Header Ads

Latest Update
recent

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah. Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah

1 Muharram 1442H, 20 Ogos 2020. Jadi hari Khamis adalah cuti umum seluruh Malaysia. Tahun ni tema Maal Hijrah bertemakan "Negara Rabbani Negara Harmoni". Jangan lupa kita baca sama-sama doa awal tahun dan akhir tahun. 

Doa ni tidaklah wajib. Tapi lebih baik sekiranya kita amalkan. Jom kita!

Doa Akhir Tahun 1441H

Doa akhir tahun di baca 3 kali selepas waktu asar sehingga sebelum waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada hari ni (29 Zulhijjah) 19 Ogos 2020. 

Doa Akhir Tahun Hijrah


Maksudnya :
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-Mu.

Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku.

Apa jua perkara yang telah aku lakukan di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku.

Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, perkenankanlah.

Doa Awal Tahun 1442H (Awal Muharram)

Doa awal tahun pula dibaca 3 kali selepas waktu maghrib pada 1 Muharram, 19 Ogos 2020. 

Doa Awal Tahun

Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah.

Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami.

Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.

Rujukan : akuislam.com

Satu Muharram detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah. Masih ingat kah lagi lirik lagu ni? Lagu yang biasa kita nyanyikan masa di sekolah bila tahun baru hijrah. Semangat betul nyanyi lagu tu zaman sekolah dulu. Kalau lupa, ingat kembali dan marilah kita semangat menyambut tahun dan mengingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW.

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Ulang Chorus
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Ulang Chorus 2X
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

Awal Muharram/Maal Hijrah/ Tahun baru

Awal Muharaam/Maal Hijrah/ Tahun baru Islam adalah hari yang sangat bermakna dan penting bagi semua umat Islam. 

Hari dimana berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Tahun tersebut dikira sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.


Koleksi Ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah Tahun Baru Islam 1442H

Tiada Kata Yang Seindah Lantunan Syair,
Tiada Mutiara Yang Secantik Bidadari,
Tapi Hari Ini Lebih Dari Hari Sebelumnya,
Kerana Tak Lama Lagi Kita Akan Melewati Detik Pergantian,
Yang Sama-Sama Di Tunggu Oleh Seluruh Umat Islam Di Dunia,
Hanya Satu Yang Dapat Aku Lakukan Dan Berkata,
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442!

Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.

Detik, Demi Detik,
Hari Demi Hari,
Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,
Suka Duka.. Menjadi Warna Nyata Dalam Hidup Kita,
Tapi Biarkan Semua Menjadi Kenangan Yang Terpahat,
Kini Tahun Baru Islam Telah Mendatangi Kita,
Tibanya Kita Memperbaiki Kegagalan Menjadi Kejayaan,
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Kita Buka Lembar Kisah Baru Dengan Semangat Dan Keceriaan,
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442.

Umat Islam melakar penghijrahan,
Hijrah lambang perpaduan ummah,
Bersatu hati membentuk perpaduan,

Ucapkan Selamat Tinggal Pada 1441H Dan Selamat Datang 1442H.
Semoga Tahun Hijrah Ini Jauh Lebih Baik Dari Tahun Lalu,
Dan Harapan Bahawa Kita Selalu Menjadi Teman Yang Baik,
Salam Maal Hijrah 1442H.

Menjelma lagi Tahun Baru,
Penyatuan Ummah jiwa raga.
Muharam membuka lembaran baru,
Tingkatkan amalan menuju Syurga.

Harapan Tahun Baru Hijrah Ini Kita Akan Memiliki Visi Baru,
Misi baru,
Hidup Baru,
Penghijrahan Baru Yang Akan Lebih Baik Dari Penghijrahan Sebelumnya,
Salam Maal Hijrah Semua!

Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.

Semoga Damai Dan Kasih Allah Mengisi Setiap Hari Dalam Hidupmu,
Harap Anda Dan Keluarga Selamat Dan Bahagia,
Selamat Tahun Baru Islam, Maal Hijrah 1442.

Burung murai hinggap di dahan,
Mencari makan untuk bekalan,
Hayati Hijrah dengan kesungguhan,
Penuh dengan lambang pengorbanan.

Jiwa Akan Sepi Tanpa Teman,
Hati Akan Mati Tanpa Iman,
Hari Ini Adalah Kenyataan,
Semalam Adalah Kenangan,
Esok Adalah Impian,
Jadi, Sucikan Hati,
Jernihkan Fikiran,
Sambutlah Maal Hijrah Dengan Keazaman Baharu.

Memburu rusa di dalam rimba,
Rehat sebentar di Pokok Sena,
Awal Muharam telah tiba,
Moga hijrah lebih bermakna.

Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi.
Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT bukan mudah, namun tidak harus menyerah kalah dan lelah.Hijrah daripada kebatilan kepada kebenaran.
Hijrah daripada kegelapan kepada cahaya.
Hijrah daripada penindasan kepada keadilan.
Hijrah daripada perpecahan kepada kesatuan.

Waktu Terus Berlalu, Lembaran Demi Lembaran Telah Dilalui,
Coretan Demi Coretan Telah Memenuhi,
Kadang Tak Bererti, Kadang Tanpa Makna, Atau Hanya Sedikit Makna
Semoga Di tahun Ini Setiap Lembaran Memiliki Makna, Setiap Lembaran Bermanfaat,
Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga Lebih Berjaya!

Kini tiba bulan Muharram 1442 Hijrah,
Semoga dapat menyinari hidup kita,
Dengan memperbaiki diri.
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT,
Jadikan tahun depan ini lebih baik dari tahun lalu.
Salam Maal Hijrah 1442, Selamat Tahun Baru Islam.

sumber : infosentral.my

33 comments:

  1. Syukran for the two doa..semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya..

    ReplyDelete
  2. Semoga tahun baru ni negara kita terhindar dari sebarang bahaya dan malapetaka. Jauh kan lah dari virus dan penyakit yang merbahaya.. Amiin..

    ReplyDelete
  3. Selamat Menyambut Awal Muharram.. semoga di tahun baru ini kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya...

    ReplyDelete
  4. Salam Mahal Hijrah untuk Fiza. Harap murah rezeki Fiza. Moga kita diampunkan dosa.

    ReplyDelete
  5. semoga lebih b'semangat, dimurahkan rezeki & semakin bahagia di tahun baru..

    ReplyDelete
  6. salam maal hijrah kfiza n happy weekend^^

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...terima kasih fizah sharing..akak hari tu tadah tangan ikut bacaan dalam tv..hahaha..sabor je la..

    ReplyDelete
  8. Salam tahun baru Hijrah 1442.... semoga lbh byk rezeki melimpah utk kita di tahun baru ini...aminnn

    ReplyDelete
  9. Nak berhijrah tu senang.. tapi untuk kekal dalam penghijrahan tu.. memang agak hard sikit... Moga istiqamah terus.. dalam apa jua penghijrahan ke arah kebaikan yang dilakukan.. Niat dan laksanakan sebaiknya.. InshaAllah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.