Ada satu hari tu kawan office Encik Suami belanja geng office soft cookies All About Chew ni. Balik rumah Encik Suami pun ceritalah biskut ni sedap. Kebetulan ada urusan kerja di IOI City Mall, Encik Suami pun beli lah juga untuk saya merasa.



Sedap memang sedap tapi dia manis ye. Sehari saya mampu makan satu je. Biskut sedap dan mahal ni lambat sikit nak habiskan. Kalau simpan dalam peti ais boleh tahan lama. Mujurlah juga rasa dia manis tak boleh nak makan sekali banyak. Kena makan berpada-pada kaedahnya.

Ini kali je lah belinya untuk buat rasa-rasa. Tiba-tiba rasa macam teringin nak makan pop corn kayangan tu, Garrett popcorn. Dulu nak beli susah sebab jauh di One Utama. Sekarang dah banyak cawangan juga. Paling dekat IOI City Mall lah. Boleh diusulkan kepada Encik Suami nanti.
Beli dua bekas, satu lagi untuk bagi adik dia. Lepas balik kerja tu terus pergi melawat adik dia yang baru lepas jalani pembedahan di KPJ Kajang.

Exclusive sangat dia punya packaging. Saya lebih suka soft cookies berbanding biskut yang biasa tu. Sesuailah dengan gigi manja lepas buka braces ni. Senang gigit dan senang kunyah.
Encik Suami beli signature chewy cookies dalam bekas tin yang comel ni. Ada dua perisa dan biskut saiz kecil. Setiap satu perisa ada 12 pcs. Harga untuk satu bekas tin RM70, 24 pcs.

Signature Chewy Cookies
- Chewibaccas: Chewy dark chocolate chip cookies sprinkled with sea salt
- Blackouts: Rich, double-chocolate chewy cookies.
Ada juga menu softcookies yang besar macam softcookies subway tu. Antara dua ni saya suka chewibaccas bila makan terasa coklat yang melting tu dan ada rasa masin-masin sea salt tu sedap.
Blackouts pun sedap juga rasa coklat premium yang betul-betul kaya dengan rasa coklatnya. Lembut didalam dan luar pun rasa rangup.

Sedap memang sedap tapi dia manis ye. Sehari saya mampu makan satu je. Biskut sedap dan mahal ni lambat sikit nak habiskan. Kalau simpan dalam peti ais boleh tahan lama. Mujurlah juga rasa dia manis tak boleh nak makan sekali banyak. Kena makan berpada-pada kaedahnya.

Ini kali je lah belinya untuk buat rasa-rasa. Tiba-tiba rasa macam teringin nak makan pop corn kayangan tu, Garrett popcorn. Dulu nak beli susah sebab jauh di One Utama. Sekarang dah banyak cawangan juga. Paling dekat IOI City Mall lah. Boleh diusulkan kepada Encik Suami nanti.
26 تعليقات
Waduhhhh....tergodanya tengok gambar yang dikongsikan. Soft cookies ni kalau makan ralit juga kan. Harga kayangan tapi kalau sedap memang berbaloi kan
ردحذفya, soft cookies lagi sedap kan. Ini kali je lah beli sebab nak rasa. Nak beli selalu memang tidaklah kan dengan harga macam tu. huhu...
حذفlawa betul bekasnya, memang sesuai utk bg hadiah
ردحذفMemang cantik bekas dia, bekas tin. Sangat sesuai untuk dijadikan hadiah.
حذفCiknur pula x suka soft cookies ni
ردحذفTapi ank2 sukaaa sgt
Ohh selera berbeza gitu kan.
حذفwow.....nampak menariks sgt. bab dark choc tu yg sgt menggoda tu, kalu jumpa leh try ni...
ردحذفyumss
Nanti bolehlah cuba beli dan rasa. Kat IOI lah paling dekat kot Mummy Ayu.
حذفSedap tu soft cookies... Kena mkn skit2 cookies kaya ngan...Lama xbuat
ردحذفBetul, makan sikit-sikit je. Makan banyak² sekali macam tak lalu nak makan banyak. Wahh bestnya boleh buat sendiri. Boleh adjust rasa manis tu kan.
حذفKombinasi sea salt dengan dark chocolate memang tak pernah mengecewakan! Menggiurkan betul. Semoga adik ipar cepat sembuh.
ردحذفKann..sedap betul kalau soft cookies letak sea salt dan chocolate chip melting tu.
حذفAamiin..Terima kasih atas doanya.
Saya teringin nak buat...bahan dah beli belum terlaksana...
ردحذفDah ada bahan tu kena cepat-cepat buat tu Sueann.
حذفKalau manis saya tolak tepi. Kalau free saya ambil rasa 1 pun cukup la. H aha ha
ردحذفHihi..faham sangat situasi tu.
حذفPackaging memang cantiiiiik. Mungkin itu juga yg bikin hrga mahal hahahahhaha.
ردحذفSaya mau saja makan soft cookies. Tp bukan favorit lah. Sekedar merasa oke, tp biasa tak coba lagi. Makanya 1 pack ini terlalu banyak juga. Tp ntahlah , kalau nanti anak2 mau, saya belikan. Biasanya mereka yg suka cookies begini
Ye, itu yang lagi nampak premiumnya. A'ah agak banyak jugalah. Lambat sikit nak habiskan sebab makan sikit-sikit je. Gen Z mudah suka, mungkin tidak. Depends pada selera masing-masing.
حذفSdpnya
ردحذفYe.
حذفEksklusif betul packaging nya.. Linda tak pernah try soft cookies, tak tau lah.. tak terasa nak cuba lagi..
ردحذفKalau pernah cuba cookies subway tu, begitulah soft cookiesnya.
حذفNampak sedap la cookies ni. Bekas pun exclusive.
ردحذفSedap kalau suka soft cookies. Ye, bekas pun premium sikit.
حذفKalau akak suka biskut yang rangup, yang lembut ini rasa lemau. Hehe nasib baik boleh makan sedikit sekali makan. Kalau tidak jenuh kena beli lagi.
ردحذفCukuplah sekadar merasa je. Harga pun tak mesra poket sangat. huhuhu...
حذف