Alhamdulillah. Majlis Pernikahan adik ipar Amy & wanee berlansung dengan lancar pada 25.02.17 di Perlis. Kita throwback je la cerita beberapa hari lepas ye. Nak update terus tak terlarat rasanya selepas melalui perjalanan yang jauh dari selatan ke utara. Majlis pernikahan di jadualkan berlansung pada pukul 10 pagi di Masjid berdekatan rumah pengantin perempuan.
Seawal pagi pukul 9 lebih semua saudara mara dah berkumpul di masjid. Sebelum pernikahan berlansung macam biasalah layan bergambar je kat luar masjid.
Majlis pernikahan yang ringkas je. Takde hantaran bagai. Permintaan keluarga pengantin perempuan buat ringkas-ringkas. Takde hantaran bagai cuma mas kahwin dan jam tangan sebagai pengganti gelang atau cincin untuk acara batal air sembahyang. Dah biasa sangat dengan emas bagai, jam tangan pun boleh.
Bakal pengantin confirm nervous nak menghadap tok kadi. Tiada apa yang boleh diucapkan selain Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, sah lah mereka menjadi pasangan suami isteri. Fuhh..mesti pengantin lega sebab tok kadi takde nak tanya soalan bagai. Jenuh juga layan tok kadi kalau jenis yang suka bertanya buat pengantin nervous je.
Pemberian mas kahwin untuk pengantin perempuan.
Selamat sudah jam tangan G-Shock dan Baby-G disarungkan.
Wajib ada family potret. Kalau amek sendiri confirmlah tak berapa proper. Kena tengok gambar dari official photographer baru lebih proper dan cantik.
Tema baju family tak dirancang. Kebetulan pakai pink sebab pengantin tema pink belacan ( dusty pink).
Sekejap je majlis pernikahan adik ipar. Pukul 10 lebih dah settle semuanya. Kemudian, kami semua berangkat ke rumah pengantin perempuan untuk makan lauk kenduri lah apa lagi. Tahniah untuk adik ipar dan isteri. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Lepas ni majlis sebelah lelaki pula, bakal kembali sibuk dan bercuti lagi untuk buat persiapan majlis hari sabtu ni. Harap-harap cuaca baik-baik je dan majlis berjalan dengan lancar. Aaminn. Majlis sebelah lelaki buat doa selamat dan juga majlis kenduri simple je. Tak sabar pula nak makan nasi minyak kenduri kahwin.
wow meriahnya
ReplyDeletetahniah pengantin
Terima kasih (wakil dari pengantin) :)
Deletecantik warna baju tu...
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteTahniah pengantin 😊
ReplyDeleteTerima kasih (wakil pengantin)
Deletealhamdulillah, ringkas sbnr nya lagi mmudahkan kdua belah pihak kan =) yg penting kedua pgantin selamat di satukan.
ReplyDelete