Jun 2026 | Selesai Majlis Pentauliahan PISPA anak buah, kami 2 buah kereta meluncur terus ke Cafe Markisa alang-alang dah ada dekat Merlimau tu. Dah lama saya berhajat tau nak datang tak kesampaian. Kali ni lah rezeki saya dapat singgah beramai-ramai.

Kami sampai jam 1 lebih, dah ramai dah orang datang makan di sini. Ruang makan dia luas dan banyak tempat duduk dan meja. Tak kalut nak cari meja kosong.


Saya pula order ais markisa jelly ke namanya. Dia macam ais limau jelly tu cuma versi buah markisa. Sedap rasa masam manis. Segar lalu tekak. Recommend order yang ni.

Panas-panas ni sesuai sangatlah order air lai ci kang. Sedap sejuk di tekak tapi agak manis sikit. Terlebih letak air gula agaknya. Tapi bila ais dah cair tu okaylah kurang manis.

Tak lupa juga cendol. Tapi cendol ni manis ya amat. Tak terlalu cendol sangat. Tapi kaalu nak rasa dan sejukkan tekak tu bolehlah cuba. Selera orang lain-lain kan.

Hidangan pilihan abang ipar nasi putih dan juga tauhu jepun masak apa entah. Saya pun lupa sudah.

Tauhunya banyak sepinggan, porsi sesuai untuk 2 orang makan ni.

Kakak saya pesan set nasi ikan talapia geprek. Dihidangkan bersama sambal, sup, sayur kacang panjang, tauhu goreng, tempe goreng dan timun. Ikan tu boleh kongsi makan berdua.

Saya pesan nasi goreng sambal sotong kongsi dengan anak buah sebab saya makan sikit je. Anak buah pun okay je kongsi. Itupun susah juga kami nak habiskan makan berdua.

Nampak ada menu mantou, pesan lah juga sebab nak rasa. Besar-besar ye mantou dia. Dihidangkan bersama seafood spicy butter apa entahlah nama menu dia. Banyak betul lupa. Mantou dia agak berminyak dan buat rasa tak syok makan.

Encik Suami pesan ayam buttermilk tanpa nasi. Meratah lauk je lah. Lauk ni buat cicah mantou pun sedap. Lebih pekat.

Satu lagi hidangan spaghetti tomyam, lambat sampai sebab western buka order lambat kan. Tak ambil gambar dah. Total semuanya RM15+.


Boleh beli makanan untuk mereka di kedai kopi. Oh ya, ada kedai kopi, kedai Pizza, kedai bahulu, kedai biskut dan macam-macam lagi kedai kat sini. Meriah betul suasana kat Cafe Markisa ni rupanya. Ingatkan kedai makan semata-mata.

Saya ni takut angsa, risau nanti dia kejar kita. Nasib baik dia behave je. Bolehlah ambil gambar. Tengok healing ke tu? Hihi...

Kakak saya beli makanan, kami pun ambil peluang rasakan pengalaman bagi makan itik. Kemain dia menyudu makan beria macam tak ada hari esok. Lapar sungguh lah.

Tak lupa bergambar di buaian. Lighting tak on point, edit sikit bagi cerah guna apps meitu yang tengah viral macam pakai camera mahal katanya. Sekali nohhh rokiah cerah ya amat!

Simpan kenangan bergambar di beberapa sudut yang menarik. Geng perempuan je la sakan ambil gambar. Encik Suami jadi photographer. Abang ipar awal dah cabut pergi ke kereta. Nak rehat drive jauh kan.

Sekeping lagi bergambar dekat signboard Cafe Markisa. Tempat wajib bergambar tanda hadir gitu.


Kami sampai jam 1 lebih, dah ramai dah orang datang makan di sini. Ruang makan dia luas dan banyak tempat duduk dan meja. Tak kalut nak cari meja kosong.

Sistem pesanan di sini menggunakan QR code yang diletakkan di meja. Kalau nak makan menu western, sistem pesanan buka pada jam 1.00 petang.
Kakak saya pesan air markisa. Masam betul ye air markisa ni. Macam tak ada gula. Tapi kami boleh je telan sebab suka juga masam-masam. Buah markisa pun dah sedia maklum masam kan. Yang tak suka masam, sila order air lain.
Kakak saya pesan air markisa. Masam betul ye air markisa ni. Macam tak ada gula. Tapi kami boleh je telan sebab suka juga masam-masam. Buah markisa pun dah sedia maklum masam kan. Yang tak suka masam, sila order air lain.

Saya pula order ais markisa jelly ke namanya. Dia macam ais limau jelly tu cuma versi buah markisa. Sedap rasa masam manis. Segar lalu tekak. Recommend order yang ni.

Panas-panas ni sesuai sangatlah order air lai ci kang. Sedap sejuk di tekak tapi agak manis sikit. Terlebih letak air gula agaknya. Tapi bila ais dah cair tu okaylah kurang manis.

Tak lupa juga cendol. Tapi cendol ni manis ya amat. Tak terlalu cendol sangat. Tapi kaalu nak rasa dan sejukkan tekak tu bolehlah cuba. Selera orang lain-lain kan.

Hidangan pilihan abang ipar nasi putih dan juga tauhu jepun masak apa entah. Saya pun lupa sudah.

Tauhunya banyak sepinggan, porsi sesuai untuk 2 orang makan ni.

Kakak saya pesan set nasi ikan talapia geprek. Dihidangkan bersama sambal, sup, sayur kacang panjang, tauhu goreng, tempe goreng dan timun. Ikan tu boleh kongsi makan berdua.

Saya pesan nasi goreng sambal sotong kongsi dengan anak buah sebab saya makan sikit je. Anak buah pun okay je kongsi. Itupun susah juga kami nak habiskan makan berdua.
Sambal nasi lemak dan sambal sotongnya sedap. Pedas sikit lah tapi. Ada pulak sayur kangkung celur. Meriah sepinggan nasi lemaknya.

Nampak ada menu mantou, pesan lah juga sebab nak rasa. Besar-besar ye mantou dia. Dihidangkan bersama seafood spicy butter apa entahlah nama menu dia. Banyak betul lupa. Mantou dia agak berminyak dan buat rasa tak syok makan.
Tambah pula kuah cicahnya agak berminyak juga. Jadi pening terus. Tapi habiskan juga lah.

Encik Suami pesan ayam buttermilk tanpa nasi. Meratah lauk je lah. Lauk ni buat cicah mantou pun sedap. Lebih pekat.

Satu lagi hidangan spaghetti tomyam, lambat sampai sebab western buka order lambat kan. Tak ambil gambar dah. Total semuanya RM15+.
Sambil makan tu dapatlah menjamu mata dengan permandangan sekitar Cafe Markisa kat sini. Ada banyak tarikan di sini. Boleh naik cruise jalan-jalan menyelusuri Tasik Chin Chin. Tak sempatlah kami nak naik cruise sebab mengejar masa. Kakak saya pun nak balik Sabak Bernam terus.

Jadi, kita hanya jalan-jalan dan melihat kawasan di sini je lah sebelum balik. Ada buaian kat sini. Banyaknya itik dan angsa. Meriah dengan bunyi mereka je.

Boleh beli makanan untuk mereka di kedai kopi. Oh ya, ada kedai kopi, kedai Pizza, kedai bahulu, kedai biskut dan macam-macam lagi kedai kat sini. Meriah betul suasana kat Cafe Markisa ni rupanya. Ingatkan kedai makan semata-mata.

Saya ni takut angsa, risau nanti dia kejar kita. Nasib baik dia behave je. Bolehlah ambil gambar. Tengok healing ke tu? Hihi...

Kakak saya beli makanan, kami pun ambil peluang rasakan pengalaman bagi makan itik. Kemain dia menyudu makan beria macam tak ada hari esok. Lapar sungguh lah.

Tak lupa bergambar di buaian. Lighting tak on point, edit sikit bagi cerah guna apps meitu yang tengah viral macam pakai camera mahal katanya. Sekali nohhh rokiah cerah ya amat!

Simpan kenangan bergambar di beberapa sudut yang menarik. Geng perempuan je la sakan ambil gambar. Encik Suami jadi photographer. Abang ipar awal dah cabut pergi ke kereta. Nak rehat drive jauh kan.

Sekeping lagi bergambar dekat signboard Cafe Markisa. Tempat wajib bergambar tanda hadir gitu.

Dan kami teruskan perjalanan pulang ke Seremban. Tak jadi mereka nak balik terus ke Sabak Bernam sebab penat. Malam baru bertolak balik.
Alhamdulillah, masa dihabiskan bersama dengan baik. Cipta kenangan bersama. Ada rezeki masa lain kali boleh berkumpul dan jalan-jalan lagi.
46 تعليقات
Suasana Cafe Markisa nampak sangat cozy! Comellah itik-itik tu! Tuan blog atas buaian tu pun comel juga hehe
ردحذفSelesa dan tak panas sangat. Suasana pun menarik. Eh eh, kita pun termasuk sekali dalam kategori comel ek. Macehhh...
حذفKak SA pun dah pernah sampai sini dah masa baru- baru kahwin dulu...Dania bawak sini..masa tu x berapa banyak gerai..masih ada pizza masa tu sekarang x tau la masih ada ke tak...
ردحذفRasa macam pernah baca kot dulu. Lama dah kan. Masih ada lagi rasanya pizza tu. Saya pun tak explore sangat masa ni. Bolehlah datang lagi kalau ke Melaka.
حذفbanyak itiknye, tangkap sekor, sombolih wat masak lomak itik salai pon sodap...
ردحذفEhhh..jangan memandai-mandai. Itik orang tuuu. hihi...
حذفbanyak menu yang menarik juga kak ana tengok ni, aah memang masam kan air markisa kena tambah gula lagi kut baru sedap hehe :)
ردحذفYe, banyak menu menarik kat sini. Betul tu Kak Ana. Masam betul buah markisa ni. Memang kena tambah gula sikit bagi kurangkan rasa masam tu.
حذفPanas2 sedapnya hirup air markisa tu. Makanan pun semua menyelerakan.
ردحذفYe, segar betul dapat air sejuk masam manis. Makanan pun boleh tahan sedap juga.
حذفAir semua nampak macam penghilang dahaga. Udahlah kat sini cuaca panas. Telan ailio tengok gambar Fizah. 🤤 Macam comel je, bagi makan itik. Lepas makan sedap, boleh healing, tempatnya, ya.
ردحذفYa, minuman sampai dulu sampai kenyang air dibuatnya. hihi..Yang air masam-masam tu buat kita rasa kecur kan. Lepas makan boleh healing-healing gitu. Menarik tempatnya. Dapat juga bagi makan itik. hihi...
حذفAyam buttermilk paling menambat mata dan selera. Laicikang tu juga kalau tengah panas2. Best lah lokasi dan persekitaran cafe ni.
ردحذفDua menu tu menambat selera juga. Best. Bukan saja boleh makan, ada aktiviti lain juga.
حذفSemoga ukhuwah terus berpanjangan
ردحذفInsyaAllah. Aaamiin....Terima kasih wak.
حذفsaya tak pernah mkn buah markisa..sama jugak tak pernah minum jusnya..so curious jugak how it tastes
ردحذفKalau jumpa menu minuman jus markisa di mana-mana bolehlah cuba.
حذفcantik tempatnya.....menu pun mcm2
ردحذفCantik! Banyak juga pilihan menu-menu yang sedap dan menarik.
حذفDah jejak juga tp kan kita mcm kurang sikit air markisa tu hehee sbb myb x suka sgt masam² dia kot ntah laa .. tp suka lepak situ nyaman je
ردحذفLepak sini best kan. Yeee air markisa tu masam ya amat. Tapi saya masih okay lagi boleh minum lah.
حذفCantik cafe ni... Rasanya ada bbrp orang kawan blogger pernah ke sini.
ردحذفAkk hari tu beli air markisa, sedap rupanya ye. Masam² manis I like :)
Ya, ramai juga blogger dah ke sini. Kalau suka minuman masam manis mesti akan suka air jus markisa ni. hihi...
حذفsuami sis Fiza dah ditrain dengan baik untuk jadi photog.. hahhaa
ردحذفfamous kafe markisa ni, tapi belum pernah sampai lagi, walaupun masa tu duduk melaka je
Hihi..dah ditrain dengan baik dah setelah banyak complaint diberikan. Memang famous cafe ni. Takpelah nanti Linda datang mesti dah lagi menarik. Boleh masuk list kalau ke Melaka.
حذفwahhhh cantikla cafenya, lepas tu air tu sedap dan semua menu tu menggoda terutamanya mantao tu tapi kalau mcm berminyak tak jadi la nk teringin . Tapi memang cantik pemandangan cafenya tu
ردحذفCafe menarik, permandangan nice, makanan sedap dan banyak aktiviti kat sini. Mantao tu tolak markah sikit sebab oily.
حذفBestnya jalan² dua kereta cari makan sampai ke Cafe Markisa. Buah Markisa memang masam tapi bila buat air, sungguh menyegarkan. Ramai pengunjung tapi meja banyak, tidaklah menunggu, banyak pilihan makanan, masakan kampung pun ada tu tapi kalau datang tempat macam ni, memang meratah lauk la yang syok, kannn, hihihi.
ردحذفHihi..memang segar betul dibuatnya dengan rasa masamnya tu. Tak kalut kalau ramai pun. Meratah lauk pun sedap.
حذفChicken buttermilk itu banyak dan besar juga saiz ayamnya.
ردحذفUnik juga menunya.
Ye kak Wina. Portion dia untuk 2-3 orang makan pun boleh tu.
حذفInilah antara contoh cendol yg fail...guna ais yang ketul2 ni. Aishhhh. Memang berminyak teruk mantou tu nampaknya. Tengok pun dah rasa macam muak
ردحذفYe, tak suka betul cendol macam ni. Suka jenis ais kisar tu barulah the real cendol kan. Tulah tu, makan satu pun rasa tak larat nak makan lagi. Tapi gigih habiskan makan dengan sos chicken buttermilk tu.
حذفSaya nih kadang suka kadang tak dengan markisa. Medan tempat orangtua saya tinggal, memang terkenal penghasil markisa di Indonesia. Jadi kadang oleh2 yg dibawa dari Medan, pasti produk berazaskan markisa.
ردحذفCuma yg masam sangat saya memang tak suka. Pernah makan es krim markisa di Chiang Mai, ya Allah masamnya betul2 sampai ke tulang 🤣🤣🤣. Tak sanggup saya habiskan.
Kalau di sini markisa biasanya dicampur lagi supaya masamnya balance. Paling suka kalau markisa dicampur asinan buah atau Yakult. Jadi best, ada manis2 nya. Baru bisa tertelan.
Nampak sedap rata2 makanannya kak. Tp mantau ith kalau terlalu oily sayapun tak suka. Apalagi kuahnya juga oily.
Mereka tak masak di dlm air fryer agaknya yaa.
Bagus lagi dicicah dengan buttermilk
Baru tahu sana banyak buah markisa dan produk markisa juga. Yang masam sangat tu sangat memang tak bolehlah. Pernah cuba makan tapi tak boleh terima. Kalau buat air ni macam okay lagi boleh telan. Yang ais jelly markisa tu sedap sebab ada rasa manis sikit.
حذفTak pastilah mereka masak macam mana. Oily tu buat kita rasa pening dan muak sikit. Tambah pula pencicahnya juga oily. Dengan kuah chicken buttermilk juga yang sedap.
Nasi lemak tu mesti sedap.. nengok warna sambal nya pun dah tau.
ردحذفSuka kalau nasi lemak ada kangkung.
Nasi lemak sedap, sambal dia pedas sikit. A'ah kalau sambal pecah minyak cantik merahnya tu mesti sedap. Oo memang ada ye orang jual nasi lemak ada kangkung. Saya baru pertama kali jumpa.
حذفTempat akak ada... akak pun kalau buat nasi lemak biasanya rebuskan kangkung juga. Tak tau ler kenapa suka dengan kombinasi gitu tapi timun still ada juga.
حذفOhh ada ye. Nampaknya saya yang ketinggalkan. Nasib baik dah jumpa jugak. Taklah rasa ketinggalan sangat. hihi...
حذفAneka menu di Cafe Markisa ni ye. Nasi lemak letak sayur kangkung memang molek. Dekat Shah Alam ni ada beberapa kedai juga nasi lemak ada kangkung. Sayangnya mantao nya itu agak berminyak. Menarik ada banyak kiosk makanan lain di cafe ini. Vibes santai dan welcoming memang mengundang lepak lama. Ada pula binatang macam angsa bagai. Sure budak-budak suka ni
ردحذفA'ah. Macam-macam menu ada KakSarie. Kita ingatkan tak banyak. Bagus jugalah banyak pilihan. Ye, tersangatlah spoilnya mantao tu a bit oily.
حذفBanyak tempat makan lain, kedai kopi, biskut dan lain-lain. Selain ada haiwan, boleh bagi makan, boleh juga jalan-jalan naik cruise menikmati permandangan Tasik Chin Chin.
Gabungan gambar makanan dan pemandangan yang menyegarkan mata. Sayangla mantou tu, memang nampak berminyak. Kalau tak mesti dah licin, kan..
ردحذفPermandangan memang menarik kat sini. Makanan pun banyak pilihan. Mungkin haritu mantou yang saya pesan tu agak oily sikit kot. Tapi licin jugalah menghabiskan tanpa ada pembaziran berlaku.
حذفDah lama tak pergi Melaka. Harap ada lah rezeki tersesat ke sini.
ردحذفSemoga ada rezeki nanti jalan-jalan ke Melaka dan JJCM di Melaka.
حذف