Mei 2026 | Dah selesai urusan di
Kedai Emas Nur Jannah, kami singgah mengopi kejap di Sokupi sebelum balik rumah. Alang-alang dah sampai Kuala Pilah hari biasa ni kan. Kalau weekend jarang nak singgah sebab tahu ramai orang.
Masa kami sampai pun tak ramai orang. Ada beberapa 2-3 meja macam tu berpenghuni. Kami terus ke kaunter buat pesanan dan duduk di bangku panjang ni.

Macam banyak poster-poster baru yang diletakkan dalam Sokupi Cafe Kuala Pilah. Saya dah ambil gambar ni, sila lah tatapi gambar yang ada dengan tanpa rasa jemu ye.
Kalau saya pesan yang panas, Encik Suami pesan yang sejuk. Barulah saling melengkapi gitu. Biscoff cheesecake latte, nama menu dia macam menarik je kan. Rasa dia pun sedap.

Kalau datang ke sini, tak sah kalau tak pesan croffle. Saya pesan croffle pistachio. Macam biasalah sedap, bau butter yang best, croffle yang rapuh dan lembut. Ditambah pula sos pistachio, kacang badam dan juga aiskrim pelangkap rasa croffle yang sedap.
Kami pesan juga fries buat tambah isi dalam perut. Patutnya dah sampai masa untuk makan tengah hari. Kita tambah karbo lebih sikit ye.

 |
| Total harga |
Tak lepak lama-lama sebab Encik Suami nak mengejar solat Jumaat pula. Tak dapat nak bergambar lebih-lebih. Ambil gambar sekeping dua dan gerak balik

Balik dari bermusafir 6 hari tu kulit muka dah mula merah dan sunburn teruk. Mana tidaknya pegi laut,
round Pulau Pangkor naik motor tengah panas, memang sunburn lah cerita dia. Hadap je lah muka, tangan dan kaki berbelang. Huhu...
24 تعليقات
Menarik la Sokupi ni...boleh masuk wishlist
ردحذفJangan lupa singgah nanti kalau ke Pilah yo.
حذفNampak menarik Sokupi Cafe Kuala Pilah ni, santai betul mengopi! Nanti dah balik kerja semula di sana pasti akan singgah dan nak bergambar di sudut awkrad tu.
ردحذفNanti dah kembali ke Pilah bolehlah selalu mengopi kat sini kan. hihi...
حذفSelamat mengopi
ردحذفSelesai sudah mengopinya wak.
حذفBestnya mengopi lepak2 santai.
ردحذفYa, memang syok mengopi santai²
حذفWah..lawa la outfit sis fiza..terus teringat dekat FB, ada lalu lalang pasal warna baju yang matching tu.. stylist agaknya orang tu
ردحذفTerima kasih..Style sandiwch orang kata. Tudung matching dengan bottom. Saya pakai nylon culottes yang kebetulan matching dengan warna tudung. hihi...
حذفTertarik dengan poster sudut Akward itu. Hehe agaknya rasa kekok bergambar sebelah gambar itu.
ردحذفKena buat akward jugak bergambar di situ kan. hihi...
حذفSimple deco cafe ni, suka lah. Best rasa mengopi di sini.
ردحذفMinimalist konsep di dalam kampung gitu. Menarik sangat tempatnya, memang best mengopi kat sini. Inipun dah kali ketiga ke keempat macam tu. hihi...
حذفbyk betul cafe utk mengopi sekrg ni...croffle tu nmpk sedap laaa
ردحذفBetul, banyak cafe dah wujud semua tempat. Croffle tu memang sedap, dah beberapa kali repeat. hihi...
حذفmana diamnya sokupi ni ek? nanti kenalah cari. selalu nampak kopilahkopi tu.
ردحذفJalan masuk sokupi kek kodai kopi Ah Meng yang popular tu Ammi. kot tahulah kodai tu.
حذفSaya sukaa kalau suatu kafe, hotel atau tempat apapun ada banyak lukisan atau gambar . Buat vibe jadi lebih ceria dan colorful.
ردحذفBagus2 gambarnya dan kontras dengan warna dinding yg unfinished grey
Tapi tak paham dengan high chair begitu, sementara mejanya agak rendah saat duduk. Tak sakitkah bagian belakang 😄.
Lihat kopinya teringin mengopi pula 😄
Vibes ceria dan menarik macam ni lah yang kita suka bila mengopi tu kan.
حذفYe, sesuai sangat dengan suasananya. Hihi...kalau nak bergambar okay lagi. Kalau nak duduk situ lama-lama saya rasa saya pun kurang selesa.
Cari kopi dulu Fanny.
Sunburn tak de hal.. yang penting dapat liburan 😁
ردحذفHihi..Liburan dulu menyesal kemudian ek.
حذفAda juga plan nak pusing2 Kuala Pilah dalam masa terdekat nanti.
ردحذفSelamat jalan-jalan ke Kolo Pilah. Boleh masukkan kedai kopi ni dalam list.
حذف