Balik dari Batam, esoknya ke klinik gigi pula untuk ambil retainer dan Encik Suami buat rawatan scaling berkala selepas 6 bulan. Alang-alang saya ada appointment ke klinik gigi, dia pun sekalilah buat rawatan.
Retainer saya dah siap hari Sabtu seminggu selepas debond minggu lepas tu. Tapi hari Sabtu tu saya masih di Batam, jadi ambil hari Isnin lah. Mujur jugalah Encik Suami off day.
Lepas ni kena jumpa doktor 6 bulan sekali lah untuk check gigi dan retainer. Sekali buat rawatan scaling juga secara berkala. Kita jumpa next appointmentlah suasana klinik ni ye. Tak jumpa sebulan sekali dah.


Tempoh 24 jam tu kena pakai selama 3 tahun. Lepas tu nanti akan dikurangkan tempoh masanya. Retainer ni kena pakai selamanya lah untuk bagi gigi tu tak bergerak.


Retainer saya dah siap hari Sabtu seminggu selepas debond minggu lepas tu. Tapi hari Sabtu tu saya masih di Batam, jadi ambil hari Isnin lah. Mujur jugalah Encik Suami off day.
Lepas ni kena jumpa doktor 6 bulan sekali lah untuk check gigi dan retainer. Sekali buat rawatan scaling juga secara berkala. Kita jumpa next appointmentlah suasana klinik ni ye. Tak jumpa sebulan sekali dah.

Retainer atau Alat pengekal gigi/penahan gigi yang saya dapat. Doktor recommend saya guna hawley retainer sekali ada denture/gigi palsu. Bahagian atas ada 2 ruang kecil yang tak boleh dirapatkan. Bahagian bawah ada 2 denture gap yang tak boleh dirapatkan juga.
Gigi depan semua tak ada masalah. Doktor pesan pakai 24 jam kecuali makan dan minum. Kalau nak makan macam mana doktor sebab nak guna gigi untuk makan kan? Boleh je cuba kalau nak makan tanpa buka. Tapi takut susah dan terselit makan.
Ye, saya pun tak berani nak cuba risau rosak, terpatah atau ada kesan stain nanti. Kita nak jaga elok-elok. Mahal ni uiii satu set atas bawah RM800.

Tempoh 24 jam tu kena pakai selama 3 tahun. Lepas tu nanti akan dikurangkan tempoh masanya. Retainer ni kena pakai selamanya lah untuk bagi gigi tu tak bergerak.
Lepas 3 tahun nanti tengoklah macam mana keadaannya. Boleh pakai denture tanpa retainer ke, tukar retainer essix ke. Kita tunggu nanti. Lambat lagi masanya akan tiba.
Retainer kat sini tak ada boleh custom pilih warna atau fancy-fancy tu. Dapat yang putih jernih ni. Nice! Saya pun lebih suka macam ni. Simple je.
Sementara menunggu tu, dental assistant bagi saya 3d printed gigi saya. Eh eh dapat juga ye. Comel! Bolehlah simpan buat kenangan.

Untung juga saya buat braces kat Medissa Dental ni sebab teknologi terkini. Ada dental lain, saya tengok dental impression guna cara lama tu. Kena masuk acuan dalam mulut.
Kalau saya rasa nak termuntah dah tu. Nasib baik kat sini guna digital dental impression. Boleh bertenang lagi masa doktor gigi scan gigi.

Retainer tu kena test dulu doktor nak tengok okay ke tidak. Alhamdulillah okay dan muat dengan gigi. Retainer bahagian atas tak ada masalah. Bahagian bawah tu susah sikit nak masuk pada mulanya. Doktor bantu sikit ada tersekat dinding tepi.
Bila pakai retainer ni auto pelat ek. Nak bercakap pun susah tak terang sebutannya. Kena biasakan pakai retainer ni. Lama-lama okaylah nanti. Leceh juga nak makan kena buka pakai. Kalau macam ni, tak bolehlah kejap-kejap nak makan.
Betullah mereka kata, pakai braces lagi selesa daripada pakai retainer ni. Leceh dan tak selesa satu hal. Bertabahlah ye kena pakai. Kalau tidak rugi lah dah pakai braces lama, lepas tu tak pakai retainer gigi bergerak kembali kepada asal. Hmm..kan rugi tu.
Disiplin kena letak tahap tinggi okay. Jwanjji!
24 تعليقات
Terima Kasih atas perkongsiannya. Semoga di permudahkan segala urusan.
ردحذفSama-sama. Terima kasih juga untuk doanya. Aamiiin...
حذفberapa lama sis Fiza pakai braces dah?
ردحذفGenap 2 tahun.
حذفOh, baru tahu retainer tu kena buka masa makan. Kalau nak makan jajan² pun kena buka ek, alaa.. leceh la pulak. Tapi, rugilah tak pakai sebab bukan murah dan dah susah-payah pakai braces sebelum ni. Semoga Pizzah bertabah pakai retainer tu ya.
ردحذفYe, kena buka. Kalau tidak nanti rosak patah atau stain sebab dia acrylic base. Memang leceh tapi apa nak buat. Benda pun mahal. Terpaksalah buka pasang gitu. Sedang masih bertabah. huhuhu...
حذفwah...dah start dah pakai retaineer...caiyok caiyok
ردحذفYe, baru je since Julai haritu.
حذفAlhamdulillah, lega bila dah dapat retainer & selesai scaling! Kesihatan gigi memang kena jaga, kan?
ردحذفAlhamdulillah..ye, betul tu.
حذفWah dah dapat retainer. Saya pula tengah tunggu keputusan lab tentang gigi saya. Tapi dapatlah rasa perubahan gigi dulu dan sekarang. Dulu gigi bawah asyik sentuh lelangit je, sekarang no more!
ردحذفYe, baru dapat. Keputusan lab untuk apa tu Nadia? Pakai braces ke atau dah pakai braces sekarang? Senang hati kan tengok perubahan yang baik. Semoga Allah permudah urusan Nadia. Aamiin...
حذفbertabahlah. memang beauty is pain sgt!
ردحذفYe, sedang bertabah ni. hihi...Begitulah kan.
حذف3 tahun tu kira maksimum dah ke?
ردحذفke ada yg lebih drpd tu?
lama betulllll nak kena tunggu tuuuu
Ye, doktor kata 3 tahun kena pakai retainer ni. Tak pastilah maksimum atau lebih dari tu.
حذفYeee, kenalah kita bersabar pakai retainer 3 tahun ni.
Hahahahahah I feel you... Dulu zaman saya , masih dicetak gigi pakai acuan itu kak. Memang dah macam masuk tanah liat 🤣🤣🤣. Memang lamaaaa pakai retainer ini
ردحذفSaya dulu pakai retainer first 2 tahun baru setelah itu braces 4 tahun, lalu retainer lagi 1 tahun.
Jauuuh lebih nyaman pakai braces memang. Retainer ini macam tak bisa sebut huruf R kalau pakai 😄
Aduh, tak selesa rasanya pakai acuan begitu. Mujurlah sekarang dah makin canggih. Tulah tu, ingatkan setahun pakai 24 jam rupanya 3 tahun. Hadaplah kita.
حذفOoo pakai braces, retainer kemudian pakai beraces semula ye? Gigi dah bergerak semula ye masa tu?
Benar sekali. Pakai braces lagi senang daripada retainer. huhu..A'ah pelat R dan S.
Memang berbaloi guna klinik yang ada digital scanner ni, tak payah nak menghadap acuan simen lama tu. Semoga dipermudahkan urusan pakai retainer 3 tahun ni! Alhamdulillah, cantik kemas hasil gigi lepas debond. Bertabah bab buka pasang retainer bila nak makan tu ya, demi kekal senyuman manis!
ردحذفBagus ada teknologi terkini dan kita pun selesa gitu. Kenalah bertabah selama 3 tahun ni kan. Alhamdulillah hasilnya memuaskan.
حذفoo gitu rupa retainernya.. ada besi. akak ingatkan macam plastik sarung je sebab ada budak ofis pakai sarung yang clear je cam takde besi.
ردحذفYe, saya hawley retainer ada besi. Plastik tu essix retainer memang tak ada besi dan tak nampak macam pakai retainer.
حذفChaiyok chaiyok. Rasa Aphizha sudah boleh jadi duta untuk braces dan retainer. Lama eh 3 tahun kena pakai.
ردحذفHihi..sekadar berkongsi pengalaman. Tak layak jadi duta. hihi..Ye, lama kena pakai 3 tahun doktor cakap.
حذف