Lambat sikit nak cerita pasal Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan haritu. 1 Ogos 2026, tarikh orang Negeri Sembilan memilih yang melibatkan kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Encik Suami mengundi di Kuala Pilah, DUN Pilah. Kami balik tengah hari sebab pagi tu confirm lah jem. Sebelum gerak tu tengok Seremban-Kuala Pilah jem teruk. Waze suggest ikut Rembau-Miku. Kami malas nak ikut situ sebab rasa macam jauh.
Baiklah kita ikut je jalan biasa tapi ikut jalan bukit putus lama. Baru masuk jalan bukit putus lama tu, jem melekat tersangkut di skala 6. Keluar dari jalan lama bukit putus tu sambung jem lagi sampailah Tanjong Ipoh. Phew~ Lotih menghadap jem

Seremban-Kuala Pilah biasanya tak sampai sejam jadi 3 jam nak sampai disebabkan PRN. Tapi kalau musim raya ke apa, macam tu juga cerita jem dia. Weekend pun kadang jem boleh tahan juga. Dari dulu camtu je jem dia.
Sampai je dah pukul 3 lebih. Teruslah Encik Suami pergi tempat mengundi. Tak lama pun sebab tak ada orang pun dah petang ni. Ramai agaknya tersekat dalam jem. Lepas mengundi jumpa pula geng lama, berburak kojap. Tu deh bilo jumpo kawan.

Selesai mengundi, balik rumah mak. Mak dan adik-adik ipar dah selesai mengundi. Keputusannya seperti yang telah diketahui. Aura gelombang biru sampai di Negeri Sembilan.
Semoga kepimpinan yang baharu dapat membawa perubahan yang baik, kemajuan yang berterusan dan kesejahteraan buat rakyat Negeri Sembilan.
Rugi pula rasanya tak balik mengundi PRN Johor haritu. Kalau tidak dah geng ink dah. Rasa macam nak tukar alamat sini je lah. Tak payah dah nak balik mengundi di kampung Johor. Mengundi satu tempat kat sini lagi senang. Nantilah difikir-fikirkan dulu.
18 تعليقات
morning fiza! MZ singgah BW pagi2 ni! MZ pun baru apply tukar alamat kat mykad..minggu dpn kot siap sbb tak buat kat UTC so kena tunggu seminggu lah baru boleh gi collect.lps tu baru boleh tukar address mengundi
ردحذفTerima kasih MZ blogwalking ke sini dan komen banyak². Dapat MyKad yang baru tak tu? Pasni dapatlah mengundi dekat je.
حذفapa juga pilihan raya PRU ke PRN ke PRK ke... mmg tak sah kalau tak jammed lbh2 time kemuncak tu...
ردحذفTahu takpe! Jem sana sini melekat kan.
حذفBoleh je tukar alamat tu fiza, kemaskini je.. pi buat terus x lama lagi PRU ni
ردحذفMacam tu je ek, kemaskini je. Okay KakMim, Terima kasih.
حذفKami alamat Johor tukar Nismilan, sempatlah mengundi sekali. Lepas tu berhijrah ke utara, dah kena fikir tukar alamat lagi kot 😅
ردحذفHihi..mesti tengah fikir nak tukar alamat lagi ke tidak kan. Susah juga macam tu. Ikut mana yang mudah kerja kita je lah. Kalau ada rezeki dapat mengundi, kita mengundi. Kalau tidak, tak adalah.
حذفAlhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab mengundi. Semoga pimpinan baharu bawa kebaikan buat Negeri Sembilan. Btw, tukar alamat tempat tinggal memang memudahkan nanti. Kena consider betul-betul tu!
ردحذفYe, akan difikirkan nanti nak tukar alamat ke tidak.
حذفBetul. pernah dulu balik mengundi time PRU ke utara. Jem lebih teruk dari balik raya. RNR, Hentian sebelah semua penuh. Akhirnya tukar alamat Selangor. Dah bersenang lenang sekarang x perlu tempuh jem. Lagi pun kat kg dah tak ada sesiapa pun. Erm..
ردحذفDasat betul kan jem musim mengundi ni. Kalah musim raya. Tulah, rasa nak tukar tapi tak tahu lagi. Masih berfikir-fikir. Samalah kita, kat kampung tak ada sapa. Kalau ada arwah mak abah tu seronoklah juga balik kampung kan jumpa mak abah dan mengundi sekali.
حذفCie pun macam nak tukar pusat mengundi nanti. Tapi dalam Lipis la juga. Hihihi
ردحذفTukar dekat-dekat tu takpe Cie. Mana yang memudahkan kita gitu kan.
حذفWaaah pas pilihan raya LGS jammed jalanan yaaa. Ramai yg nak mengundi 😄👍
ردحذفYe, jem teruk sangat Fanny. Masing-masing semangat nak balik mengundi.
حذفPRN lepas Kak SA pepagi hantar PZ dulu...suami mengundi kat JB, tapi masa PRN negeri x dapat balik..rugi kan kat situ..Jalan Bukit Putus lama tu kalau dah jem mmg azab jugak Fiza! Bertabah betul dari 1 jam jadi 3 jam. Tapi bab jumpa geng lama bila dah petang tu terus hilang penat menghadap jem kan.
ردحذفSaya pun tak dapat balik masa PRN Johor tu. huhu...Tahu takpe kak. Azab betul nak sampai jalan keluar tu. Bertabah je lah demi mu PRN...Selesai tanggungjawab mengundi. Dapat mengundi, dapat balik kampung dan dapat berkumpul gitu.
حذف