Pernah tak jadi pada kau orang, pakai deodorant pun masih lagi tak dapat mencegah bau badan? Berusaha macamana pun malangnya berbau juga badan tu. Jangan risau, ada deodorant untuk ketiak berbau yang paling berkesan. Fiza dah cuba!
Harus di ingatkan, ini bukan review berbayar ya. Nak kongsi sebab deodorant untuk ketiak berbau inilah paling berkesan setakat ini yang pernah Fiza cuba.
Jujur nak cerita, sejak kurang bersenam ni kalau buat kerja sikit mesti cepat berpeluh. Bila dah berpeluh dan bergabung dengan bakteria tu, muncullah bau badan yang tak best. Rimas betul. Tapi tak sampai tahap ketiak berbau bawang lagi lah.
Cakap pasal ketiak berbau bawang tu teringat kisah lama. Rasa dah beberapa kali cerita kisah ni dalam blog. Diringkaskan cerita...
Kisah naik KTM, waktu orang balik kerja. Padat dengan manusia yang baru balik kerja. Faham je lah macamana kan.Berdiri sambil pegang besi tengah-tengah tu. Nasib tak berapa nak baik haritu boleh pulak berdiri bawah ketiak orang. Kita ni dahlah tak berapa nak tinggi. Tak pasal kena hadap ketiak berbau bawang tu untuk seketika. Kembang kempis hidung menahannya. Aduhaiii..
Kalau ketiak berbau bawang tu dah kira tahap kritikal kena berubat cepat. Tak ada siapa yang suka badan berbau. Kalau boleh memang tak nak pun orang lain bau badan kita bila bau busuk.
Kalau boleh juga nak elakkan badan berbau. Tapi cuaca panas ni memang tak boleh nak elakkan dari berpeluh. Peluh pulak tu taknak bagi kerjasama lansung.
Ikut petua orang lama, gunakan limau nipis hilangkan bau ketiak. Potong dua dan gosok lah ketiak dengan limau nipis tu setiap kali mandi. Amalkan selalu, inshaAllah elok katanya. Yang nak guna petua lama silakan.
Fiza dah cuba beberapa produk hilangkan bau badan. Bermacam-macam jenis. Ada jenis deodorant roll on, deodorant dry serum dan deodorant armpit powder. Semuanya tak sampai tahap yang betul betul puas hati kot. Bagus memang bagus tapi bila tak sesuai untuk tahap yang berpeluh teruk.
Orang kata tawas hilangkan bau ketiak dengan berkesan. Pernah juga guna deodorant batu garam mineral. Smelly No More lah! Bertahan sampai 2 botol je Fiza guna.
Sekarang Fiza dah jumpa deodorant batu tawas yang paling terbaik untuk atasi ketiak berbau. Bila berpeluh pun tak ada bau yang kurang sedap muncul tiba-tiba.
Kenapa Ketiak Berbau? Ini Antara Punca-Punca Ketiak Berbau.
1. Berpeluh
Gabungan peluh dan bakteria membuatkan badan berbau.
2. Pemakanan
Suka makan makanan pedas, bawang yang membuatkan badan berpeluh dan mengeluarkan bau yang kurang enak.3. Tekanan
Bila tertekan akan membuatkan badan mula berpeluh.
4. Alkohol
Pengambilan alkohol yang lebih tinggi akan mengakibatkan peluh dan nafas berbau.5. Pemilihan Pakaian.
Pilih pakaian yang diperbuat daripada material kapas dan kain sejuk yang lebih selesa dan sesuai dengan cuaca. Terutamanya dalam pemilihan pakaian dalam yang paling dekat dengan kawasan mudah berpeluh seperti ketiak, belakang dan dada.
6. Genetik
Ada sesentengah punca bau badan adalah dari genetik.
7. Diabetes/Kencing Manis
Penyakit kencing manis jika tak dikawal ia akan memburukkan lagi bau badan.
Cara Hilangkan Ketiak Berbau
Nak guna limau nipis hilangkan bau ketiak payah pulak nak sediakan stok limau nipis tu. So kita gunakan tawas hilangkan bau ketiak je lah.
Gunakan tawas moden, salah satu produk hilangkan bau badan yang Fiza nak recommend pada kau orang yang ada masalah bau badan tapi tak jumpa produk yang sesuai lagi.
Ini pun anak buah yang recommend juga ni. Dia kata ini paling bagus dan berkesan. Ada orang panggil batu tawas atau kristal deodorant.
Grace Pure Crystal Deodorant Roll On Antiperspirant Body Smell Alum Rock (70gram)
Panjang nama penuh produk ni ye. Nama pendek dia kristal deodorant yang diperbuat daripada garam mineral semulajadi dan 100% bahan semulajadi. Fungsi dia tak lain tak bukan untuk menyah bau yang menyebabkan bakteria.
Secara tak lansung dapat meneutralkan bau badan yang tidak menyenangkan, menghalang pembentukan bakteria dan peluh. Selamat digunakan sebab tak mengandungi bahan kimia, tiada minyak, tiada wangian dan tiada bahan terlarang. Pendek kata, selamat digunakan.
Kristal Deodorant (Sarn-Som) ni sangat popular di Thailand dan antara produk terlajak laris. 'Tawas' pulak nama yang digunakan di Filipina. Dulunya digunakan secara tradisional, sekarang baru dikomersialkan. Itu apa yang Fiza faham dari apa yang Fiza baca.
Keistimewaan Kristal Deodorant
- Perlindungan selama 24 jam
Pemakaian selama 24 jam tu Fiza belum cuba lagilah. Kalau pakai 24jam tu tak mandi lah tu kan. Paling lama pakai 12 jam sebab keluar rumah dalam tempoh waktu yang sama.
Terbukti sangat berkesan lah. Serius rasa selesa bila badan tak keluar bau yang tak best tu. Barulah confident nak berlama-lamaan bila keluar pagi balik petang tu. Berbeza sangat bila pakai deodorant yang sebelum ni. Beli mahal tapi kesannya kurang. Tapi kristal deodorant ni serius best lah! Saya suka!
- Tidak Melekit
Kebanyakkan jenis deodorant dipasaran jenis krim atau cecair. Jenis batu kristal atau batu tawas ni, dia akan menyerap secara natural dan lansung tak ada rasa melekit pada ketiak. Tak tipu okay!
- Tidak Meninggalkan Kesan Pada Bahagian Ketiak Baju
Bila tak melekit atau kurang berpeluh tu tak adalah akan meninggalkan kesan pada bahagian ketiak baju tu kan. Lagi lagi baju putih tu yang susah nak jaga tu.
- Memutihkan Ketiak
Paling best kristal deodorant ni boleh memutihkan bahagian ketiak kau orang. Nampaklah beza dia sebelum dan selepas tu. But make sure lah ketiak tu tak ada rerambut okay.
- Boleh merawat tumit kaki kering
Yang ini Fiza belum cuba lagi lah. Ini apa yang dinyatakan pada maklumat produk tu. In case kalau tumit kaki kering, nak cuba juga lah tapi kena asingkan produk lah.
Jangan satu produk kau orang hentam guna ketiak dengan tumit kaki sekali. Nanti tak dapat beza mana satu ketiak mana satu tumit. Okay, tak kelakar.
Produk-produk yang Fiza gunakan sebelum ni semua okay lah cuma tak betul betul mencapai tahap yang Fiza nak. Now dah jumpa kristal deodorant ni sangat puas hati. Paling tip top lah.
Cara Nak Pakai Kristal Deodorant
Lepas mandi, sementara ketiak masih basah. Kau orang roll je kan pada ketiak kau orang tu. Kalau badan dah kering, basahkan ketiak atau basahkan kristal deodorant tu. Kemudian biarkan je ketiak kering sendiri. Tak payah nak lap dah.
Dah guna, bilas kristal deodorant dengan air dengan cara sekali lalu pada air paip mengalir. Yang penting nak guna tu mesti kena basahkan dulu.
Yang ada masalah tu bolehlah cuba kristal deodorant. Sumpah best pakai. Better lah dari produk kristal deodorant yang pernah Fiza cuba. Harga pun mampu beli lagi. Harga RM7.99 je. Beli 2 terus, baru berbaloi.
Satu natural dan satu lagi aloe vera. Fiza baru pakai jenis natural. Ingatkan tak ada bau, rupanya ada lah bau dia. Bau wangi yang tak berapa nak kuat sebab dia natural kan. Selain tu ada kunyit, mangosteen dan juga coconut.
Kat mana nak beli?
Boleh cari kat shopee, Survey mana yang berkenan di hati dan kena dengan bajet. Lain penjual lain harganya. Fiza beli 2 sebab nak cuba. Dah cuba macam nak beli lagi buat stok.
Dah cuba dan kalau berkesan, boleh share dan recommend pada yang ada masalah bau badan. Kot berkesan pada mereka. Sharing is caring gitu.
paling tak suka kalau deodor tu sebabkan baju jadi kuning lagi lagi kalau tengah pakai baju putih
ReplyDeletesetuju! Tak suka juga dan nak elakkan kalau boleh.
Deletebau badan memang boleh potong mood
ReplyDeleteTahu takpe! Diri sendiri pun tak selesa apatah lagi orang lain.
Deleteok juga..deodorant nih..tp so far shida selesa pkai deodorant skg jenis whitening..lama pkai dah bertahun2 xtukar...ketiak pun dah nmpak kesan dah :)
ReplyDeleteOkay lah pada Fiza. kalau Shida dah jumpa yang serasi dengan shida, kira okay dah tu tak perlu bertukar :)
Deleteakak tak pernah pakai odorono..alhamdulillah setakat ni takde bau badan..mungkin spesis kurang berpeluh kot..
ReplyDeleteAlhamdulillah okay lah tu. jimat nak beli produk :)
Deletedeodorant selalu buat baju kat ketiak tu jadi macam keras. okey juga deodorant ni kan kak.boleh try nanti. :)
ReplyDeleteBetul, kesan dengan baju tu yang tak best tu. Trylah mana tahu lebih bagus pada awak juga.
DeleteKat shopee. trylah Yatie :)
ReplyDeleteooo ye ke? sy mmg x pakai deodorant so jarang amik tau psl ni hehehe
ReplyDeleteuntung ni tak perlu keluar duit beli produk deo.
DeleteBaru bacaaa.. thanks info... dah saved..nanti try cari... Nak tahu jugak apa rasa dan baunya.. apa perbezaan.. trringin pulak.. nanti try beli...
ReplyDelete