Masjid Agung Raja Hamidah Batam (MARHB)
Masjid Agung Raja Hamidah Kota Batam (dahulunya dikenali sebagai Masjid Agung Batam Centre) merupakan ikon keagamaan terbesar serta pusat ibadah utama di Batam. Masjid ini terletak di lokasi yang strategik, berhampiran pusat pentadbiran kerajaan bandar.
Pada asalnya, masjid ini direka oleh arkitek Achmad Noe'man dan terkenal dengan seni binanya yang unik, menampilkan bumbung berbentuk piramid empat sisi (limas) menggantikan kubah tradisional, yang melambangkan falsafah Melayu.
Selepas melalui projek pemulihan dan naik taraf berskala besar yang siap sekitar tahun 2024, penampilan masjid ini menjadi lebih megah dan moden dengan penambahan kubah utama yang menyerlah.
Masjid ini turut diberikan nama baharu, iaitu Masjid Agung Raja Hamidah, sempena Raja Hamidah (Engku Putri), seorang tokoh wanita penting dalam sejarah Kesultanan Riau-Lingga, sebagai penghormatan terhadap warisan sejarah rantau tersebut.
sumber dari : www.indonesia.travel.id

Dimulakan dengan langkah kaki kanan masuk masjid. Serba putih ruang dalam Masjid Agung ni. Kami confident jalan terus dan belok ke kanan, nak naik tingkat atas. Sekali dah naik setingkat, pintu tutup pula. Patah semula turun dan belok ke kanan.

Rupanya tak payah naik tangga pun takpe tadi, dari pintu masuk boleh terus ke kanan je. Best je duduk santai di lantai marmar yang sejuk ni. Tenang sungguh kalau berada di masjid.


Dapat ambil beberapa sudut ruang yang menarik di Masjid Agung ni. Ruang tengah ni luas betul macam Masjid Wilayah KL tu. Tapi ni luas lagi.


Gabungan warna putih dan biru ni dah jadi sebati untuk masjid besar begini. Mana-mana masjid mesti gabung dua warna ni. Kebanyakannya lah.

Ciri reka bentuk utama
- Bumbung bentuk limas tradisional atau piramid
- Elemen kubah moden baharu
- Menara masjid yang tinggi
- Seni bina berunsurkan kebudayaan Indonesia.



Ini je gambar yang kami dapat ambil sebab singgah kejap je. Kami tak berkesempatan nak pergi ke Masjid Tanwirun Naja, kubah ikonik bentuk tanjak yang popular di Batam. Mungkin di lain kali boleh singgah bila ke Batam.
24 تعليقات
lawa dalam masjid nya. maasa ke sana anak anak dah letih, kami tak sempat masuk dalam masjid pun masa tu
ردحذفBetul, cantik sangat luar dan dalamnya. Ada rezeki nanti bolehlah datang bercuti lagi di Batam.
حذفTiga kali tukar nama Masjid Agong tu ya. Indahnya warna putih yang melatari dinding dan tiang masjid termasuk lantainya. Di luar pulak berseri macam berbingkai biru. Corak pada kubah pun lawa dengan design motif digital yang nampak moden. Semoga dapat pergi lagi Batam dan boleh melawat Masjid Tanwirun Naja pulak nanti, Pizzah.
ردحذفYe, begitulah kisahnya. InsyaAllah ada rezeki bolehlah ke Batam lagi. Terima kasih kak doakan.
حذفluas masjidnya...cantik kubah biru putih
ردحذفLuas sangat dan seni binanya cantik.
حذفSubhanaullah
ردحذفIndahnya seindah namanya
Nmpkk tenang sgt
Gabungan warna begini
Keindahan rumah Allah pasti sejuk memandang
Di Masjid pastinya rasa tenang. Gabungan warna pun cantik. Betul tu Cik Nur. Setuju sangat.
حذفcorak di kubah masjid ni lebih kurang macam corak dekat perputakaan negara
ردحذفSebab corak digital tu kan.
حذفMenarik warna putih biru, tenang mata memandang.
ردحذفCantik hasil fotografi Fiza.
Cantik gabungan warnanya kan.
حذفTerima kasih Kak Ujie.
Indah seni bina limas Masjid Agung Raja Hamidah Batam ni! Historic landmark yang calming. Sayang tak sempat singgah Masjid Tanwirun Naja yang kubah tanjak tu. Insya-Allah ada rezeki Batam trip nanti boleh pergi. Sis plan nak repeat bila lagi?
ردحذفInsyaAllah ada rezeki bolehlah ke sana lagi. Entah bila tak tahu lah.
حذفok.. Masjid Tanjak akak take note..
ردحذفentah jadi ke tidak pergi ni hehe
Jangan lupa pergi tau. InsyaAllah...Aamiin..
حذفAiiiiih baru lihat mesjid ini 😍😍😍. Dan saya baru sadar mesjid2 di sana kebanyakan biru putih. Mesjid tanjak itu pun biru juga warnanya kalau tak salah.
ردحذفBagian atas kubah sepintas mirip disusun dari Lego 😄😄. Alaaah JD teringin ke Batam 😍😍🤭
Ye, biru putih. Masjid tanjak tu berbeza sikit warnanya ada oren biru dan lagi menyerlah warnanya.
حذفYa kan, sebab digital design.
Masjidnya nampak baru. Luas dan bersih.
ردحذفMasih boleh dikatakan baru sebab baru rasmi tahun 2024. Ya, luas sangat dan bersih.
حذفcantik sgt masjidnya ni!
ردحذفMasya Allah. Cantik sangat.
حذفCantikk..Tenang...Hehe..Baru ni dah singgah...Suka tengok 😍🩷
ردحذفWah Nona dah sampai dah. Cantik sangat kan.
حذف