Kaedah Belajar Matematik Melalui Math Games Online Free Calculators.org Lebih Seronok Dan Mudah Tanpa Perlu Download

Sekarang dah banyak kaedah belajar matematik lebih seronok dan mudah. Saya perasan banyak math games online free tanpa perlu download. Taklah memenuhkan ruang dalam smartphone kan. Percuma pulak tu. 

Saya yakin ramai ibu-ibu yang rajin cari free math games for kids untuk tarik minat anak-anak belajar melalui games. Betul tak?

Dulu masa sekolah saya tak minat sangat dengan subjek matematik. Subjek matematik tak minat, apatah lagi subjek matematik tambahan. Lagilah tepu otak nak fikir. Dalam tak suka dan tak minat tu score juga lah untuk subjek matematik. Matematik tambahan je kelaut sikit tapi...

Nak belajar matematik ni kena ada teknik belajar matematik yang mudah dan seronok. Barulah ada minat kita nak belajar. Anak-anak sekarang lebih beruntung sebab ada banyak kaedah untuk belajar matematik dengan lebih mudah dan lebih seronok selari dengan teknologi sekarang.

Dengan kaedah main games online sambil belajar boleh tarik minat untuk lebih minat belajar matematik. Taklah bosan menghadap kira-kira saja. Tapi perlu ada kawalan lah.

Yang saya tahu, Calculators.org salah satu math websites for kids ada ciri-ciri games online sambil belajar matematik yang menarik. Saya sendiri pun rasa seronok main game sambil belajar. 

Calculators.org (Learn Math, Have Fun)

Learn Math, Have Fun. Begitulah slogan Calculator.org, portal pembelajaran yang fokus utamanya untuk pelajaran matematik. Untuk pembelajaran lebih menarik dan seronok belajar matematik, Calculator.org telah menambah sesi permainan. Sambil main sambil belajar kaedahnya.

Maknanya, bukanlah sekadar games semata-mata. Selain games terkini, ada pelbagai games dari zaman kanak-kanak. Mengingatkan kembali zaman nostalgia games dulu-dulu. Games dulu mana ada meriah sangat macam zaman sekarang. Bolehlah kita cerita pada generasi sekarang.

Masih ingat lagi dam ular? Permainan papan legend zaman dulu. Main banyak kali pun tak pernah jemu. Terpaling sakit hati bila nak sampai habis penamat tu, tiba-tiba baling dadu kena tapak petak ular terus kena turun menjunam.

calculator org games snakes and ladders

Best juga kalau main dengan anak-anak. Sambil tu dorang boleh belajar mengira daripada balingan dadu dan bergerak dari petak ke petak ikut balingan dadu tu.  Menarik tau permainan dam ular ni. Boleh cuba main games snakes and ladders.

Pernah main tak game bulat pangkah yang ada X dan O tu. Dikenali dengan games tic tac toe. Game ni agak mencabar minda sikit. Silap langkah, pihak lawan boleh menang mudah kalau kita leka. Nampak mudah tapi tak mudah juga ye.

calculator org games tic toc toe

calculator org games multiplayer tic tac toe

Selain itu, ada banyak lagi board games yang menarik seperti Classic Backgammon, jBackgammon, Checkers, Master Chess, Dominoes dan banyak lagi yang menggamit nostalgia permainan zaman kecil dulu yang boleh menguji minda.

Boleh tengok di board games.

Ada juga beberapa Games tambahan yang menarik, antaranya :
  • Holiday Games - fun games for the holidays
  • Classic Kids Games - Rubik's Cube, Simon Says, tic-tac-toe, etc.
  • Board Games - checkers, chess, Snakes and Ladders, etc
  • Art Games - fun games to make characters or drawings
  • Arcade Games - online versions of classic arcade games
  • Sports Games - games related to popular sports
  • Free Games Sitemap - a single page listing all of our game collection
  • Card Games - Uno, memory card games & solitare

Bila dah banyak tahun tinggalkan dunia matematik ni mesti dah macam lupa-lupa sikit kan. Setakat tambah tolak darab bahagi tu okay lagi lah kan. Kadang ada yang confused nak buat operasi darab dulu ke bahagi dulu.

Sambil mengajar anak, sambil tu kita boleh belajar sekali. Menariknya dalam calculator.org ni ada banyak pilihan games matematik mengikut peringkat usia dan tahap masing-masing.

Terdapat juga beberapa kategori dalam educational games, bukan sekadar fokus untuk subjek matematik sahaja. Taklah sia-sia buang masa main games. Ada juga inputnya. Kann...

Educational Games

  • Math Games - core math operators like addition, subtraction, division and multiplication along with some math-based logic games
  • Word Games - crossword puzzles, word search, rearrange letters, etc.
  • Games for Preschoolers - basic games for young children
  • Quiz Games - learn science and other topics with these free online quizes
  • Puzzle Games - solve puzzles using premade images or upload your own image and turn it into a puzzle.
  • Logic Games - games involving logic to solve problems. Includes math logic games and other types of logic games.
  • Memory Games - hit buttons in the correct order & remember hidden cards.
  • Health Games - determine what is food, prevent virus spread, improve the environmental health through recycling
  • Physics Games - physics and science based platform games
  • Music Games - Play instruments like drums or piano. Players can also improve their musical ear by playing a tone matching game.

Banyak sangat pilihan games yang ada. Pilih je mana yang sesuai untuk tarik minat anak-anak belajar. Untuk subjek matematik, untuk peringkat awal boleh ajar anak-anak proses tambah, tolak, darab dan bahagi yang mudah-mudah.

2 comments:

  1. skrang ni mudah je.. main game kt laptop.. best pulak tu game ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Banyak pilihan ada. Banyak juga kaedah pembelajaran zaman sekarang. Tapi okaylah tak buang masa, sambil main games tambah ilmu juga.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.