Header Ads

Latest Update
recent

Nasi Goreng Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Kuew teow dah jemu nak makan. Mee goreng pun dah masak 2 hari lepas kalau tak silap. Lepas tu dok fikir menu apa nak masak untuk breakfast semalam. Pening pening.

Mujur lah ada nasi lebih sikit dinner malam tadinya. Boleh gak buat nasi goreng cepat dimasak sedap dimakan. Pinjam kejap slogan mee maggi tu.

Nasi Goreng Masak Cara Fiza

Semua orang boleh masak nasi goreng dengan cara masing-masing. Cara Fiza masak nasi goreng lebih sedap bila bahan-bahan tumis tu ditumbuk guna lesung batu. Lepas tu tumis sampai garing. Nak sedap lagi letak sayur rangup macam kacang panjang dan carrot. 

Nasi Goreng Masak Cara Fiza

Bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis. Tumbuk kasar je tak perlu lumat. Sukatan ikut kau orang. Macam Fiza suka letak bawang merah lebih dan cili api lebih. Bawang putih biasa Fiza letak seulas je sebab tak suka sangat bawang putih.

Tumis sampai garing, barulah letak kacang panjang. Carrot letak last sekali lepas tutup api dan gaulkan. Kalau buka api nanti layu pulak carrot tu sebab Fiza suka carrot rangup. 

Itu lah secara ringkasnya cara Fiza masak nasi goreng. Resepi tak payah kot sebab masing-masing tahu dah nak masak nasi goreng macamana. Kan??

Nasi Goreng Masak Cara Fiza

Short entry je lah harini. Mood mengantuk tak boleh bawa bincang. Hilang terus ayat-ayat nak mengarang. Jenuh fikir apa nak tulis. Sudahnya berakhir disini je  lah ye. 

35 comments:

  1. Kak PC pun bila masak nasi goreng rencah tumbuk guna lesung..hehehehe.

    ReplyDelete
  2. Wahh sep satu kali kak! hahah samalah selalu masak nasi goreng memang suka tumbuk guna lesung batu. Baru meresap rasa dia hehe ;)
    .
    Oh ya, salam 31 ogos!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. sedap lain macam kalau masak bahan tumbuk dengan lesung batu. Patutlah orang dulu masak sedap sedap kan. inilah rahsia dia.

      Salam Merdeka :)

      Delete
  3. kan, kalau mengantuk memang ayat pun taknak keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. tak boleh generate kata kata dah. Tidur je ubat dia

      Delete
  4. Cantik gambar nasi goreng akak. macam menu di restoran gitewww. btw, nasi goreng adalah makanan peberet GV. huhu. :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nasi goreng.
    Akk kalau masak nasi goreng suka letak telur. Pastu kalau ada keropok kering tu, fuh bertambah-tambah makannya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak letak telur tu..Dah hancur tak nampak mungkin. Kadang letak kadang tak. Ada keropok ikan tu lagi sedap kak. Mahu kena suruh berhenti makan. hihi

      Delete
  6. memang sedap ns goreng kalo bahan tumis tumbuk dgn lesung berbanding blend je..
    lain mcm rasa dia.. boleh bertmbh mkn.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ezy. Nak cepat habis kena menumbuk jugalah kan :)

      Delete
  7. sedap nasi goreng banyak sayur gini, cuma kat rumah akak kalau buat nasi goreng gini adalah yang merajuk- rajuk takmo makan... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu dah siapa yang merajuk tak makan tu. Kalau ada yang tak makan memang tak letak. susah pulak nanti nak makan kena asingkan.

      Delete
  8. Nur tak gemar nasi goreng kecuali nasi goreng mak. Tapi nasi goreng ni selalu juga masak. Untuk anak sulung nur bila dah tepu tak tahu nak masak apa utk dia haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jenis tak makan nasi goreng masakan sendiri. Mak masak jugak yang sedap kan.

      Delete
  9. tgk gmbr pon dh sedap mcm mkn nasi goreng kat kedai jeeer., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung sedap wak. bukak kedai kat rumah sendiri je boleh :)

      Delete
  10. kalo carrot rangup ni housemate2 akak ada dua orang tak suka, carrotnya hidup katanya...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..takut nak makan ye. ada orang memang tak suka makan fresh camtu. Kena masak betul betul.

      Delete
  11. my favvv ni heheh kalau tak ada idea nak masak apa rabia akan masak nasi goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu Rabia suka nasi goreng. Selalu update nasi goreng dalam blog kan :)

      Delete
  12. blender & instant perencah mmg susah nak beat lesung batu. lesung batu always win! ummpphh rasa dia!

    ReplyDelete
  13. wow sedap.. yg penting tumis tu kena garing kan. mama suka letak bawang putih byk

    ReplyDelete
  14. Baca malam malam ni.. sambil hujan di luar tu.. alamak... lapo plak nengoknyaaaaaa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.