Header Ads


Main Games Online FREE Di Solitaire.Org Tanpa Perlu Download

Pernah tak kadang kadang tengah bosan tak tahu nak buat apa? Mesti pernah kan. Nak menghadap sosial media pun penat kadang. Cerita yang sama pun bosan juga. Sesekali kalau bosan tu, suka juga main games online free di solitaire.org sebab tak perlu download. 

Itu yang penting nya! Taklah memenuhi ruang dalam handphone ataupun laptop.

Siapa yang tak kenal dengan games solitaire. Hampir semua orang tahu dan pernah main. Game Solitaire ni, antara game klasik yang ada dalam komputer dulu kala. Dalam laman web solitaire.org ada pelbagai jenis game solitaire, antaranya : 
  • Classic
  • Klondike
  • Spider
  • FreeCell
  • Pyramid
  • Tripeaks
  • Golf

Selain solitaire, ada game Card, Mahjong, Hidden Object, Match 3, Logic Puzzles dan Word. Dalam banyak-banyak games yang ada, saya suka main game word search dalam kategori Word. 

Word

  • Crossword
  • Word Search
  • Letter Logic
  • Letter Scramble
  • Wordoku

Word Search

Word search ni antara game yang paling senang lah berbanding game word yang lain. Boleh main game word search santai-santai tanpa perlu stress beria. Sambil tu boleh tambah vocabulary. Word search ni pun dalam kategori game klasik juga.

Dulu zaman sekolah kalau beli buku dan majalah ilmiah mesti ada permainan word search ni. Suka juga main teka silang kata (crossword). Tapi yang dalam solitaire.org ni agak mencabar juga. Jenuh nak fikir jawapannya. Yang kaya dengan vocabulary dan ilmu lebih mesti kacang je main crossword.

Word search ni pula ada 3 kategori, ada 12x12, 14 x 14, 16 x 16. Saya pilih 16x16 macam mencabar sikit, ye tak? Konon hebat tapi terkial kial juga mencari perkataan tu. Rekod paling bagus dapat settlekan word search dalam masa bawah 10 minit.

Siapa dapat lagi cepat dari itu? Awak memang hebat! Jom challenge rekod saya.

Main Games Online FREE Di Solitaire.Org Tanpa Perlu Download

Hidden object

Dulu suka betul main game cari benda tersembunyi. Sesekali suka juga explore game dalam kategori hidden object ni. Ada beberapa lokasi yang boleh dipilih. 
  • Castle 
  • China 
  • Circus 
  • Garden 
  • Hotel 
  • Kitchen 
  • Pirate 
  • Princess

Saya pilih lokasi kitchen. Nampak macam mudah je kan? Tapi berpinar juga biji mata nak mencari barang yang tersembunyi. Tapi tak susah mana pun sebenarnya. Dia ada je depan mata cuma kita terlepas pandang. Macam tu lah.

Tak adalah tersembunyi sangat pun. Kadang ada objek yang kecil dan ada je yang besar. Mencari barang tersembunyi ni ada kiraan masa juga. Kalau tersilap klik tolak -5 saat.

Main Games Online FREE Di Solitaire.Org Tanpa Perlu Download

Main punya main, tak sedar masa berlalu dah tamat level 10/10. Dapatlah score 9150. Buat hilang bosan ni sesuai sangat. Sesekali layan game, why not kan? Lagipun game online free je.

Main Games Online FREE Di Solitaire.Org Tanpa Perlu Download

Ada juga game klasik yang lain macam game zuma ball, sudoka dan banyak lagi. Boleh lah explore dalam website solitaire.org.

Biasanya saya akan pilih game yang santai santai je. Games yang susah payah akan jadi stress lah pulak nanti. Terpaling suka main game yang mencabar minda dan buat kita berfikir. Taklah sia-sia main game begitu saja.

Ada jenis game yang ada level easy, medium dan hard. Pilih ikut tahap masing-masing.  Untuk anak-anak, boleh pilih level easy lah dulu. Tak kan terus nak ke level paling  susah.

Teringat dulu suka main game TV yang guna tape dan joystick tu. Suka main game mario dan circus. Feel betul main game. Sekarang dah zaman maju dah, zaman  play station game. Tapi tak semua orang mampu nak membelinya. 

Tak perlu kecewa sangatlah sebab dalam kemajuan tu boleh je main games online percuma je. Macam-macam game ada.  Sesekali layan tu bolehlah.

8 comments:

  1. bila ada time bole luangkan masa main game...tk perlu download lg mudah..tq for sharing...kalo bosan2 bole main game

    ReplyDelete
  2. Ha ah, dulu rajin main solitaire. Mahjong pun selalu layan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahjong saya tak pernah main. Layan solitaire je. Itupun sekadar lepaskan bosan je lah..tak expert.hehehe...

      Delete
  3. Game free ni yang best... Boleh layan nanti kalau ada masa masa bohsann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Free dan tak payah download. Boleh main tanpa rasa bersalah..heheehe

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.