Responsive Ad Slot

Slider

Bersantai di Pantai Klebang, Melaka

pantai klebang melaka tempat menarik di klebang melaka hotel di pantai klebang melaka pantai klebang melaka waktu malam makan sedap pantai klebang
Kalau datang melaka, dah tak tahu nak pergi mana dah sebab semua tempat macam dah pergi. Padahal ada je tempat-tempat baru yang menarik belum dijelajahi lagi. Mungkin di sebabkan kedatangan tak di rancang dan last mini datang Melaka, memang tak dapat nak rancang nak kemana. 

Datang ke Melaka sebab menghantar anak buah daftar UiTM Bandaraya Melaka sambung ijazah. Alang-alang dah sampai Melaka tu, tak kan nak datang saja-saja je kan. Haruslah kena jalan-jalan di tempat-tempat menarik di Melaka ni.

Mulanya bercadang nak ke Pantai Puteri tapi tersinggah pula di Pantai Klebang, Melaka. Masa sampai sini dalam waktu tengahari. Cuaca memang panas terik dan tak rasa pun pantai tempat yang sesuai untuk di singgah pada waktu panas terik ni. 

Sepanjang melalui pantai Klebang, ramai pula yang duduk bersantai di tepi Pantai Klebang. Tak panas ke agaknya ye?

Nampak macam meriah je, macam menarik je terus berhenti singgah dan keluar menikmati angin pantai. Cuaca je panas tapi bila angin bertiup tak rasa panas pun. Tak hairanlah ramai keluarga datang bawa anak-anak berkelah di sini walaupun cuaca tengah panas ni. Biasanya dah petang-petang baru ramai yang datang.

Selain aktiviti berkelah, anak-anak boleh bersuka ria main layang-layang di sini. Seronok pula tengok budak-budak kecil main layang-layang sampai tak kisah dengan cuaca panas. 

Sepanjang pantai ni ada macam-macam gerai jualan makanan, minuman dan permainan. Masa saya sampai, tak banyak lagi kedai buka. Mungkin dah petang nanti baru lagi meriah kedai buka. Kalau korang tak bawa tikar berkelah tu, boleh je duduk bersantai di tepi tembok ni.  Tempat parking kereta pun banyak


Aktiviti wajib kalau dah sampai di Pantai Klebang Melaka ni wajib ambil gambar sebab permandangan kat sini sangat cantik. Walaupun panas terik, sanggup je tahan semata-mata untuk ambil gambar. 

Tengok tu permandangan laut yang sangat cantik. Disebabkan cuaca panas, setakat di pantai je mampu nak pergi. Nak pergi main air laut, jangan haraplah.

Disebabkan ada Pokok Rhu ni lah Pantai Klebang ni jadi lebih cantik, menarik dan dijadikan tempat untuk berteduh. Kalau tak, memang panas tepi pantai ni. Jadi, kalau dah tersinggah ke Melaka tu boleh bersantai di Pantai Klebang sebelum balik. 

Percuma je pun tapi pastikan sediakan duit juga sebab sepanjang pantai ni banyak gerai jualan. Tak kan nak tengok je kan. Sekurang-kurangnya pekena coconut shake Pantai Klebang satu. Lagi-lagi datang masa cuaca tengah panas. 

Sejukkan tekak dengan coconut shake mesti nyaman rasa. Nak datang sini google waze je senang.

Selamat bersantai!

19
( Hide )
  1. Pernah jugak pergi sana. tapi tak sempat nak bergambar sebab dah lewat. Pegi pekena char kuey teow dgn coconut shake kat sana je. Hehe

    ReplyDelete
  2. Pantai Klebang cantik cuma panas sangat! Hii. Tengok sunset kat sini cantik 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tempat teduh kurang panasnya. tapi tak sempat la kali ni nak tengok sunset. next time maybe :)

      Delete
  3. tempat lepak akak bila balik melaka..pegi malam lagi best..hehe

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bestnya..malam ada ape je kak? nanti boleh lepak malam kalau singgah lagi :)

      Delete
  4. Saya pernah pergi sana juga, best juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, sekadar singgah pun seronok juga menikmati permandangan cantik tepi pantai

      Delete
  5. selalu ke sini waktu mlm je, fiza.
    aida x pernah gi time siang, panas !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nak pergi waktu malam kak..waktu siang je sempat pergi..hehe..takpe, next time kalau ada rezeki datang sini waktu malam pulak :)

      Delete
  6. Seronok kalau pergi sini petang petang :)

    ReplyDelete
  7. sukanya busyra p pantai.. tapi busyra belum smpai ke klebang lg.. hehe

    ReplyDelete
  8. cntk, ssuai juga utk photoshoot kan =D

    ReplyDelete
  9. okayyy esok nak pergi melaka. rinduuu melaka.. hehehe

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu