Header Ads

Latest Update
recent

Happy Wedding Anniversary. 7 Tahun Dah!

23 Ogos, 7 tahun lepas tarikh yang sama sedang dup dap dup dap berdebar menanti majlis nikah. Kami berdua nikah hari jumaat dan majlis nikah dibuat selepas solat jumaat. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekali lafaz akad kami menjadi suami isteri.

Syukur Allah panjangkan usia dan jodoh kami sehingga ke hari ni. Tempoh 7 tahun bukanlah masa yang singkat. Perjalanan hidup perkahwinan ni ada yang indah dan ada sebaliknya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. 



Ikutkan dah 7 tahun ni, dah ada 2-3 orang anak dah. Itu apa yang kita fikirkan dan apa yang kita mahukan. Tapi siapalah kita pun. Hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.

Allah akan bagi tepat pada masanya. Percaya itu je. Kadang emosi naik turun juga bila memikirkan. Lagi lagi bila orang dok sembang pasal anak. Kita nak sembang pasal apa?

Terpinggir sungguh rasanya. Masa itu rasa nak nangis je. Dalam hati "sabar Fiza! tahan, kau kuat". Kuat tak kuat 7 tahun dah hadap ni.

Bila orang lain kahwin terus dapat anak. Tumpang happy tapi dalam masa yang sama sedih dengan diri sendiri. 

Macam biasalah orang akan bertanya.

Soalan cepu emas

"Tak pergi berubat ke?"
"Tak cuba berurut ke?"
"Tak cuba buat IVF ke?"

Selalu senyum kelat dan kadang kala geleng. Faham dah tu kan. Tanda tanda malas nak sembang panjang lebar. Biarlah perjalanan itu hanya kami je yang tahu. 

Sampai harini positif je tau percaya apa yang Allah akan berikan. Kadang emo tu biasa. Cuma itulah bila dah berjumpa dengan orang dan bila soalan tu ditanya. Tiba tiba mood auto berubah. Luar je nampak cool dalam hati dah ribut taufan melanda. 

Paling tak kelakar soalan tu ditanya di bila sedara mara berkumpul. Aduhaiii... Berperang dengan diri sendiri lah masa tu. 

Be positif!

Takpelah, fikir positif je. Orang tanya mungkin dah tak ada soalan lain kot nak ditanya. Walaupun ada 1001 soalan lain yang boleh ditanya. Ini namanya jenis manusia tak sensitif.

Ya, bukan mudah nak kuat. Dalam masa yang sama try hard lawan perasaan tu. So far boleh je chill dengan segala soalan tu. Lepas tu masuk bilik nangis kat bucu katil. Ehhh itu dalam drama je.

Tak sangka eh dah 7 tahun berlalu. Rasa macam baru je kahwin. Klise betul ayat ni. Gambar pun macam baru ambil tadi. Hahaa..Ye, masih mood honeymoon setiap masa. 

Ada orang yang dah ada anak cemburu pula tengok kita boleh berdua-duaan setiap masa. Kita pula cemburu tengok kehidupan mereka yang ada anak. Itulah sebabnya kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan lalui sekarang.

Bersyukur lah

Bersyukur tu buat kita lagi bahagia sebenarnya. Bahagia pula terletak pada hati. Nak bahagia jangan tengok apa yang orang lain ada bak kata Ustaz Syamsul Debat. Jangan ada penyakit hati atau krisis hati yang buat kan kita dengki dan tak bersyukur.

Dengar ceramah ni secara tak lansung ingatkan kita, muhasabah diri dan memperbaiki diri. Suka dengar ceramah Ustaz Syamsul Debat dan Ustaz Khairi Abdullah. Sorang nismilan sorang utagha. 

Sampai dah boleh hafal apa yang nak disampaikan sebab content dia lebih kurang sama dan berulang je. Tapi okaylah untuk santapan halwa telinga kita dengar majlis ilmu ni.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Fikir dan doa yang baik baik je lah. Mungkin masa ni belum sesuai lagi untuk ada anak. Mungkin Allah kata masa ni untuk Fiza dah suami boleh uruskan hal mak mak kami dan abah lebih mudah sementara masih belum ada anak lagi ni.

Doa kan juga untuk kami. Mana tahu berkat doa dari orang lain juga, merasalah kami dapat jadi parents sekiranya dipanjangkan lagi usia kami. Mana tahu hikmahnya nanti dapat anak kembar sekaligus terus ramai. Tak salah bermimpi di siang hari pun. Allah maha mendengar. Berusaha dan berdoalah.

Fiza pun doakan semoga Allah berikan juga rezeki anak pada mereka yang masih belum punyai anak. Aaminnn...

Penat dah bersedih. Kadang nasihat orang pandai. Diri sendiri belum tentu kuat. So far dah 7 tahun ni kira berjaya juga melawan segala kata-kata yang tak sedap di dengar tu. 

Semoga dijauhi dengan manusia yang dengki dan busuk hati. Dah tahu dah kahwin lama, saja nak tanya soalan tu. Yang tu memang saja cari pasal. Dia pula yang tak senang hati tengok kita tak ada anak. Macam bila ada anak, anak kita dia kena jaga agaknya. Kan!

Paling faham makcik makcik bawang. Dah itu kerja mereka...

Fuh, sekali Fiza dah berbebel. Terus panjang karangan hari ni. Bukan selalu nak bebel pasal ni. Bagi peluang setahun sekali bercerita. Harap tahun depan tak bebel macam ni lagilah kan.

Simple Celebration Wedding Anniversary

Ikutkan plan nak bercuti tapi masa tak mengizinkan. Tunggu lah nanti masa yang sesuai untuk bercuti. Dapat bercuti sehari pun jadi lah. Simple celebration je lah untuk tahun ni. 

Petite Korean Cake

Petite Korean Cake-Red Velvet

Smooky Chicken Grill

Tauhu Begedil

Beli kek petite korean cake, comel betul kek korea ni. Simple topping dan saiz kecil sesuailah untuk celebration berdua. Order sekali Smooky Chicken Grill, Tauhu begedil dan sardine puff (lupa nak ambil gambar). Semua ni order kat @theadmirebynaj.

Alhamdulillah...




25 comments:

  1. Memang menarik mata lihat kek itu.
    Boleh doakan secara jauh untuk Fiza diberi peluang untuk mendapat anak. Insya Allah.
    Saya pula belum berkahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya kak.

      Fiza doakan akak dipercepatkan bertemu jodoh yang terbaik. Aaminnn

      Delete
  2. Alhamdulllah! Happy anniversary.
    Tauhu bergedils look so yummy!

    ReplyDelete
  3. Amin fiza..terima kasih doakan :) shida pun sentiasa doakan untuk fiza dan husben ya.. ya fiza..kena sentiasa positif..Inshaa Allah satu hari nnti..
    mungkin takde lh rezki anak..tp rezki selalu bermadu kasih dgn suami Allah swt bagi dulu kan :)Apa2 pun shida berdoa selalu..Allah smpaikan hajat fiza dan suami :) AMIN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin..moga ada rezeki buat kita nanti.

      Delete
  4. Happy anniversary Fiza & suami..

    ReplyDelete
  5. Happy anniversary kak fiza. InsyaAllah suatu hari nanti akan ada rezeki buat kak fiza dan suami.

    ReplyDelete
  6. Happy anniversary perkahwinan tahun ke-7!!! Moga berkekalan hingga ke akhirnya.. dan Cik TK doakan lepas ni ada rezeki dapat anak.. dapat kembar terus sepasang mesti best kan...jangan berhenti berdoa dan berikhtiar.. tak perlu pedulikan apa orang nak kata. Sebabnya mereka bukan ada di tempat kita. Mereka tak rasa pun apa kita rasa. Yang penting kita gembira dan bersyukur dengan hidup kita sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin
      Terima kasih atas doanya dan kata kata tu. Really appreciate :)

      Delete
  7. hepi annebeseri fiza..cik nor doakan yang baik2 sahaja utk fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapan dan doannya kak Nor. Semoga Allah balas dengan segala kebaikan juga. Aaminn

      Delete
  8. Happy anniversary buat fizah dan suami yang ke 7 tahun! Alhamdulillah. Dapat mengharungi semua pahit manis dalam perkahwinan bersama. InsyaAllah, rezeki anak tu Allah akan bagi bila dah tiba masanya.

    Semoga terus kekal bercinta sehingga ke syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Terima kasih atas doanya kak.

      Delete
  9. Fiza, positif sahaja. Allah beri apa yang sesuai dgn kita, masa ni lah Allah beri masa yang banyak untuk bangun tahajjud, untuk puasa untuk segala sagalnay dengan pasangan. Jika ada anak ramai mcm UN ni , lain pula...maka syukuri apa sahaja nikmat Allah bagi..perancangan Allah swt itulah yang terbaik disisinya untuk kita. Happy anniversary dear Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..semoga kuat semangatnya. betul, perancangan Allah adalah yang terbaik untuk setiap hambaNya.
      Terima kasih kak

      Delete
  10. happy anniversary yg ke 7...insya allah rezeki tu pasti akan ada utk kita...cpt dan lmbt adalah urusan Dia...yg penting kita tak berhenti berharap kepadaNya

    wahhh siap ada kek tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Anies. Aamiin ya rabbal 'alamin.

      simple celebration. Alhamdulillah.

      Delete
  11. Happy Anniversary Fiza dan suami 💕

    Fiza 7thn menanti, akak hampir 18thn tau. Hehe
    Setiap manusia ada rezeki dan takdir berbeza. Yang sama cuma tujuan hidup kita - menuju akhirat.
    Walaupun masih belum ada anak, akak bersyukur Allah beri suami yang baik dan membahagiakan. Apa lagi yang kita mahu dalam hidup...kalau bukan rasa tenang dan bahagia di hati.

    Apa2 pun..sedap2 sungguh makanan Fiza tayang tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.
      Allahuakbar. Ye kak, betul. Rezeki masing-masing.
      Alhamdulillah, Allah berikan suami yang membahagiakan :)

      Delete
  12. selamat ulangtahun perkahwinan....keep positif....ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...

    ReplyDelete
  13. Happy Anniversary! Till Jannah!! Yes, bersyukurlah... Moga tenang hati menghadapi segalanyaaa... Moga dilimpahkan rezeki anak buat akak dan suami... Sekurangnya.. dah bersuami.. dan masing masing setia antara satu sama lain... Ada orang siap beranak pinak.. tapi kemudian cerai berai... Lain nasib memasing... tetap bersyukur.. Kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.