Bangun awal jam 6.00 pagi. Jengah di luar masih gelap. Cadangnya nak buat video timelapse. Memandangkan gelap sangat, baiklah mandi dan solat subuh dulu. Lepas solat subuh dan sementara bersiap tu barulah buat video timelapse kejap sebelum keluar sarapan.
Kami booking bilik dah termasuk sarapan. Disebabkan dah termasuk sarapan sekali, jadi kenalah bersarapan juga. kalau tidak rugi lah kan. Sebenarnya kami dah jarang bersarapan sekarang. Biasanya skip je, terus lunch.
Jam 7.10 pagi baru keluar bilik dan tunggu buggy di buggy stop. Malas nak jalan kaki lambat sampai nanti. Kami sampai di Bila Bila Restaurant masih tak ramai orang lagi.

Ruang tengah yang luas tu makanan berat. Setiap stesen satu jenis makanan. Tak banyak pilihan makanan berat. Tak ramai orang ni dapatlah ambil gambar di beberapa stesen makanan.

First round saya ambil nasi lemak dengan sambal nasi lemak dan juga telur rebus separuh. Tambah hashbrown 2 keping, sosej 2 batang, hirisan daging, kacang panggang dan pisang goreng 2 keping.

Encik Suami ambil teh tarik. Lama tak minum teh tarik, ambil buat rasa-rasa je. Saya tak rasa nak minum teh tarik pula.

Second round ambil buah-buahan. Buah tak banyak pilihan ada 3 jenis je seingat saya. Ada buah tembikai, tembikai susu dan juga buah jambu batu. Jambu batu saya tak ambil sebab potong tebal takut keras pula susah nak gigit. Susah saya nak makan, jadi tak ambillah.

Encik suami ambil beberapa jenis pastry. Roti petak tu tak tahu apa namanya. Agak keras dan kering susah pula nak makan dengan butter tu.

Third round saya ambil muffin, donut dan buah tembikai. Donut tu gula dia dah cair dan kurang gebu sikit. Muffin red velvet tu sedap moist. Donut topping chocolate tu so so je. Penutupnya makan buah tembikai.

Tak ada apa lagi nak dimakan, cukuplah tu untuk perut dan selera kami. Mungkin dah terbiasa skip sarapan jadi makan pagi sikit je. Semua yang diambil habis dimakan tanpa pembaziran. Alhamdulillah...
Tak merancang pun nak jalan-jalan di sekitarnya, kami terus tunggu buggy je lah nak balik ke bilik semula.

Cahaya matahari dah mula memancar. Buggy pun dah ada di situ. Sebelum naik buggy kita ambil gambar sekeping dua dari sini. MasyaAllah cantik betullah suasana disini setiap masa tak kira pagi petang. Cuma malam je lah gelap tak nampak apa.

Kedai cenderahati. Nampak dari luar ada jual pakaian dan macam-macam lagi tu. Kami tak masuk. Tak tahulah kenapa tak masuk. Mungkin tak ada apa nak dibeli kot.

Sambung rehat dalam bilik dan kemas-kemas. Tengok di luar dah pun terang benderang. Ambil gambar suasana di Golden Palm Tree waktu pagi.

Ambil kesempatan bergambar di balcony berdua. Semalam nak ambil gambar cuaca panas dan cahaya pun tak membantu sebab membelakangkan cahaya, tak nampak muka. Baru harinilah dapat ambil gambar di balcony.
Sambung rehat sambil menikmati permandangan laut yang terbentang luas indah depan mata.
Bersambung...
Jam 7.10 pagi baru keluar bilik dan tunggu buggy di buggy stop. Malas nak jalan kaki lambat sampai nanti. Kami sampai di Bila Bila Restaurant masih tak ramai orang lagi.

Ruang tengah yang luas tu makanan berat. Setiap stesen satu jenis makanan. Tak banyak pilihan makanan berat. Tak ramai orang ni dapatlah ambil gambar di beberapa stesen makanan.
![]() |
| bijirin/cereal |
![]() |
| biscuit legend corner |
![]() |
| kekacang/nuts |
![]() |
| pastry, kuih muih dan kek |
![]() |
| aneka salad |
![]() |
| daun salad dan hirisan ayam daging |
Tak ramai orang ni dapatlah memilih tempat duduk yang kita suka. Kami pilih untuk duduk di dalam je ada penghawa dingin sejuk sikit. Meja dekat dinding kaca dapatlah melihat suasana di luar.

First round saya ambil nasi lemak dengan sambal nasi lemak dan juga telur rebus separuh. Tambah hashbrown 2 keping, sosej 2 batang, hirisan daging, kacang panggang dan pisang goreng 2 keping.
Rupa pisang goreng tu macam keropok lekor tapi bukan ye. Pisang tu dia potong melintang bukan potong secara vertical bukan horizontal nipis macam pisang goreng biasa. Agak pelik sikit potong macam tu dan kurang sedap bila pisang goreng tebal.
Nasi lemak macam kurang santan dan sambal pun kurang menarik dan kurang juga rasa dia.

Encik Suami ambil buah-buahan dan salads. Tak rasa nak makan berat katanya. Cari juga mi goreng atau mihun goreng tapi tak ada. Ada kuetiau je.

Tak lupa coffee latte untuk saya. Masa kami duduk tu, pekerja hotel nyalakan lilin untuk elakkan gangguan lalat. Adalah seekor lalat tapi kejap je munculnya pun.

Encik Suami ambil buah-buahan dan salads. Tak rasa nak makan berat katanya. Cari juga mi goreng atau mihun goreng tapi tak ada. Ada kuetiau je.

Tak lupa coffee latte untuk saya. Masa kami duduk tu, pekerja hotel nyalakan lilin untuk elakkan gangguan lalat. Adalah seekor lalat tapi kejap je munculnya pun.

Encik Suami ambil teh tarik. Lama tak minum teh tarik, ambil buat rasa-rasa je. Saya tak rasa nak minum teh tarik pula.

Second round ambil buah-buahan. Buah tak banyak pilihan ada 3 jenis je seingat saya. Ada buah tembikai, tembikai susu dan juga buah jambu batu. Jambu batu saya tak ambil sebab potong tebal takut keras pula susah nak gigit. Susah saya nak makan, jadi tak ambillah.

Encik suami ambil beberapa jenis pastry. Roti petak tu tak tahu apa namanya. Agak keras dan kering susah pula nak makan dengan butter tu.

Third round saya ambil muffin, donut dan buah tembikai. Donut tu gula dia dah cair dan kurang gebu sikit. Muffin red velvet tu sedap moist. Donut topping chocolate tu so so je. Penutupnya makan buah tembikai.

Tak ada apa lagi nak dimakan, cukuplah tu untuk perut dan selera kami. Mungkin dah terbiasa skip sarapan jadi makan pagi sikit je. Semua yang diambil habis dimakan tanpa pembaziran. Alhamdulillah...
Tak merancang pun nak jalan-jalan di sekitarnya, kami terus tunggu buggy je lah nak balik ke bilik semula.

Cahaya matahari dah mula memancar. Buggy pun dah ada di situ. Sebelum naik buggy kita ambil gambar sekeping dua dari sini. MasyaAllah cantik betullah suasana disini setiap masa tak kira pagi petang. Cuma malam je lah gelap tak nampak apa.

Kedai cenderahati. Nampak dari luar ada jual pakaian dan macam-macam lagi tu. Kami tak masuk. Tak tahulah kenapa tak masuk. Mungkin tak ada apa nak dibeli kot.

Sambung rehat dalam bilik dan kemas-kemas. Tengok di luar dah pun terang benderang. Ambil gambar suasana di Golden Palm Tree waktu pagi.

Ambil kesempatan bergambar di balcony berdua. Semalam nak ambil gambar cuaca panas dan cahaya pun tak membantu sebab membelakangkan cahaya, tak nampak muka. Baru harinilah dapat ambil gambar di balcony.
![]() |
| tema sunshine di pagi hari |
Bersambung...







22 تعليقات
cantriknya view dekat situ tapi spoil lah pulak nasi lemak tak umpph
ردحذفView memang cantik kat sini. Ye, kurang sikit. Biasalah jarang dapat nasi lemak hotel yang betul-betul sedap kan.
حذفMudah nak ambil saladnya tu dah siap untuk hidangan seorang.
ردحذفMenarik sungguh tempat Fiza bercuti ni. Betul-betul tenang menikmati alam.
Bab makan tu tak tahulah kenapa ya, selalunya penginapan cukup bagus tapi rasa masakan biasa-biasa.
Ye, terus ambil semangkuk je. Sangat tenang bercuti di sini. Kannn..selalunya begitu. So tak boleh nak expect tinggi sangat bab makan ni.
حذفDah lama tak makan buffet breakfast kat hotel. Saya selalunya mulakan dengan buah - buahan atau salad. Last sekali baru makan yang manis2/ makanan berat.
ردحذفAda rezeki nanti bolehlah cari mana-mana buffet breakfast ye sedap. Ohh macam tu, ikut cara masing-masing gitu.
حذفMacam sayang pula tempat udah wow dan unik tapi breakfast spread nya biasa sahaja. Macam terkilan pun ado rasanya. KSarie rasa kalau depa tambahbaik pilihan makanan dan kualiti rasa makanan lagi-lagi nasi lemak tu sure lagi ramai berminat nak menginap di sini
ردحذفYe, biasanya macam tu lah kan. Dia xde 'X' factor sangat kalau bab makan ni. Kann..kalau makanan sedap lagi wow saya rasa. Tetamu pun teruja nak datang bukan hanya tempat je best, makanan pun kena seiring sedapnya. Tapi yelah, sedap tu subjective. Boleh jadi kurang sedap kat kita, sedap pada tekak orang lain.
حذفComel tau..outfit memang sedondon.. sis fiza dah plan siap² ke?? Rajin sungguh
ردحذفMacehhh...Ye, memang siap-siap kemas baju sedondon. hihihi....
حذفsarapannya x banyak pilihan kan, ade pon mcm biase2 jer....
ردحذفYa, nampak macam banyak tapi tak berapa banyak yang kena dengan selera kita mungkin.
حذفDAH LAMA TAK MAKAN DI HOTEL
ردحذفInsyaAllah ada rezeki nanti bolehlah makan di hotel
حذفDari balkon nak langsung turun berenang ke bawah, boleh tak kak?
ردحذفSaya pun sejak IF, dah susah nak sarapan banyak. Tp kalau stay di hotel, lihat dulu hotelnya..kalau berbintang tinggi macam rugi tak merasa 😄. Kalau bintang rendah, biarlah... Atau kalau di sekitar hotel banyak tempat kuliner, saya lebih milih utk sarapan di luar.
Tak boleh Fanny. Ada swimming pool yang besar tu je kalau nak berenang.
حذفYa, saya pun baca review juga dan tengok harga juga kalau included breakfast. Kadang dah termasuk sekali tak ada option tu yang ambil terus breakfast.
masa MZ stay sini many years ago, time nak bf tu..berebut2 dgn cina mainland...so sgt tak selesa dan mknn jd licin dan berebut tak de tempat nak duduk jugak..stress giler
ردحذفSeriouslah macam tu? Dorang ni memang kurang adab betul kan. Ikut kepala sendiri je. Sampai macam tu sekali dibuatnya.
حذفSayang pula makanan tak berapa okay. Tapi tempatnya memang cantiklah, Fizah. Aman damai tengok gambar Fizah ambil waktu pagi, ada sunrise tu. 😍
ردحذفYa, kurang kena dengan selera kita. Tempatnya memang cantik sangat. Tenang sangat bercuti kat sini.
حذفSuka tengok gambar-gambar kat balkoni tu Fiza, nampak damai sangat suasana pagi kat Golden Palm Tree. Terima kasih berkongsi ulasan jujur pasal buffet sarapan ni..Biasa sangat kes macam ni kan, resort/hotel cantik tapi bab makanan buffet rasa biasa-biasa je. Pisang goreng potong tebal tu memang nampak unik, tapi sayang pulak rasa kurang pass.
ردحذفSama² kak. Ye, betul tu. Dah biasa dah kan macam tu. So tak expect tinggi sangat. Pisang goreng kalau tebal sangat memang tak best kalau ikut selera saya lah.
حذف