Mei 2026 | Lepas makan cendol di Cendol Atok, kami check in Hotel KOMP1T Sungai Besar. Kami booking awal 2 minggu kalau tak silap sebab takut tak ada bilik kosong. Masa tu waktu raya kan. Kotlah ramai balik kampung tidur hotel kat situ.

Hotel KOMP1T adalah Hotel Koperasi (Coop Hotel) merupakan hotel bajet milik penuh Koperasi Orang Melayu Parit Satu Timur Sungai Besar Berhad. Ooo saya baru tahu ada hotel koperasi. Memang bajet harganya dan sangat berbaloi.

Masih menggunakan kunci ye untuk bilik. Old skol sangat ni. Kami booking melalui agoda dan pilih bilik jenis Superior luas sikit dan lebih selesa. Harga untuk 3 hari 2 malam termasuk tax RM332.

Ruang lobby yang sederhana luasnya. Urusan check in pun tak lama.

Sementara menunggu urusan check in saya ambil gambar sekitarnya. Ada tempat duduk disediakan di sini. Hanya ni je lah yang saya nampak. Giliran beg pink pula meneruskan tugas musafir kami. Beg biru dah habis digunakan. Asing siap-siap untuk 3 hari 2 malam di Sungai Besar dan Sabak Bernam ni.

Biliknya luas dan selesa. Konsepnya minimalist. Tak sarat. Perabot lama tapi masih cantik dipandang.


Dekorasi tuala yang comel. Jarang nampak betul macam ni. Biasanya gulungan macam popia tu atau angsa. Ini lain dari yang biasa saya tengok.
Bilik air sekali dengan tandas. Bilik air pun okaylah semua berfungsi dengan baik. Tak ada masalah.


Menyembang sambil makan apa yang mereka bawa. Mujur juga ada kerusi tu dapat lah bagi tetamu duduk. Kalau tidak duduk bawah je lah dorang.
Malam tu lepak rumah kakak sampai tengah malam siapkan kerja dan kemudian balik hotel semula.
Bersambung...
Kami pilih hotel ni sebab stand alone. Tak suka jenis hotel jenis shoplot tu, agak sibuk. Sini banyak hotel macam tu kan. Hotel KOMP1T pun nampak lebih selesa dan harganya sangat berpatutan.

Hotel KOMP1T adalah Hotel Koperasi (Coop Hotel) merupakan hotel bajet milik penuh Koperasi Orang Melayu Parit Satu Timur Sungai Besar Berhad. Ooo saya baru tahu ada hotel koperasi. Memang bajet harganya dan sangat berbaloi.

![]() |
| pintu masuk ke lobby hotel |
Masih menggunakan kunci ye untuk bilik. Old skol sangat ni. Kami booking melalui agoda dan pilih bilik jenis Superior luas sikit dan lebih selesa. Harga untuk 3 hari 2 malam termasuk tax RM332.

Ruang lobby yang sederhana luasnya. Urusan check in pun tak lama.

Sementara menunggu urusan check in saya ambil gambar sekitarnya. Ada tempat duduk disediakan di sini. Hanya ni je lah yang saya nampak. Giliran beg pink pula meneruskan tugas musafir kami. Beg biru dah habis digunakan. Asing siap-siap untuk 3 hari 2 malam di Sungai Besar dan Sabak Bernam ni.

Biliknya luas dan selesa. Konsepnya minimalist. Tak sarat. Perabot lama tapi masih cantik dipandang.

Kemudahan lengkap walaupun tak banyak. Contohnya macam hanger, ada satu je. Tapi ada penyangkut jenis banyak-banyak tu. Cuma tak kena pada tempatnya sebab bawah tu tempat kupi-kupi. Tapi biasanya kami tak mengupi pun di hotel. hihi..

Dekorasi tuala yang comel. Jarang nampak betul macam ni. Biasanya gulungan macam popia tu atau angsa. Ini lain dari yang biasa saya tengok.
![]() |
| POV dari dalam bilik |
![]() |
| TV ada TV1 je kot rasanya |
Bilik air sekali dengan tandas. Bilik air pun okaylah semua berfungsi dengan baik. Tak ada masalah.

Permandangan dari bilik. Parkir yang luas. Berhadapan jalan utama. Tapi masih boleh bertolenrasi dengan bunyi sebab dia jauh sikit dari jalan besar, bukan betul-betul dekat tepi jalan.

Panas bukan main lagi. Bersihkan diri dan berehat je lah dibilik. Saya cuti solat, ada peluang rehat lebih dan extra tidur sikit. Malam nanti lepas Maghrib nak ke rumah kakak di Sabak Bernam, siapkan persiapan untuk raya dan kenduri.
Tiba-tiba petang tu kakak dan anak-anak buah datang hotel buat surprise konon. Siap bawa makanan sebab baru lepas pergi pasar malam Sungai Besar. Pastu anak-anak buah lepak di bilik kami dan sekali ikut kami ke rumah mereka lepas Maghrib tu.
Menyembang sambil makan apa yang mereka bawa. Mujur juga ada kerusi tu dapat lah bagi tetamu duduk. Kalau tidak duduk bawah je lah dorang.
Malam tu lepak rumah kakak sampai tengah malam siapkan kerja dan kemudian balik hotel semula.
Bersambung...





14 تعليقات
Bagus support hotel milik koop orang kita ni. Hotelnya pun not bad, nampak bersih 👍🏻
ردحذفHotelnya bagus, selesa dan bersih. Tak menyesal kami pilih hotel ni. Harga pun tak mahal.
حذفSaya jadi tahu juga ada hotel koperasi . Baguuus, dan walaupun klasik sangat, tp yg penting bersiiih dan nyaman. Langsung buat kejutan saudara dan keponakan kakak ya , ☺️
ردحذفPaling penting bersih dan selesa tu. Harga pun berbaloi sangat.
حذفYa, tiba-tiba je dah sampai depan hotel. Surprise sungguh lahh.
Sukanya saya baca dan lihat gambar Hotel KOMPIT ini. Harganya pun memang mampu bayar, berbaloi sangat untuk dua malam. Moga usahasama koop terus maju.
ردحذفYa, harganya sangat ok dengan facilities yang ada. Okaylah kan sebab mostly hotel kat sana tu macam banyak shoplot gitu. Banyak homestay je. Ni kira okay sangatlah.
حذفnampak selesa jer hotel tu!
ردحذفSelesa walaupun hotel koop dan biasa je.
حذفMenarik sungguh penginapan di Hotel Komp1t Sungai Besar ni! Nampak selesa dan strategik untuk short staycation. Bilik famili dia ada tawarkan extrabed tak untuk pakej bajet?
ردحذفSelesa dan strategik juga lokasinya lebih tenang gitu berbanding hotel dekat shoplot. Tak pasti pulak, boleh check di laman rasmi atau mana-mana platform booking, agoda etc
حذفKalau tersesat ke Sungai Besar boleh la stay hotel ni...yang penting bersih dan selesa kan...
ردحذفYa, bersih, selesa dan ruang besar sikit untuk jenis bilik yang saya pilih ni. Biasanya kat Sungai Besar tak banyak pilihan hotel. Ni je yang saya rasa macam okay sangat.
حذفKemas dan bersih hotelnya.
ردحذفTak perasan pulak hotel ni masa kerap bermalam di Sungai Besar.
Kalau tengok Widad kami akan bermalam di SB, ada juga beberapa kali bermalam di Hotel Sri Bernam, yang tu tepi jalan besar je kat Sabak Bernam.
Puas hati sangat stay hotel ni walaupun tak banyak kemudahan yang ada. Tapi pada saya better dari hotel yang ada kat SB sebab mostly banyak di shoplot dan agak sibuk. Sini macam jauh sikit dari kedai dan ada parkir luar depan hotel. Hotel Sri Benam tu tang corner dekat shoplot kan. Susah nak cari hotel yang best kat sini. Ni macam okay dan selesa.
حذف