Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Resepi Ayam Black Pepper Mudah Masak Cara Fiza

Resepi Ayam Black Pepper Mudah Masak Cara Fiza | Masak apa hari pertama berbuka puasa? Baru nak berlari berkejaran update menu berbuka puasa dalam blog. Hari-hari update kat media sosial je. Macam biasa, Fiza dan husband dah biasa dengan hidangan simple-simple je waktu berbuka. Tak ada menu sampingan kuih muih atau menu tambahan melainkan menu utama, sayur dan juga kurma. Simple bukan? Berdua je pun. Nak masak banyak-banyak siapa pulak yang nak makan nanti.

Cuma bila lapar lepas terawih tu barulah akan masak kuih atau hidangan lain. Sejenis yang suka makan masakan panas. Baru selera makan. Berpuasa dalam tempoh PKP ni takde lah nak terkejar kejar hal lain. Masak untuk berbuka pun satu jam sebelum atau setengah jam sebelum kalau masak simple-simple lah. Baru sedap makan makanan yang masih panas. Menu Berbuka 1 Ramadhan Fiza adalah Ayam Black Pepper Masak Cara Fiza dan salad. Senang tak payah masak sayur dah.

Resepi Ayam Black Pepper Mudah Masak Cara Fiza

Bahan-bahan
Ayam potong kecil (nak cepat masak)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang cili api
1 sudu besar black pepper
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Minyak masak untuk menggoreng
Garam
Serbuk Kunyit
Tomato 1 biji

Cara Masak Ayam Black Pepper
Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sampai masak. Bila dah masak tu, keluarkan minyak goreng tu. Masukkan black pepper, bawang putih, bawang besar, cili api yang telah dipotong-potong. Bila bawang semua dah layu, masukkan sos tiram dan juga kicap.

Kalau ada tomato, potong 4 dan masuk last sekali sebab tak nak tomato layu. Kalau tak ada, tak letak pun takpe. Gaul rata dah siap. Jangan letak garam lagi ye sebab menggoreng tadi dah letak garam dan dah letak sos tiram juga kicap. Dah cukup perasa dah tu.

Kalau guna isi ayam bahagian dada tu lagilah cepat masak dan tak perlu guna minyak banyak kalau guna non stick pan. Tapi kalau masak potongan ayam dari semua bahagian ayam, minyak kena lebih sikit lah baru masak sekata. Okay, done menu berbuka hari pertama Ramadhan. Kalau tak ada idea nak masak apa, boleh lah masak menu ayam black pepper ni.

Post a Comment

17 Comments

  1. Memang ringkas menu Fiza. Saya pun tak suka banyak lauk atau banyak makanan sampingan lain. Nanti tamak nak makan macam-macam. Lepas tu senak perut masa solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Hidangan yang ada ni pun boleh buat kenyang sampai tengah malam.

      Delete
  2. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa
    Sedap juadahnya

    ReplyDelete
  3. buleh wat lauk sahur jugak nih. simple & sedap.

    ReplyDelete
  4. eh eh ada gak masak yang ni hari tu untuk berbuka..tapi belum masuk blog lagi..hihu

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah., sedap ayam black pepper

    ReplyDelete
  6. Bahagian ada ayam cepat masak.. dan bagus untuk kesihatan jugak..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.