Header Ads


Semakan Keputusan SPM 2021/2022 Secara Online Atau SMS

Bila result SPM 2022 keluar? Hari ini 16 Jun 2022, tarikh result SPM 2021/2022 akan terjawab. Semakan result SPM 2021/2022 boleh dibuat secara online atau SMS.

Semakan Keputusan SPM 2021/2022 Secara Online Atau SMS



Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan dua cara untuk membuat semakan keputusan SPM kepada calon-calon bagi tujuan mengetahui keputusan SPM masing-masing dengan lebih cepat.

Cara semak keputusan SPM

1. Secara dalam talian (online)

Bagi calon-calon yang ingin mengetahui ringkasan keputusan SPM 2021 masing-masing dengan menggunakan cara semakan secara dalam talian (online) melalui pautan laman sesawang dibawah :

https://myresult1.moe.gov.my
https://myresult2.moe.gov.my

2. Perkhidmatan SMS

Untuk mengetahui ringkasan keputusan SPM 2021 melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas Mysms 15888, sila rujuk kepada format seperti yang disertakan dibawah untuk tujuan penghantaran mesej. 

Taip : SPM <jarak>NoKP<jarak>ANGKA GILIRAN dan hantar SMS ke 15888

Nota : Murid/Ibubapa dapat menyemak keputusan SPM 2021 bermula 16/6/2022 tepat jam 10:00 pagi hingga 24/6/2022 jam 6:00 petang. Harap maklum

SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)

SPM adalah singkatan kepada Sijil Pelajaran Malaysia. Sijil Pelajaran Malaysia adalah peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan merupakan sebuah peperiksaan peringkat kebangsaan antara yang utama dalam sistem pendidikan di Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. 

Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas. SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.

Objektif Peperiksaan SPM

Antara objektif peperiksaan SPM yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk persijilan mata pelajaran. SPM merekodkan pencapaian calon-calon bagi setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum iaitu lulus Bahasa Melayu.

Kelebihan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) digunakan sebagai syarat utama bagi tujuan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berdasarkan keputusan pencapaian mata pelajaran dalam SPM yang berkaitan dengan kursus yang hendak dipilih.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga digunakan sebagai syarat kelayakan bagi mendapatkan biasiswa pendidikan dan untuk tujuan-tujuan lain seperti permohonan pekerjaan.

Cara mendapatkan slip keputusan SPM 2021

1. Calon sekolah

Calon-calon yang berkenaan boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 melalui sekolah masing-masing selepas jam 10:00 pagi pada tarikh rasmi pengumuman keputusan

2. Calon persendirian

Calon-calon persendirian yang berkenaan akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat mendaftar peperiksaan SPM 2021 sebelum ini.

Kepada semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 boleh mendapatkan keputusan SPM masing-masing pada tarikh yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Semoga calon-calon SPM memperoleh keputusan yang cemerlang.



16 comments:

  1. Replies
    1. Semoga masing masing mendapat keputusan yang baik. Aamiinn...

      Delete
  2. Akak pulak yang rasa berdebar menunggu keputusan SPM anak saudara dan anak kawan2. Maklumlah…batch pandemik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe kak, saya pun ada 2 orang anak buah SPM 2021 ni. Semoga mereka dapat keputusan yang cemerlang.

      Delete
  3. penantian utk calon2 SPM
    apapun result kena terima dgn terbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap je masa berlalu, rasa macam baru je dorang exam SPM haritu kan. Semoga berbaloi usaha masing masing.

      Delete
  4. Adik sepupu ada yang ambil keputusan hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga adik sepupu akak dapat keputusan yang cemerlang.

      Delete
  5. Tahniah. Mencabar betul tahun lepas tapi hikmahnya tahun lepas ramai dapat banyak A.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah untuk semua calon SPM 2021. Sangat mencabar SPM masa zaman pandemik sebelum ni.

      Delete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah buat semua calon..

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat semua calon yang telah mendapat keputusan. Memang sangat mencabar menduduki peperiksaan dalam suasana pandemik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah untuk semua calon SPM 2021. Betul tu kak Amie, mencabar ambil SPM zaman pandemik ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.