Jalan-Jalan di Pantai Puteri, Melaka

Dah siap bersantai dan bungkus coconut shake di Pantai Klebang, kami orang pergi jalan-jalan di Pantai Puteri pula. Tak puas nak hadap laut agaknya. Kes jakun sebab rumah jauh dari pantai. 

Jakun tu dah jadi kebiasaan sebab tu kalau dah alang-alang singgah wajib jelajah tempat yang jarang pergi. Ambil masa lebih kurang setengah jam nak sampai ke Pantai Puteri ni. Macam biasa pakcik guna perkhidmatan pakcik waze je dah sampai dengan jayanya.

Di Pantai Puteri Melaka ni lagi meriahnya rupanya. Tengahari buta ramai betul berkelah dan bersantai di sini. Budak-budak pun semangat betul mandi air laut walaupun tengah panas. "Akak yang naik risau dik tengok korang-korang mandi waktu panas ni". Sesekali bercuti dapat mandi air laut kan. Siapa je yang tak teruja macam tu. 

Pantai Puteri ni sangat luas, parking kereta pun banyak. Ada kerusi untuk duduk, ada tempat alas untuk pasang khemah dan juga ada tandas awam. Bagus ada kemudahan semua ni. Sekurang-kurangnya orang dewasa ada peluang nak mandi sebab ada tandas untuk tukar baju. 

Sama macam Pantai Klebang juga. Pantai Puteri ada banyak pokok Rhu. Orang kata Pantai Puteri ni acah-acah macam Nami Islad Korea dalam cerita winter sonata tu. " Entahlah dik, akak tengok biasa je". Kaedahnya, kena betul-betul ambil gambar tengah-tengah laluan pokok rhu baru nampak macam Nami Island kot.

Nampak tak betapa luasnya pantai ni, bersih pun bersih. Kalau ramai-ramai datang sini tak nampak sesak sangat pun. Untunglah orang Melaka ada tempat menarik macam ni. Seronok rasanya dapat menikmati permandangan laut yang indah ni. Kaum cina dan india pun ramai bersantai di sini. 


Walaupun dah ramai-ramai datang dan berkelah di sini. Kebersihan pantai terjaga. Tong sampah dah disediakan. Kalau tak pandai guna, tak tahulah nak kata apa dah. Dua ibu  jari untuk mereka yang menjaga kebersihan Pantai Puteri ni. Barulah nampak cantik bila kebersihan di jaga bersama.



Disebabkan di sini lebih banyak Pokok Rhu yang dah besar tinggi. Makanya di sini lebih menjadi tumpuan orang ramai untuk datang di sini sebab tak perlu risau soal panas. Bawah Rhu yang redup sangat sesuai untuk dijadikan tapak tempat berkelah bersama keluarga. 

Seronok kan! Jadi, kalau datang melaka, abadikan kenangan bersama berkelah disini. Bukan selalu dapat berkumpul bersama dan berkelah bersama. Percuma je!

9 comments:

  1. Kebersihan adalah masalah utama kan... kadang-kadang terpijak botol kaca lah kalau pergi pantai... kalau bersih, pelancong akan beri feedback yang bagus untuk orang lain...

    ReplyDelete
  2. sesekali dapat lepak pantai pun dah best ni fiza

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  3. sabtu lepas nieyl pun lepak dekat pantai puteri...:)

    ReplyDelete
  4. Nampak redup sikit dekat sini berbanding Klebang. Next time boleh lah pergi

    ReplyDelete
  5. Kampung saya dekat area situ. Kalau free, mesti singgah pantai. Best tengok laut semua tu 😊

    ReplyDelete
  6. Wahh pantai pun nampk bersih, selesa mata mmandang =D

    ReplyDelete
  7. Cantik pantai tue, sekali sekala dapat berkelah bersama keluarga dan sahabat tentu seronok..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.