi ni boleh kenyang sampai tengah hari.
حذفSaya tak perasan di CBTL sini ada menu ini atau tak. Harusnya ada. Krn setiap kesana saya selalu pesan American breakfast 🤣 dan kopi Americano. Telur setengah masak itu fav suami saya..kalau saya, memang tak akan tertelan kalau kuning masih encer 😂😂😂
ردحذفMungkin ada kot. Disana pun macam biasa juga menu roti bakar ni kan. Memang ada orang tak suka telur kuning begini. Saya pun kadang boleh makan kadang tidak.
حذفSedapnya roti bakar kaya CBTL panas-panas, cicah telur separuh masak memang layan! Padu sangat buat menu sarapan pagi. Nak cari CBTL lah esok pagi.
ردحذفSangat padu buat sarapan pagi ni. Kenyang pun kenyang. Jangan lupa beli esok. Hihi...
حذفAda yang terkena hangus nampak dorg share kat threads.
ردحذفSiannya kalau dapat macam tu. Tak patut bagi yang hangus pada customer.
حذفNampaknya kena pergi sarapan di CBTL ni sebab terpesona tengok gambar telur setengah masak yang csntik kejadiannya itu
ردحذفHihi..dah ada dah menu sarapan untuk pagi esok. Tak kalut nak fikir dah.
حذفpernah cube sekali baru2 ni. tak sangka plak dtg dengan telur separuh masak. selalunya dpt roti jer kalau ke kedai2 lain
ردحذفBetul! Saya pun tak sangka ada telur separuh masak tu. Ingatkan add on. Cubalah juga cicah roti bakar dalam telur separuh masak tu. hihi...
حذفLengkap set dia ni, sebab ada telur sekali. 😋 Percaya tak, akak tak pernah makan di CBTL, sebab dekat Manjung tak ada. Kat Ipoh ada. Satu hari nak cuba juga.
ردحذفYe, tak sangka ada telur separuh masak sekali dalam set kaya toast ni. Jauh jugak tu nak mencari CBTL. Ipoh tu dah kira jauh juga. Kalau nampak CBTL kena singgah tau.
حذفmenu ni tak pernah yg tak sedap
ردحذفkegemaran warga malaysia walaupun berbeza restorannya hehehe
Betul tu Anies. Setuju! Mana-mana kopitiam ada kaya toast mesti orang order kan. hihi...
حذفFav ni.. Yummy
ردحذفSo sedap kan!
حذفSyarat kaya butter toast ni memang kena makan panas²..
ردحذفBetul, syarat utama dia. Baru akan rasa sedap makan kaya toast.
حذفRasanya ini saya order minum petang masa pertama kali makan/minum di CBTL
ردحذفConfirm tak menyesal order kan. Hihihi...
حذف