Happy Saturday! Tak ada modal nak cerita, kita cerita pasal pokok lah ye. Swiss cheese plant yang saya beli hujung bulan Jun haritu semakin meninggi diri nampaknya. Sekejap je dah bertambah daun-daunnya.
Setiap daun yang keluar semua berlubang-lubang tak macam sebelum ni yang pernah saya beli. Kadang daunnya tidak berlubang. Tak pasti puncanya kenapa. Kali ni saya happy semuanya tumbuh dengan baik.

Setiap daun yang keluar semua berlubang-lubang tak macam sebelum ni yang pernah saya beli. Kadang daunnya tidak berlubang. Tak pasti puncanya kenapa. Kali ni saya happy semuanya tumbuh dengan baik.

Saja saya biarkan dia tegak ke atas kedinding. Kalau dah semakin tinggi nanti saya biarkan je dia berjuntai ke bawah.
Saya gunakan medium clay ball menggantikan tanah. Lebih mudah nak uruskan. Sesuai untuk tanaman indoor. Hanya perlu tambah air jika air berkurang.
Alhamdulillah hidup subur dengan cahaya yang cukup masuk dalam rumah dan air yang cukup. Setakat ni dah 3 helai daun kuning dan dah dipotong.
Kuning tu tak tahulah sebab apa. Air terlebih ke, cahaya kurang ke. Tapi beberapa minggu ni cahaya cerah je sebab panas. Mungkin sebab panas juga? Entahlah ek, bukan pakar bab tumbuhan ni. Janji dia hidup dengan baik.
Serik dah nak letak baja sebab haritu letak baja dia lecur dah mati terus. Tak boleh nak diselamatkan lagi sebab akar pun dah rosak teruk hitam dan hancur. Itu yang beli pokok baru. Biar je lah dia hidup secara semulajadi dengan makanan air dan cahaya dah mencukupi.
Serik dah nak letak baja sebab haritu letak baja dia lecur dah mati terus. Tak boleh nak diselamatkan lagi sebab akar pun dah rosak teruk hitam dan hancur. Itu yang beli pokok baru. Biar je lah dia hidup secara semulajadi dengan makanan air dan cahaya dah mencukupi.
20 تعليقات
wahhh semakin subur tu!! nice! MZ singgah BW ni...minggu lps sgt bz tak sempat layan blog..emm ni weekend pun MZ keje ni..tgh jaga exam
ردحذفYa, semakin bertambah-tambah daunnya. Terima kasih singgah blogwalking.
حذفSelamat bekerja di hari Sabtu. Semoga dipermudah urusan kerja harini. Aamiin...
harap2 subur laa sampai ke sudah...
ردحذفkat rumah kg, mama sy ada tanam jg
tp dia biar mcm tu je kalau musim hujan
kalau tak ptg2 sblm dia gi masjid dia siram...
Harapnya lah. Ye, kalau musim panas kena extra care sikit. Tapi biasalah kalau kat kampung tu mesti hidup subur je pokok-pokoknya kan.
حذفAlhamdulillah, tanaman telah dengan suburnya.
ردحذفAlhamdulillah..seronok melihat perkembangan pokok dalam rumah ni.
حذفMacam kita ukir pulak daunnya berlubang tu kan.
ردحذفUnik daun pokok macam ni. Ramai peminat monstera ni.
حذفini pokok jenis monstera gak kan..
ردحذفYe benarrr
حذفCantik nya dia...
ردحذفKan..comel je rupa beliau.
حذفlawa pulak daun dia berlobang lobang gitu. semoga dia tumbuh dgn baik :D
ردحذفMemang lawa. Tu yang berkenan dan beli. Before this ada juga tapi daun baru tumbuh tak berlubang-lubang pulak. Pelik betulll
حذفOh justru dikasih baja LGS mati pula ya kak. Bagus juga kalau hanya perlu air dan cahaya. Lebih mudah nak rawat
ردحذفYa, tak tahu kenapa mati. Mungkin tak sesuai untuk jenis medium leca clay ball kot. Pokok lansung mati disebabkan panas lecur kena baja kuat agaknya.
حذفAlhamdulillah, makin tinggi dan cantik daunnya! Suka tengok daun berlubang asli macam ni, nampak estetik sangat letak kat sudut rumah
ردحذفAlhamdulillah. seronok tengok perkembangan positif daun-daun baru ni. Betul, aesthetic sangat untuk hiasan dalam rumah.
حذفGuna clay ball memang kemas untuk indoor plant! Daun kuning tu kadang sebab haba ek? Sukanya nampak pokok segar begini.
ردحذفLagi kemas dan tak kotor gitu kan. Tak pasti sebab apa daun kuning tu, banyak faktor yang menyebabkan daun boleh jadi kuning. Segar mata memandang kan.
حذف