16 Julai 2026 | Sepatutnya saya ada sebulan lagi untuk habiskan braces monthly review tu dan ada baki lagi RM100. Tapi since doktor kata gigi dah okay semua dan doktor bagi dua pilihan iaitu:
- teruskan monthly review lagi sebulan, habiskan baki RM100 dan debond bulan seterusnya atau
- buka braces dan bayar baki RM100 tu sekali
Setelah difikirkan, saya debond lah sebab doktor kata gigi dah okay semua. Rasa macam tak sabar pula nak tunggu lagi sebulan tu kan. Baiklah kita debond.
Sebelum debond tu doktor terangkan apa yang perlu dan sign beberapa consent. Banyak sikit nak kena sign hari terakhir bersama gigi besi ni.
Masa doktor nak tanggalkan bracket tu. Umangaiii rasa macam gigi nak ikut sekali tertanggal. Rasa sakit gigi. Lepas tu doktor bersihkan gigi dari stain bracket yang melekat. Lepas tu doktor buat rawatan scaling.

Lepas scaling, buat acuan pula untuk retainer. Kemudian buat rawatan whitening pula. Rawatan whitening 3 cycle. Setiap cycle 15 minit. Menunggu lah dengan sabar ye.
Hasilnya dalam gambar kecil tu. Dia taklah putih sangat macam kapur tu. Cerahlah sikit daripada yang sebelum ni.
Lepas buat rawatan whitening, berpuasalah dari minum dan makan yang berwarna tu selama 48jam. Tak boleh minum kopi lah kita. Makan berkunyit ke kari ke, No No No okay!
Ada kesan lain lepas buat whitening, bibir jadi hitam sikit dan lepas tu bibir kering tebal selapis macam makan sup minyak melekat kat bibir tu. Jadi macam tu sebab iritasi daripada bahan yang digunakan tu. Itu kesan yang biasa.
Saya letak vaseline kurangkan sakit bibir kering merekah tu. Dalam 2 hari macam tu dia mengelupas dan okay dah. Bukan sakit bibir je, gigi macam ngilu sikit. Dia kejap-kejap kang datang ngilu tu. Arghh!
Syukurlah dalam sehari dua je rasa kesakitan tu. Masih boleh bertoleransi lagi dengan sakit. Beauty is pain, aite?
Yeay, dah bebas braces. Seminggu lagi akan berkawan baik pula dengan retainer. Doktor cadangkan saya guna hawley retainer sebab ada gigi palsu. Untuk essix macam tak sesuai ada gigi palsu sekali. Okay, baik Doc!
Hari terakhir debond (buka braces) ni bayaran dia lebih lah sikit. Hawley retainer atas bawah + denture (RM800), Whitening +scaling (RM399) dan baki monthly braces RM100.
Pakej braces yang saya ambil
Conventional braces atas bawah : RM4500Monthly : RM150
Deposit : RM799
Saya ambil pakej pendakap gigi konvensional/conventional braces jenis pendakap gigi tradisional. Kalau ada modal boleh ambil self ligating braces tapi lebih mahal. Proses cepat dan kurang sakit katanya.
Tidak termasuk dalam pakej
Consult + Xray : RM180
Tampalan : RM100 x1 (before pakai braces)
Scaling : RM99 x3
Dalam masa 2 tahun pakai braces, 3 kali saya buat rawatan scaling. Scaling yang terakhir tu harga dah termasuk dalam pakej whitening. Begitulah jumlah kos dia.
Tampalan : RM100 x1 (before pakai braces)
Scaling : RM99 x3
Dalam masa 2 tahun pakai braces, 3 kali saya buat rawatan scaling. Scaling yang terakhir tu harga dah termasuk dalam pakej whitening. Begitulah jumlah kos dia.
Selain kos yang tinggi, komitmen juga kena tinggi untuk pastikan rawatan berjalan lancar dan memperolehi hasil yang terbaik. Pastikan tak skip appointment, jaga kebersihan gigi dan keSABARan tu kena letak di tahap paling tinggi sekali.
2 tahun yang berlalu begitu pantas. Bye gigi besi!
2 tahun yang berlalu begitu pantas. Bye gigi besi!

Lepas ni masih kena jumpa doktor 6 bulan sekali. Check gigi secara berskala. Dah buka braces ni lagi mudahlah nak bersihkan gigi. Paling mudah bila nak floss lah, tak ada halangan besi tu. Tapi nanti kena pakai retainer lagilah mencabar cerita dia.
Okay next, tunggu retainer siap.
Okay next, tunggu retainer siap.
30 تعليقات
Wahhhh sekejap aje udah 2 tahun ye. Alhamdulillah selesai sudah rawatan gigi besi Fiza ye. Semoga terus senyum dengan cerianya sebab gigi telah menjadi bertambah molek. Tahniah Fiza
ردحذفKann..tahu-tahu dah 2 tahun dah. Alhamdulillah. Boleh senyum lebar dah. Harap tak ada masalah gigi lah lepas ni.
حذفBest baca pengalaman Pizzah guna pendakap besi ni. Akak selalu suruh Iman rujuk blog Pizzah sebab dia baru pakai, belum seminggu lagi tu. Rupanya 2 tahun day boleh rebound ya, kenapa kadang ada orang pakai lama sangat. Ke, sy yg tak perasan, orang semua pakai dua tahun jer.
ردحذفKes gigi saya tak complicated. Jadi, cepat lah sikit boleh debond. Memang doktor plan 2 tahun untuk saya. Ada je yang sampai 7 tahun pakai. Mungkin tu untuk gigi yang tumbuhnya complicated macam berlapis tu. Bergantung pada keadaan gigi masing-masing. Untuk review bulanan pun bergantung pada plan doktor juga tengok progress gigi macam mana. Perjalanan setiap pemakai braces tak sama. Begitulah...
حذفAdoii yg check gg biasa pun dh rasa ngilu, sakit smp skrg.. apatah lagi pakai braces ni heheh.. mmg respek la org yg pakai gg besi ni.. kita tgk pun rasa letih wak....
ردحذفAmboii gg dah cantek skrg..jaga jaga cik salmah, tak leh makan bende² bewarna lepas ni 😜
Pakai braces ni sakitnya tang tekanan tarikan tu lah. Ngilu tu tak ada lah. Nak tak nak, kena hadap jugalah tapi sakit tu taklah berhari-hari. Kejap je mula-mula tu dan lepas ketatkan getah. Itupun sakit sikit dan kejap je.
حذفAlhamdulillah, much better than before.
Hihi..teringat pulak scene Cik Salmah kena kacau dengan Sarip Dol tu ek.
Nismilan pulak makanan berkunyit macam mana pulak kan. mencabar betulll
cantiknyaaa gigi, lega dah habis tempuh pakai braces
ردحذفAlhamdulillah..much better. Lega tu lega tapi tak lega sebab kena pakai retainer pulak lepas ni.
حذفdh lawa dah tu giginya. so lps ni kena pakai retainer plak yer..Allahumma yassir
ردحذفAlhamdulillah..Ye, pakai retainer pulak.
حذفAamiin...Terima kasih.
Alhamdulillah..bestnya gigi dah cantik dan bebas dari braces :)
ردحذفAlhamdulillah. Happy tapi lepas tu kena hadap retainer lah pulak. huhu...
حذف2 tahun sekejap je. Tapi tu la rasa terseksa pulak nak mengadap selama 2 tahun tu.
ردحذفHihi..tulah tu, 2 tahun penuh yang ada cabarannya.
حذفAlhamdulillah, tahniah! Berbaloi kos braces dan kesabaran 2 tahun. Senyum lebarlah tayang gigi cantik tanpa gigi besi! Aduh, ngilu gigi dan bibir kering tu memang menguji! Demi gigi bersih berseri, beauty is pain kan!
ردحذفAlhamdulillah...boleh senyum dah lepas ni. Berbaloi selepas cabaran 2 tahun gitu.
حذفIndeed!
Saya jadi ingat, dulu saya dipanggil Robocop 🤣. Krn pakai kawat gigi. Lagipun di tahun 90an, di Aceh pula, tak adaaa yg pakai kawat gigi kecuali saya kak 😅😅. Makanya teman2 banyak heran dulu.
ردحذفTp lepas braces, memang macam legaaaaa. Cuma saya tak tahu biaya braces saya zaman dahulu. Krn semua under insurance dari oil company tempat papa kerja. Kalau zaman skr, memang dah mahal sangat braces ini. Pernah tanya, utk anak saya, dah sama dengan biaya tur ke Turkey 🤣.
Masa tu Fanny paling advance lah pakai braces kan. Ataupun dulu masih baru lagi braces ni. Mesti lagi murah harga dulu kan. Sekarang ni mahalnya ya ampunn...Untung sangat company ada cover untuk dental sekali.
حذفTahniah Fiza! Akhirnya bebas juga daripada gigi besi selepas 2 tahun! Berbaloi sangat segala kesabaran, ngilu dan kos yang dikeluarkan. Lepas ni makin lebar dan yakinlah nak senyum tayang gigi cantik. Cantik hasilnya!
ردحذفAlhamdulillah..akhirnya debond. Bolehlah kita senyum lebar sikit kan. hihi...
حذفMahalnya kos ye. Nampak bila Fiza pakai ring warna deep purple tu gigi nampak putih ek..(beria tau ammi tengok satu2 gambar hahahaha).
ردحذفanak buah perempuan ammi beria pujuk mama papa dia, dia nak pakai braces. papa dia kata, habiskan belajar, kerja pastu bayar sendiri. baru tau time tu duit tu boleh main petik2 atau tak hahahah
Ye, mahal kosnya. Betul, nampak cerah sikit kan. Tapi kadang purple tu cepat juga stain. Tu yang ambil warna hitam, blackcurrent play safe.
حذفMasa belajar susah juga nak pakai sebab kena jumpa doktor setiap bulan kan. Nanti mengganggu study juga kalau sakit tu. Better kerja nantilah kan, boleh manage sendiri.
Istiqamah Aphizha pergi temujanji setiap bulan dengan ambil gambar tanpa culas. Hehe kenangan 'mahal'.
ردحذفHihi..kena gigih untuk kenangan mahal ni. Alhamdulillah...
حذفmarilah kita bertukar senyuman sementara masih punya gigi.
ردحذفeee betul2 jaga kecantikkan dan kesihatan la fiza ni, respek.
kita tgk adik2 pakai braces, halaaaa ngilunya. kak ipar ni terus rasa ketidakrajinannya.
Hihi..senyum selalu.
حذفTak ada apa nak respect pun lah Cha. Ini pun terpaksa jumpa doktor dan dentist. Kalau tidak, saya pun tak nak. huhu...
Cantik pulak nengok gambar-gambar tu tersusun.. lipstik pelbagai kaler
ردحذف24 bulan penuh kesabaran.. tahniah Fiza, sudah bebas. Tapi tetap mencabar untuk pakai retainer pula ya.
Ada yang tak pakai lipstick sebab jumpa doktor gigi kan. Yang pakai tu lepas jumpa doktor, kalau rajin nak pakai. hihi...Alhamdulillah..yeee, cabaran untuk retainer pulak. huhuhu...
حذفSemoga di permudahkan segalanya.
ردحذفInsyaAllah...Aamiin...
حذفTerima kasih.