23 Ogos, Rentang Waktu Tiga Belas Tahun kami. Satu dekad 3 tahun sudah melalui kehidupan bersama. Jika diikutkan emosi, rasa macam banyak nak dicoretkan hal sedih tapi saya memilih untuk terus berfikir positif saja dan sentiasa bersyukur. Alhamdulillah...
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
Surah Ibrahim | Ayat 7
If you are grateful, I will surely increase you [in favor]
وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَـٰكِرِينَ
Surah Ali-Imran | Ayat 54
Mereka merancang , Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang
Sesungguhnya ayat tersebut mengajar kita agar sentiasa beriman, tenang dan redha menghadapi ketentuan hidup kerana perancangan-Nya sentiasa membawa kebaikan.
Rentang waktu membawa bermaksud jangka masa atau tempoh masa dari satu titik ke satu titik yang lain. Ia memberi gambaran tentang perjalanan masa yang panjang, termasuk kenangan, pengalaman dan perubahan yang dilalui bersama merentasi tahun-tahun yang telah berlalu.

Rentang Waktu Tiga Belas Tahun
Tiga belas tahun bukan sekadar angka,tetapi rentang waktu yang menyimpan seribu cerita.
Ada tawa yang menjadi kenangan,
ada tangis yang mengajar erti ketabahan,
ada hari-hari indah yang ingin diulang,
dan ada hari sukar yang menguatkan langkah.
Waktu terus berjalan,
13 tahun berlalu,
dan kita terus melangkah bersama-sama.
Semoga rentang waktu yang seterusnya
dipenuhi lebih banyak bahagia,
lebih banyak syukur,
dan lebih banyak cerita untuk dikenang bersama.
Selamat ulang tahun hari kita ke-13.
Doa ulang tahun perkahwinan
Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Aamiin Ya Rabbal Alamin...
Selagi ada waktu, kita nikmati dan harungi bersama.
Fun fact : Sehingga ke harini, baju nikah ni masih mengecil.
28 تعليقات
happy anniversary kak fizah dan suami! semoga cinta ini kekal sampai ke syurga
ردحذفAamiin...Terima kasih Mazni. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Mazni dan keluarga. Aamiin...
حذفAlhamdulillah
ردحذفTahniah❤️slmt ulangtahun k 13
Bahagia suka duka pahit manis bersama dilalui dgn rasa syukur
Allah pasti makbulkan doa seorg isteri/ibu
Kekal bahagia hingga akhir
Hayat. Bersama sama ❤️❤️
Alhamdulillah..Terima kasih Kak Nur. Semoga Allah makbulkan doa-doa kita. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Kak Nur dan keluarga. Aamiinn...
حذفhappy 13th annive utk fiza dan suami.moga bahagia hingga jannah
ردحذفAamiin..
حذفTerima kasih mendoakan kami. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Dr dan keluarga. Aamiin...
Happy anniversary kak fiza 🎉🎉🎉🎉😍. Tak terasa 13 tahun yaaa. Semoga kalian berdua selalu langgeng hingga nanti tiba pernikahan diamond.
ردحذفKita samaaaa kak... Baju nikah saya pun tiba2 menciut. Salah cuci agaknya 🤣🤣
Ya, benar. Cepat masa berlalu. Aamiin..Terima kasih Fanny. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Fanny dan keluarga. Aamiin..
حذفHihi..bila agaknya nak muat baju tu kan.
Tahniah Pizzah, sudah 13 tahun melayari bahtera rumah tangga. Betul Pizzah, hidup ini banyak suka dukanya tapi yang selalu melekat di hati memang lebih kepada yang duka. Rupanya kira terlupa lebih banyak kegembiraan yang perlu kira syukuri. Dua-duanya tetap juga dipanggil ujian. Marilah kita belajar memilih untuk gembira.
ردحذفAlhamdulillah. Ye, melekat betul tu kak Amie. Kita cubalah kan dan cuba untuk melangkah dengan lebih kuat lagi. Syukur apa nikmat yang Allah berikan. Ye benar tu kak Amie. Marilah kita...
حذفHappy anniversary buat Fizah dan suami. Semoga terus kekal bahagia, murah rezeki dan diberkati perjalanan hidup kalian berdua. 🤲🎊🎉💝
ردحذفAamiin...
حذفTerima kasih Kak Nur doakan kami. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Kak Nur dan keluarga.
Aamiin...
Happy 13th Anniversary buat pizzah dan suami.
ردحذفTerima kasih Afeezz.
حذفHappy 13th anniversary Fizah dan suami. Semoga sentiasa di bawah rahmat dan diberkati Allah. Semoga ikatannya mawadah sakinah sehingga ke syurga😍
ردحذفAamiiin...Terima kasih KakSarie doakan kami.
حذفSemoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat KakSarie dan keluarga. Aamiin...
alhamdulillah..happy anniversary dear!! moga kekal bahagia hingga ke jannah..aamiin
ردحذفAlhamdulillah...Aamiin...
حذفTerima kasih Mummy Ayu mendoakan untuk kami. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan untuk Mummy Ayu dan keluarga. Aamiin...
Happy 13th Anniversary Fiza & suami! Untung baju nikah je yang 'mengecil', orangnya kekal awet muda. Betul kata Fiza, bila bersyukur & fokus perkara positif, perjalanan 13 tahun rasa sekejap sangat
ردحذفAlhamdulillah. Terima kasih kak. Ye, sebaiknya kita sentiasa bersyukur. Cepat masa berlalu..tanpa sedar dah 13 tahun rupanya.
حذفSelamat ulang tahun perkahwinan yang ke-13! Syukur alhamdulillah. Semoga mahligai yang dibina terus dilimpahi kasih sayang dan keberkatan.
ردحذفAlhamdulillah...Aamiin...
حذفTerima kasih atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Dr dan keluarga.
Aminn...semoga beroleh kebahagiaan dunia akhirat...Selamat ulang tahun perkahwinan...
ردحذفAamiin...
حذفTerima kasih untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Sueann dan keluarga. Aamiin...
Happy Anniversarry untuk Fiza & Suami.
ردحذفTerima kasih Tuan Shaizhar.
حذفHappy anniversary yang ke 13 buat sis Fiza dan suami.. moga yang baik² saja untuk kalian..
ردحذفBaca tajuk "rentang waktu", ingat kan review movie apa lah tadi.. hihihi
Aamiin..Terima kasih Linda doakan kami. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Linda dan keluarga. Aamiin...
حذفHihi..macam gempak pulak tajuknya ye.