Responsive Ad Slot

Slider

Happy Father's Day 2022, Selamat Hari Bapa

father's day 2022 father's day 2022 gift father's day date 2022 hari bapa 2022 malaysia tema hari bapa 2022 tarikh hari bapa 2022 selamat hari bapa
Selamat Hari Bapa, Happy Father's Day 2022. Tarikh Hari Bapa 2022 Malaysia jatuh pada minggu ketiga bulan Jun, iaitu 19 Jun 2022. Tarikh Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia.

Hari Bapa disambut bagi meraikan dan memberi penghormatan kepada kaum lelaki yang bergelar bapa, bapa saudara mahupun penjaga. Kebiasaannya, sambutan Hari Bapa menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa atau mengadakan aktiviti kekeluargaan.

Happy Father's Day 2022 Selamat Hari Bapa

SELAMAT HARI BAPA
'Happy Fathers Day'
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanpa mereka, siapalah kita.

Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa diraikan bagi menghargai  dan mengenang jasa mereka. Walau apa pun anutan agama seseorang, Ibu dan Bapa tetap dihormati dan dihargai kerana pengorbanan dan jasa mereka tak ternilai dengan wang ringgit. 

Sebenarnya, untuk menghargai jasa pengorbanan ibu dan bapa kita, tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya. Malah setiap hari kita perlu melakukan kebaikan kepada mereka tanpa mengharap apa-apa balasan.

Cumanya pada tarikh sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa sedikit istimewa berbanding hari yang lain. Ada yang membuat kejutan, memberikan hadiah ataupun acara makan-makan. Lain orang, lain caranya untuk membalas jasa kedua ibubapa mereka.

Tarikh Sambutan Hari Ibu Dan Bapa 2022 Malaysia

Jika Hari Ibu akan disambut pada Ahad kedua dalam bulan Mei, manakala Hari Bapa pula di sambut pada Ahad ketiga dalam bulan Jun setiap tahun.

Hari Ibu : 8 Mei 2022
Hari Bapa : 19 Jun 2022

Hukum Sambutan Hari Ibu Dan Bapa

Soalan : Adakah kita dibenarkan menyambut perayaan seperti Hari Ibu dan Hari Bapa? Jika boleh, apakah panduan untuk merayakannya?

Jawapan:
Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَ‌ٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّ‌ٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾

Maksudnya : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaub - (Surah al-Isra’: 23-25)

Ayat di atas menunjukkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya iaitu mendoakan kesejahteraan mereka, berbuat baik, memberi bantuan yang sewajarnya sebagai mengenang dan membalas jasa ibu bapa atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai.

Berkenaan dengan sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu, suka dinyatakan bahawa :
  • Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
  • Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.

Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat :
  • Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
  • Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.

Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.

Akhukum Fillah,
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2050-11

Father's Day 2022 gift | Hadiah hari bapa

  • Al-Quran dan terjemahan
  • Sejadah gebu
  • Pakej umrah
  • Pakej pelancongan
  • Smartphone
  • Smartwatch
  • Wallet
  • Jam tangan
  • Mesin urut
  • Minyak wangi
  • Tali leher
  • Belanja makan
  • Baju 
  • Kasut
  • Peralatan berkaitan hobi
  • Kek
  • Photobook
22
( Hide )
  1. Baru sedar sambutan Hari Bapa di Malaysia pada 19 Jun.
    Betul itu hormat dan sayang bapa tidak kira hari. Cuma meriah sambut ramai-ramai pada hari tersebut.

    ReplyDelete
  2. kannn...bg Ayu pun sama, celebrate just sgn tanda kita sayang & x de la beria pun sambutannya.. tiap kali sambutan fathers day..mesti cedih....:-(

    ReplyDelete
  3. Betul tu, janganlah sempitkan sangat kotak fikir kita. Kita sambut sekadar untuk tunjuk rasa hormat, penghargaan dan kasih sayang.

    ReplyDelete
  4. Setuju kak. Itulah kenapa hari bapak ini ga terlalu familier di Indonesia. Hari ibu masih ada lah yg merayakan, walo ga banyak, tapi hari bapak, lebih sedikit lagi. Krn buat ku terutama, perhatian untuk orangtua haruslah berkekalan, bukan hanya sebatas di hari tertentu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, hari hari berkasih sayang dan selamanya. Disini juga sambutannya bergantung pada setiap individu tu.

      Delete
  5. Ooo, besok hari bapa. Baik. Mekasih share, Fizah.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Selamat hari bapa dan semoga kasih sayang terus berkekalan.

      Delete
  7. selamat hari bapa kepada semua bapa yang membaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari bapa dan semoga kasih sayang terus berkekalan membawa ke syurga :)

      Delete
  8. selamat hari bapa untuk semua bapa2 penyayang

    ReplyDelete
  9. sekadar meraikan.. bg adiah.. camtu jela.. hihi..
    rindu pulak kat arwah abah.. =')

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu