Tiba-tiba pula Bambina buat diskaun di TikTok. Tak boleh jadi ni, terus add to cart dan submit order. Nak dijadikan cerita, masa hari raya Aidiladha haritu saya nak beli baju kurung Kalthum Merona warna ruby ni tapi out of stock. Jadi, belilah warna mocha tu.
Grab jugalah daripada kempunan tak dapat kan. Tak ada rezeki nak beli warna ruby which is warna maroon merah ni. Lepas raya tu saya perasan mereka restock. tapi saya tak membeli lah sebab baru beli kan. Sehelai bukan murah.
Tapi bila nampak ada diskaun yang baru ni. Warna dan size yang saya nak beli tu tinggal 1 je pula. Tu yang terus beli. Baik beli sebelum menyesal.

Kalau sudah tertulis rezeki kita, tidak kemanalah rezeki tu pergi. Alhamdulillah.
Dibungkus dengan bungkusan linen berbentuk sampul surat besar bertulis Bambina, " A silhoutte for generations".

Kali ini tak fancy sangat. Cuma ada ikatan riben hitam dan juga card. Saya pakai X-Shmol which is saiz XS. Baju kurung loose Bambina ni je lah mampu pakai saiz paling kecil. Kalau baju jenama lain jangan harap nak pakai XS. Kikiki...

Sulaman corak yang sama inspirasi daripada bunga cengkih. Harga asal RM349, dapat diskaun 45%. Berbaloi sangatlah membeli kan. Boleh pakai untuk next event nanti.

Kalau beli masa Off season dapatlah harga murah sikit berbanding harga asal masa musim raya tu. Sekarang yang tinggal hanya stok warna white sahaja. Mujurlah saya cepat membeli. Kalau tidak kempunan kali kedua. huhu...
28 تعليقات
Alhamdulillah, rezeki Add to Cart masa diskaun! Warna ruby tu memang idaman ramailah tu kan.
ردحذفAlhamdulillah..rezeki dapat beli warna yang kita nak sebelum ni. Untung juga dapat diskaun.
حذفMerah maroon antara warna kegemaran saya, tahniah dpt beli baju yg diinginkan, dapat diskaun 45% pulak tu. Memang berbaloi..
ردحذفWarna cantik mesti ramai jadikan favourite. Saya pun suka. Alhamdulillah dapat beli dan dapat diskaun banyak juga tu. Berbaloi sangat.
حذفCantik polkadot.
ردحذفCantik bagi peminat polkadot.
حذفwrapping nampak premium!
ردحذفYa, nampak exclusive kan.
حذفIngat ada yang yg tunjuk dengan model nya.... cantiknya polka
ردحذفTak ada. Kena tunggu pakai dan ber OOTD nanti. hihi..
حذفwow syoknya saiz XS heheeh :) lawa betul design polkadot! hari tu MZ ada beli blouse polkadot kat shopee (no brand)...boleh lah utk pakai harian buat raso2 :p
ردحذفHihi..untuk brand ni bolehlah size XS. Brand lain tak dapatlah. huhuhu...
حذفKalau selesa dan cantik sesuai dengan kita, why not kan.
Cantik. Sekarang dah datang balik trend polkadot ni.
ردحذفye, trend kembali fashion lama. Polkadot ni timeless and evergreen.
حذفLawa sangatttt ni Fiza. Mmg tak rugi beli
ردحذفKann..tak menyesal beli. hihihi...
حذفbanyak juga tu diskaun yg diberi
ردحذفnak tunggu diorg bagi diskaun macam tu lagi entah bila laa kan
so better grab sekarang!
Ye, itu yang beli terus tu.
حذفWow..saiz XS..
ردحذفTeruja sangat bila saiz XS kan. Padahal XS loose. hihihi...
حذفAiiiiih lumayan sangaaaat diskon nya kaaak 😍😍
ردحذفMemang bagus lah LGS beli. Tak jadi2 saya beli baju kurung tiap kesana. Akhir tahun semoga dpt yg cocok modelnya dan harga 😄
Sangat lumayan. Berbaloi beli masa off season dapat diskaun banyak. Semoga dapat beli baju kurung yang berkenan nanti ye Fanny. di Jalan TAR KL banyak baju kurung.
حذفBetul kata orang, kalau dah rezeki tak ke mana! Mujur Fiza cepat add to cart sebab tinggal 1 je stok saiz XS tu. Packaging bentuk sampul surat besar siap riben hitam tu nampak eksklusif betul..akak pun ada berkenan barang2 kat Bambina..nanti la tgok balik betul2
ردحذفKira rezeki saya lah tu dapat yang last. Kena grab cepat sebelum kehabisan. Kadang kalau ada rezeki mereka masukkan dalam TikTok Shop.
حذفBanyak tu diskaunnya.. memang berbaloi beli.
ردحذفTapi seriouslaaa.. akak tak tau ada jenama Bambina ni huhu
Tulah tu, orang kata baik beli. Kann...
حذفHihi..tak jadi masalah pun kak tak tahu jenama. Banyak jenama di pasaran, kita pun bukan semua. Jenama ni mungkin tak sepopular jenama lain kot.
Berbaloi dapat diskaun 45%. Hehe alhamdulillah ada rezeki beli yang merah. Suka corak polkadot ke?
ردحذفBerbaloi sangat dapat dapat warna yang saya nak beli. Suka juga dengan corak polkadot.
حذف