Header Ads


Lepak Mengopi Di Koka Lamo Kafe

Alang alang ke Nilai, Selangor. Ehhh.. Nilai Negeri Sembilan lah! Singgah ke AEON dulu membeli dan blah. Lepas tu sebelum balik rumah, singgah ke Koka-Lamo Kafe.

Sejujurnya, kurang pasti kokalamo atau Koka Lamo. Janji sebutan tu betul, ye tak? Berdasarkan dari moto cafe :

yang Koka-Lamo hanya kamu & kopi

Koka Lamo tu macam loghat Negeri Sembilan. 

Koka = kekal
Lamo = lama

Agaknya tu lah maksudnya kot kan? Kekal Lama = Koka Lamo. 

Koka-Lamo Kafe ni antara kedai kopi hipster lagi aesthetic. Kalau kau orang sejenis cafe hipster hopping, bolehlah datang ke Koka-Lamo Kafe.

Tak susah nak mencari Koka-Lamo Kafe ni sebab cafe ni betul betul tepi jalan besar je. Nak mudah, guna waze je. Seberang jalan Koka-Lamo Kafe ni, Aunty Aini’s Garden Cafe kepunyaan mak artis Zarina Anjoulie tu.

Itu pun baru tahu bila jejak ke sini. Nanti nanti boleh cuba menu kampungan kat situ pulak. 

Okay, berbalik kepada Koka-Lamo Kafe. Suasana luar cafe sangat menarik. Ada pilihan tempat duduk dan meja. Jenis nak teduh, boleh duduk tempat duduk bawah kanopi.

Jenis suka open air pilih duduk kat kerusi batu atau kayu. Buaian gantung pun ada tau! Kami pilih meja kerusi batu, sejuk sikit kan. Kat luar ni ada motor sebagai props tempat bergambar.

Nak order kenalah masuk dalam. Kalau tak nak berpanas duduk luar, boleh je duduk dalam sebab ada air cond.

Kokalamo Kafe Nilai Negeri Sembilan

Sipi sipi gambaran dalam Koka-Lamo Kafe, satu kaunter order menu dan satu lagi ruang barista.

Kokalamo Kafe Nilai Negeri Sembilan

Dah order menu pilihan, akan dapat device ni. Dah siap order dia akan berbunyi.

Kokalamo Kafe Nilai Negeri Sembilan

Macam biasa, saya order caramel macchiato dan mocha. Dua dua sedap pad tekak saya.

Kokalamo Kafe Nilai Negeri Sembilan

Makanan pula, encik suami pilih Creamy Beef Pepperoni Carbonara. Memang creamy dan sedap sebab ada rasa pedas pedas chilli flakes tu. Tak muak makan. Kiranya chilli flakes tu penyedapnya lah. Jenis suka makan pedas kan.

Kokalamo Kafe Nilai Negeri Sembilan

Disebabkan macam curious nak tahu rasa pasta kuah masak lemak cili api, maka saya order pasta masak lemak cili api. First time te

Sedap tu sedap. Kadang kadang agak pelik jugak rasanya.Macam rasa terlebih serai pun ada. Entahlah..tak dapat nak terjemahkan rasa tu. Sayangnya pasta masak lemak cili api tak dapat menawan selera tekak saya. Sorry…

Kokalamo Kafe Nilai Negeri Sembilan

Terkilan jugaklah tak dapat nak memotretkan diri bergambar duduk atas buaian rotan tu sebab dekat situ ada orang pula. Sejenis segan nak bergambar bila ada orang.

Kokalamo Kafe Nilai Negeri Sembilan

Koka-Lamo Kafe nilai menu price, harga dia standard harga kedai kopi hipster. Banyak juga menu yang sedap sedap. Harga kopi pun harga standard, lebih kurang je mana mana kedai kopi hipster pun. 

Kokalamo Kafe Nilai Negeri Sembilan

Koka-Lamo Kafe

Batu 16, Jalan Sepang, Kampung Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

30 comments:

  1. Oh, bijak dia letak nama cafe tu.. kekal lama - koka lamo. Banyak konsep cafe macam ni sekarang, seronok la tukar selera, sediakan saja ongkosnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea kan nama cafe tu. sesuai dengan tempatnya di Negeri Sembilan. Ye, banyak dah kedai kopi hipster. Sediakan je duitnya :)

      Delete
  2. Ok, senarai harga dia agak berpatutan. Makan dalam kotak, macam chinese food dalam cerita omputih pula. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga standard kedai kopi hipster. Mana mana lebih kurang je harganya. Tak perasan pulak chinese food macam tu dalam movie :)

      Delete
  3. Aunty Aini tu selalu la akak makan masa menetap di NS. Memang fav makan masakan tradisi nismilan kat situ. Tapi sejak balik sana sesekali dan terkena weekend penuh manjang, terpaksa ubah hala ke Itik Salai Masthar (tak jauh dari Aunty Aini).

    Nampaknya dah ada kefe kopi pulak di depannya. Menarik untuk dicuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke kak..Saya je belum cuba lagi makan kat situ. Sekarang ni dah makin popular lagi memanjanglah penuhnya kan. Next time boleh cuba lepak kat koka lamo kafe ni pulak :)

      Delete
  4. Alamak makanan dihidang dalam kotak kertas.
    Ada menu pasta masak lemak. Mungkin rasa lebih serai yang jadi kurang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Dihidangkan dalam bungkusan makanan kertas tu. Saja nak cuba pasta masak lemak. Mungkin jugaklah tu. Tapi jenis tak kisah rasa tu okay je kot kan. Lain orang, lain seleranya.

      Delete
  5. sedapnya caramel machiato tu. lama tak pekena kopi cenggini.
    samalah dengan kita. kita pun sejenis segan nak amik gambar depan ramai orang. hu3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caramel macchiato memang sedap. hehe..begitulah hidup seorang penyegan. Kita ambil gambar view je lah :)

      Delete
  6. Harga tak la mahal sangat tapi kalau makanan sedap memang wow sangat. Caramel Macchiato memang fave sangat..
    Kalau Fizah tak translate memang tak terfikir pun Koka Lamo tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga standard kedai kopi hipster ni naniey. Caramel Macchiato memang sedap. Fave saya jugak :)
      hehe..sekarang dah tahu :)

      Delete
  7. Replies
    1. Kafe hipster memang menarik sangat. Kemas dan suasana pun cool je.

      Delete
  8. area rumah k ret pun ada kedai2 kopi hipster, belum sempat nak singgah lagi, kena cuba juga ni

    ReplyDelete
  9. Cantik suasananya.. Kalau bergambar memang nice nie.. Selain minum kopi mata pun dijamukan keindahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk port bergambar memang cantik ni kaksha. Setuju sangat tu, jamu mulut dan mata sekali :)

      Delete
  10. Baguuus arti namanya πŸ‘πŸΏπŸ˜„. Berharap yaaa kafe kopi nih bakal lama establish.

    Sukaa dengan design outdoornya, ada banyak kerikil, jadi tak takut becek lah saat hujan. Nanti kalo sud ada kesempatan vacation ke Malaysia lagi, saya nak coba kopi2 di kafe sana. Ntah kenapa sukaaa sangat merasakan suasana antara kafe yang 1 dengan kafe lainnya kak. Padahal rasa kopi kebanyakan sama je πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya kekal sama seperti namanya kan. Designnya sangat menarik ada gaya moden dan lama, kena dengan gaya hipster. Nanti jangan lupa cuba ye. Tahu takpe! Sebenarnya lebih kepada nak try menu dan feel ambient cafe tu kan :)

      Delete
  11. tak banyak sangat menu dia jual tapi maggi goreng daging tu nampak menarik lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu dia ringkas ringkas je tapi rare. Menarik untuk dicuba.

      Delete
  12. Menarikk menunya.... Nama kedai pun menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama cafe, menu, dekorasi dan suasananya memang menarik sangat nona.

      Delete
  13. skarang byk org bisnes kopi..menarik...view nice juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Mostly style hipster. Tu yang nampak menarik dan rare.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.