Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat

Azhafizah MN
By -
0
Telefilem Sayang Awak Sangat Sangat, telefilem ulang siar lakonan Farid Kamil dan Atiqah Suhaimie bersiaran pada Rabu, 15 Jun 2022 jam 8:30 malam di Slot Kuasa 3 malam di TV9. 

telefilem sayang awak sangat sangat tv9 online

TELEFILEM SAYANG AWAK SANGAT SANGAT

Waktu siaran : Rabu, 15 Jun 2022, jam 8:30 malam
Siaran TV : Slot Kuasa 3 Malam di TV9
Penulis Skrip : Panel Mangkin Prestij
Pengarah : Dharma Aizat Baharom
Penerbit : Jane Lim
Produksi : Mangkin Prestij Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Farid Kamil sebagai Iman
  • Atiqah Suhaimie sebagai Tiara
  • Yassin Yahya sebagai Bob Macey
  • Kamarool Hj. Yusoff sebagai Nyoman
  • Ropie sebagai Diano
  • Intan Ladyana sebagai Hana + Nina
  • Zalif Sidek sebagai Kamal
  • Pablo Amirul sebagai Farid

SINOPSIS SAYANG AWAK SANGAT SANGAT

Mengisahkan tentang Iman, yang sejak kecilnya fobia dengan sambutan hari lahirnya sendiri kerana kejutan dari ibu dan ayahnya dalam kegelapan membuatkan dia terkencing di dalam seluar.

Sejak dari itu dia memang tidak suka sesiapa pun membuat kejutan kepadanya tidak kiralah walaupun orang yang tersayang yang melakukannya kerana dalam fikirannya, jika ibu dan ayahnya sendiri boleh melakukannya, orang lain juga boleh melakukan perkara yang sama.

Kini Iman sudah berkahwin dengan isterinya Tiara dan bulan madu di sebuah resort sempena pakej perkahwinan mereka berdua. Setelah beberapa tahun dia cuba untuk menghindari daripada kejutan hari jadi itu, akhirnya dia tidak perlu risau setelah dia berkahwin dengan Tiara.

Sejak perkenalan dia dengan Tiara dia tidak lagi berada di dalam ketakutan. Namun segalanya berubah ketika percutiannya bersama Tiara di sebuah resort. Tiara sebenarnya merancang kejutan hari jadi Iman semasa bulan madunya itu.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)