Nampak Coffee Bean & Tea Leaf ada keluarkan minuman yang baru iaitu Hojicha. Apa benda Hojicha tu? Hasil borak dalam ChatGPT, ini jawapan dia.
Hojicha (ほうじ茶) ialah sejenis teh hijau Jepun yang dipanggang pada suhu tinggi. Berbeza dengan teh hijau biasa seperti matcha, hojicha mempunyai ciri-ciri berikut :
- Rasa: sedikit berasap, panggang dan beraroma kacang
- Warna: coklat keemasan
- Kafein: biasanya lebih rendah berbanding teh hijau biasa
- Aroma: wangi, lembut dan menenangkan
Begitulah al kisahnya Hojicha tu. Saja order ice hojicha tea latte CBTL sebab nak rasa sedap ke tidak hojicha latte ni. Pertama kali dengar namanya pun.
Ice hojicha tea latte
Mulanya Encik Suami yang rasa. Rasa rumput katanya. Eh, pernah makan rumput ke? Kenapa ek kalau minum green tea mesti orang akan cakap macam rasa rumput.Saya pun cuba rasa. Hmmm..sedap je! Rasa macam matcha latte je cuma hujung-hujung tu ada rasa pahit kelat sikit. Pada saya okay je rasa dia bila bercampur dengan rasa susu lemak berkrim disukai ramai. Campuran yang sedap ikut tekak saya lah.

Warna dia macam kurang menarik sikit sebab teh hijau dipanggang kan. Jadi gelap sikit dan ada rasa smoky sikit. Peminat teh hijau mungkin ada yang suka dan mungkin juga tak suka. Tapi saya suka je dan boleh minum.
OTR 2 espresso shots add on gula melaka crème crown
Mulanya nak beli dua jenis minuman je tapi sebab haritu ada promo, beli juga air kegemaran iaitu OTR 2 espresso shots add on gula melaka crème crown pula. Add on gula melaka crème crown pun sedap juga. Taklah manis sangat pun.
Sebelum ni pernah cuba OTR 2 espresso shots add on espresso crème crown yang agak kuat rasa kopinya.

Pilihan OTR add on crème crown
Mint crème crown je tak pernah cuba lagi. Lain kali ye. Sila beratur tunggu giliran.- mint crème crown
- milk chocolate crème crown ✅
- espresso crème crown ✅
- gula melaka crème crown ✅
Kyoho grape white chocolate ice blended
Beli juga kyoho grape white chocolate ice blended. Kesedapan dia tak perlu disangkalkan lagi. So sedap! Siapa suka minuman anggur campur susu, boleh cuba minuman ni.

Selain hojicha latte, ada juga beberapa series hojicha yang lain. Peminat teh atau teh hijau, boleh lah mencuba.
26 تعليقات
aritu try OTR espresso 3 shot + cream crown
ردحذفfuhhh melambung rasanyaaaa
Umangaiii espresso 3 shots tu. Creme crown espresso gak ke?
حذفFuhh padu kalau espresso jugak.
Baru sekali je makan/minum kat CBTL.
ردحذفInsyaAllah ada rezeki nanti boleh lah be CBTL lagi.
حذفTudia la, 3 air tu. Akak terpaksa pass minuman ada susu ni. Walau pun ada minum green tea. Nikmat ya Fizah... Dapat pekena air sedap ni. Selamat hujung minggu...
ردحذفTapi taklah habis sekali. Simpan sampai esoknya. hihi...Bukan selalu takpe lagi kannn...Ayat nak sedapkan hati sendiri. huhuhu...
حذفTerima kasih Kak Nur. Nak ucap Happy Weekend dah habis weekend pulak.
Mind creme crown tu saya paling tak berani nak cuba! haha takut rasa macam ubat gigi. Nampak juga menu hojicha baru by CBTL, tapi sebab memang tak suka hojicha jadi kita tak beli heheh. Btw gambar gambar dari kak fiza lawa lawa.
ردحذفOo ni tergolong dalam geng tak makan asikrim mint kan..Saya suka kalau mint tu. hihi...Tapi yang ni tak tahu lagilah nak cuba ke tak. Macam rasa bersalah pulak minum banyak air manis. Tahan dulu kot. huhuhu...Ni mesti tak minum matcha juga kan. hihi...fahaamm..It's okay.
حذفTerima kasih Nadia.
spill harganya sekali puan... hehehe
ردحذفMaaf tuan, saya pun tak tahu harganya berapa sebab tuan Suami yang beli. hihihihi...Sebab tu tak letak harga. kekekekeke...
حذفsaya suka apa shj minuman yg tak de elemen kopi ;)
ردحذفNanti bolehlah cuba Hojicha ni. Kalau suka kita boleh geng. hihihi...
حذفKalau ada kelat² tu macam tak suka sangat pula..
ردحذفKalau tak suka better jangan cuba beli. Takut menyesal dan rugi nanti.
حذفHojicha ni mmg rasa rumput sikit hihi.
ردحذفDah rasa juga ye? hihi...
حذفmatcha saya suka, hojicha kureng sikitt sbb dia ada rasa pahit terbakar tu.
ردحذفyg kyoho grape tu nampak paling menarik!
A'ah, ada pahit kelat rasa smokey tu sikit. Yang Kyoho grape tu silalah cuba dua-dua. Sedap!
حذفMungkin sebenarnya bukan rasa rumput, tapi aroma rumput 😄😄. Blm coba juga kalau rasa ini. Saya bukan peminat teh , JD memang jarang lah coba2 varian teh ,😄
ردحذفYaaa itulah sebenarnya kan. Bau rumput tu buat rasa macam rasa rumput jadinya.
حذفSaya pun kurang suka teh tapi suka je matcha/green tea tu. Kira boleh minumlah kalau ada tapi bukan favourite.
MA bukan matcha lover so memang x tau la kan...
ردحذفHihi..faham tu.
حذفMenarik penerangan bab Hojicha ni, baru faham beza dia dengan matcha biasa. Janji kena dengan tekak Fiza, memang nikmat layan iced tea latte petang-petang
ردحذفYe, bezanya hojicha ni daun dia dipanggang. Betul tu, asalkan kena dengan selera okay dah.
حذفAroma smoky Hojicha Tea Latte CBTL ni memang menenangkanlah kot eh? Sebab ramai yang komen begitu di TT
ردحذفTak pastilah pulak. Saya minum je selagi sedap. heee~
حذف