Melatah. Nak Gelak ke Nak Kesian?

Wednesday, August 26, 2020

Siapa entah post status lawak tengok orang melatah dalam satu show ni. Fiza pun carilah kat youtube. Mungkin show Opocot melatah yang dimaksudkan. Kesian pulak tengok artis melatah teruk betul. Pulak tu ramai yang dok sakat.

Tak pasal, Fiza boleh terjebak tengok show tu. Aduhaiii nak gelak ke nak kesian entah. Opocot! Ooo mak kau! Itu biasa kita dengar yang keluar dari mulut orang yang kaki latah ni. Asal cucuk pinggang atau cuit sikit je dah mulalah dia melatah tak berhenti.

Yang keluar opocot, mak kau tu okay lagi lah. Tapi kalau perkataan yang tak senonoh tu, boleh buat malu je. Zaman dulu, melatah ni terkenal dikalangan orang orang tua je. Sekarang ni, orang muda pun dah mula melatah. 

Melatah penyakit atau tidak?

Menurut Kamus Bahasa Melayu
[me.la.tah] | ملاته

Definisi : melakukan sesuatu atau mengeluarkan perkataan tanpa disedari kerana terperanjat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Credit : Pusat Rujukan Persuratan Melayu

melatah

What causes latah? Latah terjadi bila mana seseorang tu terkejut melampau dengan sesuatu. Samada dengan disergah, usikan, cuitan ataupun bunyian. Uniknya budaya melatah ni hanya terjadi pada sesetengah bangsa di Asia Tenggara dan kebanyakkannya adalah wanita.

Wanita melatah itu biasa. Lelaki melatah jarang sekali tapi bila tengok show tu macam lebih ramai lelaki melatah rupanya.

Pakar mempercayai bahawa latah ni adalah satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit. Ada juga yang mengatakan ianya sejenis penyakit. Mungkin ia berkaitan dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan juga sosial.

Ianya tergolong dalam culture-bound syndrome, Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders-diterbitkan pada tahun 1994. 

Jadi, masih belum diketahui punca yang tepat untuk dikategorikan sebagai masalah kesihatan mental ataupun sekadar tabiat dalam sesuatu budaya.

Sejarah latah pula boleh baca kat cerita lengkap fenomena melatah.

Melatah Boleh Berjangkit

Ye, melatah boleh berjangkit tau! Ehh bukan saja nak takutkan tapi orang kata lah. Katanya kalau kita suka usik ke sakat orang melatah, nanti kita pun boleh terkena jangkitan melatah tu.

Faktor genetik juga salah satu punca jangkitan melatah ni. Lagi lagi kalau duduk satu rumah dengan keluarga yang jenis melatah. Persekitaran juga memainkan peranan seseorang mudah dijangkiti tabiat melatah ni.

Kesan Melatah

Serius cakap, rasa kesian bila orang suka mengusik kaw kaw orang melatah tu. Yang kita ni dok gelak sampai keluar air mata dibuatnya.

Ada juga saudara jenis melatah teruk. Kalau berjumpa ada je yang suka menyakat dia. Kesian-kesian pun kita boleh gelak lagi tengok gelagat orang melatah. Terasa kejam pulak gelakkan orang melatah. Tapi itulah tak boleh nak bendung gelak tu. Sakit perut gelak weii

  • Penat Melatah

Kita gelak-gelak, orang yang melatah tu serius penat. Dia pun tak minta jadi macam tu. Tapi bila masyarakat sekeliling suka menyakat hari hari mana mahunya melatah tu nak hilang macam tu je.

Tipulah kalau kata mereka tak malu dan rendah diri. Benda susah nak kawal dan mereka pun tak sangka akan jadi seteruk itu. Kalau jenis yang melatah teruk memang penat lah kena jadi bahan lawak orang.

  • Kerja Terganggu

Kerja mereka pun boleh ternganggu kalau orang asyik dok sakat je. Orang melatah ni sangat bahaya kalau drive. Rasanya tak ada orang melatah drive kan? Ke ada juga? Ke tak dibenarkan drive. Maaf, soalan macam bodoh tapi serius juga nak tahu sebab tak tahu. 

Dalam hal ni tak tahu nak salahkan sesiapa. Mereka dan keluarga mereka? Oh tidak! Orang sekeliling memainkan peranan bantu mereka. 

  • Melatah Membahayakan

Jangan usik keterlaluan. Gurauan tu adakalanya bahayakan nyawa orang. Dibuatnya masa tu tengah potong sayur kat dapur, sekali terkejut pisau terkena orang. Tak pasal bahayakan orang lain juga. 

Nak mengusik pun biar kena tempat dan masanya. Dan gurauan tu jangan melampau sangat. 

Cara Hilangkan Latah

Orang sekeliling kena bantu pelatah ni dengan cara jangan buat mereka melatah. Sebab lagi kerap kita sakat dia lagi galak dan semakin teruk latahnya nanti.

Cara lain, jalani terapi, kaunseling (psikoterapi) dan juga hipnoterapi. Kalau rasa orang sekeliling tak membantu, boleh usaha jalani rawatan dan terapi. Mudah-mudahan dapat membantu menghilangkan latah.

Rasanya setiap orang ada je melatah. Cuma melatah tu jenis melatah biasa dan tak teruk. Contohnya macam barang terjatuh ke, tersandung ke. Dia jadi auto melatah. Ada tak yang macam tu? Mesti ada kan.

Fiza paling takut dekat dengan orang melatah ni. Risau betul dipukul diketuk ke bila orang lain usik. Kita pulak yang jadi mangsa nanti. Sebelum terkena, siap siap jauhkan diri daripada si pelatah.

Kalau nampak orang  melatah, sila duduk jauh jauh okay. Jangan kau orang tumpang sekaki menyakat pelatah. Mereka ada perasaan dan mereka juga perlukan masa untuk bertenang. Hormati juga keluarga mereka. Kalau family pun jenis suka menyakat tak boleh nak kata apa lah. Itu antara merekalah.

Orang luar, faham faham sendiri. Kalau orang tak suka, tak perlu seronok sangat lah nak menyakat.





36 comments

  1. Un geram betul.kalau anak2 main melatah. Terikut dgn kawan main2..depa.ingat best kot..kadang yg naturally happen un ok je...yg buat2 tu menyampah..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main main melatah tu pun bahaya juga takut jadi habit pulak kan. Setuju juga yang buat² melatah tu memang menyampah tengoknya

      Delete
  2. kalau mula-mula tu memang tergelak je, tapi bila dah berjangkit dan susah nak stop, rasa kesian.Nenek akak melatah.Tapi kalau berpanjangan orang usik dia, boleh pengsan dia..sampai sekarang tak berani nak usik dia dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lagi bahaya tu boleh buat pengsan. Kalau orang tua lagi kesian sebab penat orang dok usik.

      Delete
  3. Shida melatah dulu time sekolah men..mmg bjgkit dgn sorg kwn ni..pastu terus tbiasa..bila dia pindah skolah..habit melatah shida terus hlg 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye Shida? Alhamdulillah okay dah. berjangkit ni susah boleh jadi habit.

      Delete
  4. kesian tau sebenarnya orang yang melatah ni..kita tgk mmg lawak tapi depa yang tanggung tu penat tau..dah la diluar kawalan..kekadang luar fikiran..bhya tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kesian sangat sebab tu tak berani nak usik orang melatah.

      Delete
  5. Dulu Dina kuat melatah. Ambil masa juga nak elok dari melatah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda ni memang ambil masa untuk pulih. Alhamdulillah okay dah ye sekarang?

      Delete
  6. kalau melatah skt2 tu..kelakar la. tapi kalau dah byk2 tu memang kesian.
    tak suka tul tgk org yg suka kacau org melatah tu. sbb kesian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Kalau nak menyakat tu sekejap je sudah. Kalau berterusan kesian penat orang melatah tu.

      Delete
  7. bahaya gak melatah ni...Cuya pernah baca biasanya yang melatah macam orang Malaysia adalah orang Jepun dan Eskimo.

    ReplyDelete
  8. Kesian tengok orang melatah ni, nampak letih dia bila dah habis latah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kesian sangat tengok dia betul betul penat tu.

      Delete
  9. nasib tak ada penyakit melatah tu..klu mesti slalu kna buli kan?huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. orang yang suka mengusik ni pantang tengok orang melatah. Selalu kena buli je lah nanti.

      Delete
  10. kalau orang-orang tua melatah tu macam lawak sebenarnya memang penat mereka tuh....

    ReplyDelete
  11. tak suka lawak melatah.. sebab akak dulu masa kerja memang kawan2 melatah sampai kita pun terikut sekali. Kesian kena sakat hari. Lepas tu benda susah pulak nak hilang.

    Akak ni masih ada sikit2 melatah tau.

    kalau mood baik , elok la benda yang keluar di mulut.Kalau mood tak baik, apa yang akak fikir tu memang keluar habis..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena mood baik selalu camni. Harap melatah akak hilang nanti. Aaminn

      Delete
  12. GV dulu pun pernah melatah juga. bila GV fikir balik, apa yang dikatakan oleh artikel semua betul. Kalau org tak menyakat, secara tak langsung, latah tu boleh kurang dengan sendirinya. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur dah okay sekarang kan. Itulah kan, kalau tak de yang menyakat inshaAllah okay je.

      Delete
  13. Pernah tengok orang melatah memula kelakar tapi kalau dah lama sangat menyampah.
    Ada pulak jenis yang menyakat tak hengat kesian pun ada kat orang yang melatah tu penat.
    Pernah tengok Oppocot tu yang banyak melatah rasanya Eida Moin mujur latahnya tu tak sebut yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur tak sebut bukan bukan. kadang tengok rasa kita pulak yang malu. Yang teruk teruk tu boleh buat kita gelak sampai menangis dibuatnya. Aduhaii..kesian pulak

      Delete
  14. penah gak ada kawan sorang ni bila dia jumpa dgn org melatah confirm dia melatah skali..kalau tak tu ok je. peer influence juga latah ni rupanya haha

    ReplyDelete
  15. Kesian orang yang melatah ni. Selalu orang usik dia. Sampai penat dia melatah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jenis tak kisah dan usik berpada pada okay lagi kot kan. Sampai penat tu memang kesian sangat.

      Delete
  16. Betul tu, org sekeliling memainkan peranan membantu mereka yg melatah mengatasi penyakit ni. Akak kenal org yg kerap melatah waktu muda dulu, melatah yg agak teruk jg terutama waktu kat U sbb kawan2 serumah suka menyakat. Tapi bila dah pindah & x lg kena sakat, habit melatah pun hilang. Alhamdulillah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang menyakat tu yang buat lagi teruk tu. Alhamdulillah dah hilang habit melatah tu.

      Delete
  17. sy ada member yg melatah (lelaki). mmg selalu kena sakat dgn opismet. tp 1 hari u, diorg puas sakat tp dia x melatah pun. lama jg laa dia x melatah. smpi 1 hari entah mcm mn dia termelatah jg. so diorg tanya mcm mn dia boleh 'tahan' latah dlm tempoh lama? dia ckp, dia ada ikut petua seorg ustaz tu. tp dia x nak share...

    ReplyDelete
    Replies
    1. siannya kalau kena sakat dengan opismate. tak mustahil kena sakat setiap hari. Takpelah dia tak share. takut kalau share, orang tahu lagi dok menyakat.

      Delete
  18. Akak ada melatah kalau terkejut, barang jauh. Memang secara semulajadi. Alhamdulillah tiada orang cucuk atau sengaja usik.
    Itulah kasihan orang melatah teruk.

    ReplyDelete
  19. Saya pun kesian tengok orang melatah ni... sekejap sekejap melatah... hmm.. ada program tu.. kat Astro.. sy tengok ritu... Kelakar.. tapi penat nampak.. Cuma dorsng memang dah ready kan.. akan jadi camtu.. aduhaiiii

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.