Mee Kari Masak Cara Fiza

Friday, August 11, 2017

Rasanya macam dah boleh tukar niche blog dah ni kepada blog masakan sebab asyik keluar gambar makanan je. Tapi tak mampu nak stick pada satu niche je sebab bukan pandai masak pun cuma terlebih rajin je nak mencuba je. Tapi cara masak ikut cara Fiza sendiri.

Bila rasa nak makan sesuatu tapi tak cukup bahan, tetap teruskan memasak. Janji boleh rasa seakan-akan walaupun tak sempurna. Hari ni tiba-tiba terasa nak makan mee kari. Check stok bahan-bahan yang ada kira-kira macam boleh buat mee kari je. Okay, jadi teruskan misi masak mee kari dengan menggunakan resepi mee kari yang Fiza pernah buat sebelum ni. Bahan yang takde cuma kerang, tauhu dan bawang goreng malas nak buat.

Mee Kari Masak Cara Fiza

Bahan-Bahan Mee Kari

2 biji bawang besar *kisar
3 ulas bawang putih *kisar
udang kering *kisar
ikan bilis *kisar
1 inci halia *kisar
1 batang serai *diketuk
Rempah 3 sekawan (bunga lawang, cengkih dan kayu manis)
2 tangkai daun kari
6 sudu besar serbuk kari
2 sudu cili kisar ( cili kering+bawang putih)
1 sudu serbuk cili
1 sudu gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1 kotak santan
Minyak masak
1 biji kentang ( 1/2 di potong, 1/2 di kisar)
1 paket fishball
1 paket fishball cakes/ fishcakes
Potongan ayam
Udang segar
Sawi
Taugeh
Mee Kuning
Telur rebus


Cara Masak Kuah Kari

1. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis bahan kisar.
2. Setelah naik bau dan sedikit garing, masukkan rempah 3 sekawan, di ikuti dengan serai yang telah di ketuk/dititik dan daun kari.
3. Masukkan cili kisar
4. Setelah agak garing, masukkan potongan ayam dan biarkan seketika.
5. Masukkan rempah kari, serbuk cili, air secukupnya dan santan. Nak pekatkan lagi kuah seeloknya tambah ubi keledek yang telah di lenyek. Disebabkan takde, jadi Fiza gantikan dengan kentang. Untuk cepat masak, kentang tu Fiza kisar dulu dan baru masukkan dalam kuah kari. Nak rebus dulu dan lenyek dulu pun boleh.
6. Masukkan kentang yang telah di potong kecil, fishball, fishcakes, garam dan juga gula. Kacau sehingga mesra semua bahan dalam periuk. Yang penting, kentang tu empuk ye.
7. Akhir sekali baru masukkan udang dan biarkan masak. Fiza suka masukkan udang lambat sikit sebab tak suka udang terlebih masak nanti isinya tak lembut. Dah masukkan udang biarkan masak seketika. Rasa kuah dahulu, kemudian kalau kurang rasa boleh tambah garam. Kalau kurang rasa kari tambah serbuk kari.

Untuk sawi tu kau orang masak dengan cara merebus dengan air sahaja, kemudian angkat dan toskan. Ada orang suka tambah minyak sikit ketika merebus. Fiza rebus dengan air sahaja. Taugeh pula hanya perlu celur seketika dengan air panas. Biasanya memang tak campur masak dengan kuah untuk elakkan kuah cepat basi. Kalau ada kerang pun asingkan juga. Nak makan baru letak dalam mangkuk.

Nak lagi sedap, tambahkan telur rebus dalam hidangan. Mee kuning pula pastikan celur dulu dengan air panas untuk hilangkan rasa kapur tu. Kalau tak, tak sedap makan. Lagipun kebersihan lebih terjamin jika basuh dulu kan.

Berkat kegigihan, kerajinan dan masak cara Fiza, jadilah mee kari janji boleh makan ni.
With Love,
image

11 comments

  1. MashaAllah! Terus tekak ni rasa nak makan mee kari macam ni. Banyak isi, ada telur seketul! Perghhhhh

    ReplyDelete
  2. Sedapnya mee kari...lamanya x makan mee kari air tangan mak akak

    ReplyDelete
  3. Sedapnya . Lama pulak tak makan mee kari ni . Kalau buat sendiri lebih sedap, bahan bahan pun boleh letak banyak

    ReplyDelete
  4. sedapnya! terliur pulak malam malam nie hehe

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/08/kebaikan-keburukan-pembelian-online.html

    ReplyDelete
  5. Lapar terus tengok haa. Mee kari sedap!

    ReplyDelete
  6. akak pun kalau masak mee kari udang letak last sekali..dalam 4-5 minit terus tutup api..tak mau udang tu jadi kecut sangat..

    ReplyDelete
  7. Rajin fiza masak mee kari..Akak kalau masakan renyah mcm ni memg malas

    ReplyDelete
  8. mee kari ni fav dari kecik tapi susah nak cari dekat kedai yang betul2 sedap.

    p/s : Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

    ReplyDelete
  9. eh cam tau tau je uyul pn macam nak masak mee kari. senang je rupanya kan. haaa nanti refer kak fiza punya resepi.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  10. sedapnya mee kari. lama Qekra tak masak mee kari.

    ReplyDelete

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu