Mei 2026 | Alhamdulillah tahun ni rezeki kami suami isteri berpeluang melaksanakan ibadah korban dan dapatlah berkongsi rezeki. Kami buat ibadah korban di Sabak Bernam sekali dengan kakak saya.
Disebabkan itulah kami sambut Hari Raya Aidiladha di Sabak Bernam. Sangat berbeza raya tanpa mak dan abah. Kita beraya dengan adik beradik je lah. Raikan raya dengan rasa bersyukur.

Potong-potong dan masuk dalam mangkuk. Tuang sup soto sampai tenggelam nasi impit. Meriah taugeh dalam mangkuk. Tak ada taugeh, tak soto lah kan.

Sedapnya hirup kuah sup soto di pagi raya kakak saya masak. Semangkuk soto yang extra sedapnya. Alhamdulillah...Ye, kalau orang lain masak memang sedap kan. Menu lain daripada kebiasaanya. Suasana juga berbeza. Pertama kali raya di Sabak Bernam di rumah kakak.

Kami pilih LKSB Agro Farm untuk ibadah korban kami. Tak sempat kami nak melihat depan mata prosesnya sebabnya ada misscommunication sikit pasal waktu tu. Kami sampai je dah siap dan tunggu daging dihantar di rumah je.
Kita recycle je lah baju raya Hari Raya Aidiladha tahun lepas. Cuma baju tu pakai baju lain. Lepas tu boleh pula menyempat pergi Bagan Nakhoda Omar atau lebih dikenali dengan nama BNO.

Lepak kejap bergambar tepi pantai. Bergambar simpan kenangan. Anak-anak buah dah besar dah habis sekolah. Bermakna kita dah semakin tua. Ke rakan sebaya sebab kami tinggi je kan. Bukan sempat bergambar di sini je. Sempat pula makan cendol dan makan mi udang kat medan selera tu.

Kemudian beli barang-barang untuk kenduri esok. Daging-daging selamat dihantar di rumah. Fuhh..banyak kerja nak buat ni. Part potong daging dan basuh daging tu yang mencabar tu.

Daging ada yang diletakkan dalam bekas dan dalam plastik. Ada 7 bahagian, kami bertiga campur kakak saya lagi sorang di Segamat dan 3 orang lagi anak buah abang ipar yang balik beraya di sini juga rumah embah (nenek) mereka iaitu mak abang ipar tak jauh dari rumah kakak.

Semua daging ni kami masak untuk kenduri. Saya ambil 3 bekas je untuk kami bawa balik nanti. Selesai ibadah korban kami, seterusnya buat persiapan untuk kenduri esoknya.
Saya stay di rumah kakak sampai tengah malam juga. Bawa baju extra untuk buat kerja-kerja persiapan kenduri. Tengah malam baru balik hotel.
Aidiladha mengajar kita erti sebuah pengorbanan, ketaatan, keinsafan serta kasih sayang sesama insan. Alhamdulillah, syukur. Terima Kasih Ya Allah, Yang Maha Pemberi Rezeki untuk kami berkongsi rezeki dengan yang lain.
Disebabkan itulah kami sambut Hari Raya Aidiladha di Sabak Bernam. Sangat berbeza raya tanpa mak dan abah. Kita beraya dengan adik beradik je lah. Raikan raya dengan rasa bersyukur.
Hidangan lontong nasi impit bungkus daun pisang jadi pembuka selera untuk menu soto. Lontong tu kakak tempah dari orang kampung. Pertama kali makan lontong nasi impit bungkus daun pisang. Sedapnya! Aroma daun pisang pembuka selera.

Potong-potong dan masuk dalam mangkuk. Tuang sup soto sampai tenggelam nasi impit. Meriah taugeh dalam mangkuk. Tak ada taugeh, tak soto lah kan.

Sedapnya hirup kuah sup soto di pagi raya kakak saya masak. Semangkuk soto yang extra sedapnya. Alhamdulillah...Ye, kalau orang lain masak memang sedap kan. Menu lain daripada kebiasaanya. Suasana juga berbeza. Pertama kali raya di Sabak Bernam di rumah kakak.
Hmmm tak nak lah fikir yang sedih-sedih, tapi tulah kesedihan tu tak ada tarikh luput pula.

Alhamdulillah..yang penting selesai urusannya.
![]() |
| Bergambar kenangan bersama |
Kita recycle je lah baju raya Hari Raya Aidiladha tahun lepas. Cuma baju tu pakai baju lain. Lepas tu boleh pula menyempat pergi Bagan Nakhoda Omar atau lebih dikenali dengan nama BNO.

Lepak kejap bergambar tepi pantai. Bergambar simpan kenangan. Anak-anak buah dah besar dah habis sekolah. Bermakna kita dah semakin tua. Ke rakan sebaya sebab kami tinggi je kan. Bukan sempat bergambar di sini je. Sempat pula makan cendol dan makan mi udang kat medan selera tu.

Kemudian beli barang-barang untuk kenduri esok. Daging-daging selamat dihantar di rumah. Fuhh..banyak kerja nak buat ni. Part potong daging dan basuh daging tu yang mencabar tu.

Daging ada yang diletakkan dalam bekas dan dalam plastik. Ada 7 bahagian, kami bertiga campur kakak saya lagi sorang di Segamat dan 3 orang lagi anak buah abang ipar yang balik beraya di sini juga rumah embah (nenek) mereka iaitu mak abang ipar tak jauh dari rumah kakak.

Semua daging ni kami masak untuk kenduri. Saya ambil 3 bekas je untuk kami bawa balik nanti. Selesai ibadah korban kami, seterusnya buat persiapan untuk kenduri esoknya.
Saya stay di rumah kakak sampai tengah malam juga. Bawa baju extra untuk buat kerja-kerja persiapan kenduri. Tengah malam baru balik hotel.
Semoga ibadah korban ini diterima oleh Allah SWT, dikurniakan keberkatan rezeki, ketenangan jiwa yang dipenuhi dengan keikhlasan dan rahmat-Nya serta mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Aamiin...

20 تعليقات
Alhamdulillah syukur dapat tunaikan ibadah korban bersama keluarga. Akk kalau raya korban biasa sambut di perantauan je, sebab cuti sehari je kebiasaannya.
ردحذفAlhamdulillah...Rezeki kami.
حذفA'ah cuti raya haji sehari je. Ambil cuti extra.
Seronoknya...harapnya tahun depan akak dpt buat ibadah korban pulak..
ردحذفSemoga ada rezeki kita dapat buat ibadah korban untuk tahun depan. Aamiiin…
حذفAlhamdulillah. Rezeki Allah dapat kongsi daging korban.
ردحذفTengok lontong, terasa wanginya tapi susah nak jumpa. Teringat selalu makan lontong denfan sate.kalau ke Kalimantan.
Alhamdulillah…
حذفye, susah betul nak jumpa lontong bungkus daun pisang ni kan. Sedap dia lain macam.
Fuh awak throwback banyak ni... masih ingat ye...kita pun nak cuba buat entru throwback bercuti haha tp x tau la berjaya ke idok ni 😅😅
ردحذفYee sebab menyepi lama kan dari awal tahun tu. Tu yang throwback banyak berbulan bulan. huhu…Ingat jugaklah, tu yg buat cepat-cepat.
حذفPasti boleh KakRet. Sila cuba okay!
Kalau di sini lontong memang masih pakai daun pisang kak. Saya justru tahu lontong yg pakai plastik, itu saat di Malaysia. Unik juga saya pikir.
ردحذفSotonya sedaaap terlihat 😍😍😍. Terkadang kalau bosan yg santan, mama juga masak soto begini saat raya.
Ooo maknanya sana senang nak cari dan makan lontong ya. Kalau dalam plastik tu kami panggil nasi impit.
حذفAlhamdulillah kakak saya buat sedap. Tapi yang santan tu kuah lodeh namanya.
terliur la plak soto tu
ردحذفMaafkan saya. heee~
حذفSeronoknya sambut suasana korban bersama keluarga.
ردحذفAlhamdulillah.
حذفAlhamdulillah
ردحذفAlhamdulillah..Syukur.
حذفkat kampung2 je jumpa lontong yg memang buat guna daun ni kan...kalau kat bandar or 'org muda' mcm ammi ni ni guna nasi impit plastik jelah.
ردحذفMujur masih ada kakak & adik beradik untuk bermanja...kadang2 terfikir juga org yg anak tunggal ni macam mana kesedihan dia bila hilang ibu ayah.
Betul! Kita memang guna nasi impit plastik tu je lah. Ketupat daun pun dah jarang nampak orang buat. Rindu betul ketupat dan lontong berdaun ni.
حذفAllahuakbar...Tak dapat nak membayangkan tu Ammi. Kita camni pun dah sedih, apatah lagi dia. Allah maha mengetahui.
ooo kakak kahwin dengan orang Sabak Bernam eh.
ردحذفPatutlah ada lontong.. tu biasanya masyarakat Jawa akan buat during raya. Mak akak pun biasanya rebus lontong.
A'ah. Betul! Kahwin dengan orang sini, specifically orang jowo. hihi...Betul betul, orang jawa suka buat lontong ni masa raya. Itu yang kakak order je dengan orang kampung. Sedap sangat kalau makan lontong bungkus daun pisang ni.
حذف