Awal betul subuh di Batam ni, jam 4.46 pagi. Yelah, sejam awal daripada waktu Malaysia. Bangun awal dan diluar hujan turun. Semalam pun mendung. Nampaknya tak ada rezeki lah nak buat timelapse cantik harini sebab cuaca kelam.
Buat jugalah sebentar cuma. Bersiap awal untuk turun breakfast. Sementara tunggu Encik Suami siap layan permandangan di luar. Nampak di bawah tu ada aktiviti run melalui depan hotel ni. Waktu saya ambil gambar ni tak kelihatan kelibata mereka. Silap timing pula.

Dah siap kami ke bilik mak. Mak pun dah ready dengan anak-anak buah. Kami turun dululah. Adik ipar, isterinya dan baby mereka turun kemudian. Bawa mak dan anak-anak buah turun dulu sebab mak kena makan awal nak makan ubat. Lessgooo...

Ingatkan harini nak makan mihun goreng yang sedap semalam tu. Tak ada pula. Dia rotate menu rupanya. Jadi, ambil menu yang berbeza daripada semalam.
Nasi goreng pun lain sikit rupa dia. Ambil isi ikan asam. Ikan apa pun tak tahulah. Tapi dia tulis ikan asam. Rasa ikan dia macam ikan masak cuka.

Encik Suami ambil classic french omelette style yang super gebu ni. Anak buah pun suka sebab tu ambil lebih. Tak payah nak dua tiga kali bangun pergi ambil. Makanan sihat di waktu pagi.

Semalam nak ambil spaghetti dah habis pula dalam tray, lepas dia dah refill saya dah kenyang pula. Jadi harini ambillah spaghetti, sosej, baked bean dan kentang di bawahnya.


Lepas tu barulah berehat je di bilik sementara tunggu check out. Tak ada plan nak jalan kemana pun. Tiba-tiba adik ipar call bagitahu nak check out jam 10 pagi macam tu. Encik Suami kata takpe, pergilah nak jalan dulu. Nanti ambil kami check out jam 12 tengah hari. Okay, deal!

Berat luggage masing-masing sebab bawa kek lapis. Ini kalilah kita borong kek lapis. Next time kalau pergi lagi, beli sikit je.
Merasmikan rok panjang Uniqlo beli semalam. Sukalah dengan kain linen Uniqlo ni. Bila entah nak sampai Malaysia design ni. Mujur dapat beli kat Batam.

Sementara tunggu adik ipar sampai ke hotel semula, kami tunggu di lobby hotel. Dia ada buat pesanan grab juga beli Chikuro dan hantar ke hotel. Semalam nak beli ramai orang beratur. Jadi, beli by grabfood delivery je lah.
Chikuro antara makanan wajib beli di Batam ni. Sedap uiii...sampai Malaysia baru saya makan. Dah tu lupa nak ambil gambar pula. Haiyaaa...

Encik Suami ambil classic french omelette style yang super gebu ni. Anak buah pun suka sebab tu ambil lebih. Tak payah nak dua tiga kali bangun pergi ambil. Makanan sihat di waktu pagi.

Semalam nak ambil spaghetti dah habis pula dalam tray, lepas dia dah refill saya dah kenyang pula. Jadi harini ambillah spaghetti, sosej, baked bean dan kentang di bawahnya.

Sedap semuanya. Licin pinggan. Ikutkan sedap dia, nak je tambah tapi kita ni jenis bukan makan banyak. Cukuplah buat rasa-rasa sikit.
Disebabkan semalam dah terkena kuih muih manis sangat. Jadi, harini tak ambil kuih muih tu. Tapi Encik Suami ambil pula segala pastry ni.
Disebabkan semalam dah terkena kuih muih manis sangat. Jadi, harini tak ambil kuih muih tu. Tapi Encik Suami ambil pula segala pastry ni.
Saya ambil gambar dan rasa roti yang panjang tu je. Roti keju kot nama dia. Rasa keju dan agak rapuh. Bila makan berderai sikit. Yang lain Encik Suami dan anak buah makan habiskan.

Usai makan naik ke bilik. Kena turun semula sebab nak ambil kue lapis Alya yang dibeli semalam tu. Mereka hantar di lobby hotel.
![]() |
| blackpink |
Kita santai je lah di hotel. Kemas barang awal, nanti tak kalut. Hampir jam 12 tengah hari baru turun ke lobby untuk check out.

Berat luggage masing-masing sebab bawa kek lapis. Ini kalilah kita borong kek lapis. Next time kalau pergi lagi, beli sikit je.
![]() |
| Shades of blue |
Merasmikan rok panjang Uniqlo beli semalam. Sukalah dengan kain linen Uniqlo ni. Bila entah nak sampai Malaysia design ni. Mujur dapat beli kat Batam.

Sementara tunggu adik ipar sampai ke hotel semula, kami tunggu di lobby hotel. Dia ada buat pesanan grab juga beli Chikuro dan hantar ke hotel. Semalam nak beli ramai orang beratur. Jadi, beli by grabfood delivery je lah.
Chikuro antara makanan wajib beli di Batam ni. Sedap uiii...sampai Malaysia baru saya makan. Dah tu lupa nak ambil gambar pula. Haiyaaa...
Bersambung...


20 تعليقات
Wah nasgor + mie, mirip seperti saya ni mbak kalau tiap makan di hotel. Sering menggabungkan 2 item tu, hihihi
ردحذفbaca ni, jadi kepingin nginap di hotel lagi. Sudah lama rasanya
Ye, mesti ambil dapat rasa dua-dua tu kan. Bolehlah nanti plan-plan menginap di hotel.
حذفNasib baik hari terakhir dapat ambil spageti.
ردحذفHehe banyak borong kek lapis.
Ye, dapatlah merasa sebab semalam tu habis. Dah refill tapi malas ambil dah kenyang pula.
حذفHihi..Alang-alang membeli, beli lebih berkongsi rezeki.
Chikuro tu time p jakarta aritu tk sempat merasa...kt kl ada dh org jual tp tk pernh beli lg
ردحذفSayangnya kan kalau tak sempat nak merasa kat sana. Itulah rasanya kat sini ada orang jual Chikuro ambil dari KL juga tapi belum sempat membeli lagi.
حذفSubuh awal betul kat Batam! Hujan pula, takpe, layan view hotel sambil ngopi pun best. Chikuro Batam memang sedap gila sampai popular kat Malaysia!
ردحذفYe, sejam awal daripada waktu kita kan. Itulah tu, hujan pula tapi syok tidur. Tak mengopi pun. Chikuro pun dah popular sampai sini kan.
حذفAisehmannn.. cemana la seorang Pizzah boleh lupa ambik gambar penting tu. Wahhh.. sopping macam² ya dia, dari skirt sampailah kek lapis. Ialah, alang² dah sampai tu, kan.. masing² dah berat beg la tu, nasib tak beranak begnya.
ردحذفSel-sel otak tak berhubung bila dah penat kot. Hahaha. terus makan je. Dapatlah shopping sikit daripada tak ada apa lansung bawa balik. hihihi...Memang tak nak beranakkan beg nanti susah nak bawa. Itu yang siap-siap bawa luggage sorang satu banyak space.
حذفFirst time dengar Chikuro lalu kena la gopgle begitu😅Macam makanan Korea pun ada ye rupanya. Mula-mula nampak perkataan Chikuro KSarie terbaca Chikaru😅Yang aneh-aneh saja KSarie ni ye😅KSarie kakau duduk hotel paling suka masa breakfast. Kalau hotel yang food spread nya meriah memang la lama berteleku di dining area tu😅 Lain ke rasa kek lapis Batam dan kek lapis Sarawak?
ردحذفPertama kali dengar nama ni saya ingatkan makanan Jepun. Hihi..mujurlah bukan perkataan bukan-bukan kan.
حذفKalau tak kejar masa okaylah boleh lepak lama. Kadang kita ni just nak alas perut je. Tapi macam KakSarie syok macam tu sangat enjoy makan boleh cuba macam-macam jenis.
Yang ni macam lebih lemak manis dan buttery. Isi padat. Yang Sarawak mungkin ringan sikit. Pada pendapat sayalah. Tak pakar sangat nak bezakan kek lapis ni. Asal sedap je.
Betul2 saya jadi penasaran dengan rasa kek lapisnya 😍😍. Nanti kalah mudik ke Medan, saya nak via Batam lah. Supaya bisa mampir kejab 😄.
ردحذفKemarin tuh nak KSH tunjuk chikuro di bandung ke kak Retna, Karni dan Sislin. Tp habiiiiis diborong turis Malaysia agaknya 🤣. Akhirnya saya ajak beli yg di mall dekat rumah saya, di jakarta. Untung ada 😄
Jangan lupa beli nanti Fanny. Pasti sampai nanti ye. hee~
حذفTerlajak laris betul ye Chikuro ni. Mujurlah dapat rasa juga. Itupun adik ipar beli pakai grab tak sanggup nak beratur panjang. Memang orang Malaysia dok beli Chikuro ni. hihihi...
Mujur juga ada dekat rumah Fanny. Ada rezeki dapat merasa kan.
omelette gebu tu menarik perhatian MZ. nampak sedapppp
ردحذفMemang sedap omelette macam tu kan.
حذفAlhamdulillah, permulaan hari yang santai walau kena bangun awal subuh kat sana. Bagus plan check out santai-santai gini. Beli Chikuro guna Grab delivery tu memang langkah bijak bila tengok orang beratur panjang. Chikuro tu memang fenomena betul sampai orang Malaysia borong kan..
ردحذفAlhamdulillah...Tenang-tenang je bangun awal subuh dan tak kalut nak rushing. Sebab semalam dah tengok ramai orang beratur. Jadi ambil langkah bijak order by grab je jadi tak perlu beratur menunggu. Tunggu kat hotel je senang. Yee ramai orang Malaysia pergi Batam mesti beli Chikuro ni.
حذفAlaaa... nape lupa ambil gambar chikuro tu, kan kami jadi tertanya-tanya😆 .. nama makanan macam Korea atau Jepun.
ردحذفItulah tu, silap besar pula kan. Kalau dari nama tu lebih ke arah Jepun je.
حذف