Ingatkan nak pergi makan malam terus tapi adik ipar singgah di Komplek Ruko Nagoya Hill, jalan-jalan tengok apa yang menarik dalam mall tu. Adik ipar turunkan kami semua di depan entrance mall. Agak sesak juga mall ni. Sementara tunggu dia, kami pun jalan-jalan sampai ke food court.

Macam mall Malaysia jugalah suasananya sebab ada KFC dan A&W tu. Resto yang tak asing untuk kita. Cantik juga ruangan food court kat sini. Tapi macam agak panas sikit sebab ruang terbuka luas.

Tak membeli apa kat sini selain jalan-jalan. Kami sempat beli KopKen (blogger Fanny sebut) buat stok kopi di hotel. Selaku peminat Kenangan Coffee/ Kopi Kenangan di Malaysia, haruslah kan cuba yang original di Indonesia.

Lebih kurang juga interior design cafe KopKen dengan Malaysia. Tak banyak beza sangat. Ramai jugalah yang mengopi di sini. Kedengaran juga perbualan orang Malaysia.

Kami beli 3 cawan kopi. Satu kami kongsi berdua, 2 lagi untuk adik ipar dan isterinya, biras saya. Kalau di Malaysia dapatlah beg kertas nampak eksklusif sikit. Tapi disini semuanya di letak dalam beg plastik je yang ada logo Kopken. Tanpa alas pula tu. Aikkk macam downgrade pula ye.

Kami bayar guna cash yang ada. 3 cawan kopi tak sampai 20 hengget pun. Total Rp 77,000. Murah ye. Macam ni mengopi hari-hari pun boleh. Kannn...

Dari Komplek Ruko Nagoya Hill, kami ke Resto Love Seafood untuk makan malam. Kami sampai dah lewat sikit dan tak ramai orang dah.

Anak buah pun dah terlelap mengantuk dan penat. Belakang tu ada aquarium seafood fresh. Kami terus buat pesanan. Masing-masing pun dah kelaparan. Buat pesanan ala carte je.

Lama tak lama sangatlah menunggu. Kami semua kepenatan dan kelaparan jugalah. Mana tidaknya dari jam 2 pagi dari Malaysia tu tak tidur-tidur lagi. Driver lah paling penat.

Makanan semua sampai pada waktu yang sama kecuali ikan siakap bakar sambal. Lambat sampai dalam 15 minit. Awal-awal masa buat pesanan dia kata ikan bakar lambat sikit. Kami setuju je dan sabar menuggu sementara makan lauk pauk yang dah sampai dulu.

Gambar makanan saya tak ambil. Semua dah lapar, saya pun dah penat. Tak kuasa dah nak ambil gambar makanan. Selain ikan bakar, pesan udang butter nestum, ayam bawang putih, sayur kailan dan apa lagi ek. Saya pun dah lupa.
Semua sedap dan habis licin semuanya tanpa pembaziran. Total semuanya kalau tak silap seratus lebih duit Malaysia. Kalau makan memang murah-murah je kat sini. Lumayan kenyang sangatt cuyy...Eh, automatik boleh terus cakap Indo. hihi...
Perut dah kenyang, kami pun balik ke hotel. Bersihkan diri sekali lagi, solat isya' dan barulah dapat merehatkan diri. Malam tu tidur awal sebab mengantuk dan penat gila. Recharge bateri yang dah hampir flat.
Bersambung...
14 تعليقات
rasa tak sedap tu jauhhh beza sgt ke dgn yg kat malaysia punya?
ردحذفMacam jauh beza je Anies. Tak tahulah kan. Ke tekak kita yang rasa lain.
حذفBila penat memang tak lalu nak buat apa dah kan sebenarnya. Mencari bantal aje tajuknya. Tapi bila perut lapar memang tahan mata sebab tak bisa tidur kalau perutnya keriuk keriuk. Ooo berbeza ye biji kopi yang digunakan dengan Malaysia. Indonesia memang kebanyakan tempat murah kan. Selamat bercuti ke Batam
ردحذفItulah tu. Nak rehat tapi nak jalan. Nak jalan tapi penat. Celaru betul. hihihi...
حذفYe, beza rasa kopi dia walaupun kedai kopi yang sama.
Betul, Indo memang murah-murah sebab nilai duit dia rendah. Berbaloilah untuk kita.
Alhamdulillah selesai sudah percutian di Batam.
Penat yang berbaloi.
ردحذفDapat rehat & recharged, boleh jalan dengan bertenaga esok harinya.
Ya benerrr. Recharged tu penting kalau travel jauh.
حذفMurahnya 3 cawan kopi harga RM20. Jatuh lebih kurang RM6 lebih untuk 1. Akak sampai ulang baca supaya tidak tersalah baca.
ردحذفMurah sangat. Dalam RM17-RM18 macam tu untuk 3 cup ni. Kalau nak mengopi hari-hari pun tak rasa bersalah. hihihi...
حذفItulah kenapa saya tak pernah menyarankan Kopken ke teman2 Malaysia yg DTG ke JKT, sebab memang saya pun tak suka rasanya 😅😅😅. Krn di sini ada banyak lagi kopi premium yg jauh LBH enak dr Kopken kak.
ردحذفKopken inn menang di capital, besar, Krn punya big company. Makanya dia bisa expand ke banyak negara. Tp pastilah di Negara2 lain biasanya kualitas disesuaikan utk ekspor. Kalau di Indonesia, better minum kopi yg lain 😅😅. Jangan dia.
Kalau seafood, Batam Krn dekat laut, JD memang seafood enak. Nanti sayapun hrs cobaaa 😍😍😍. Suami saya pernah ke Batam, tugas dr CIMB. Dan memang dia bilang sedap kuliner di sana
Baru faham kenapa Fanny cakap macam tu. Mungkin saya kena cuba lagi KopKen yang lain di sana untuk compare rasa tu. Tak tahulah kenapa rasa dia sangat kurang berbanding di sini.
حذفYe, Batam memang popular dengan makanan seafoodnya. Antara makanan yang kena cuba kalau ke Batam. Seronoklah kalau outstation kan. Lepas ni Fanny boleh plan ke Batam pula.
br nk terliur tgk gmbr makanan seafood...
ردحذفHihi..Ampunn..tak sempat nak ambil gambarnya.
حذفmenarik jugak mall nya..cuma panas lah yer sbb konsep open air?
ردحذفYe, menarik mall ni. Panas open air sikit kat food court atas tu je.
حذف