Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Bersantai di Mono Cafe Segamat


Dari hari pertama beraya sampai raya ketiga perut tak bekerjasama dengan baik. Selain sakit perut setiap bulan tu tambah pulak dengan perut terkejut makan macam-macam, jadinya sakit perut sakit lain macam raya tu. Berulang kali juga masuk toilet. Grrr...berkurang mood raya tapi masih gigih juga nak makan macam-macam.

Raya keempat tak beraya ke mana, perut pun dah okay. Raya kelima mula beraya semula menghabiskan cuti raya. Bila dah bosan dengan juadah raya, mencari-cari cafe di area Segamat. Jalan punya jalan, Mono cafe jadi tempat kamiorang bersantai sebab cafe lain masih tutup. Masih bercuti raya mungkin.

Dah jemu hadap menu raya, so pilihan Fiza adalah menu western. Macam biasa makanan kegemaran Fiza Fish & Chips. Tapi fish dia cenonet je. Tak puas makan! Tapi sos mustard dia sedap. Air pulak Fiza order 3 layer coffee. Tak nampak 3 layer dah sebab dah kacau.


Kegemaran husband pula Chicken Chop. Ayam dia sedap tapi sos blackpepper tak cukup untuk dia. Kuikuikui.. Air ice lemon tea kaw pekat gila. Bila minum hujung-hujung rasa tu memang melekat kat tekak. Kalau manis sikit mungkin okay kot.



Anak buah Fiza order yee mee sup. Sup dia sedap walaupun hanya plain soup je.  Dan order latte macchiato.

Untuk kesemuanya RM47.++.Setiap menu harganya macam harga standard biasa menu western. Kira okaylah harga yang berpatutan nak layan western sekali sekala. Cafe ni pun besar, sangat selesa, bersih dan kemas. Nak lepak lama pun takde hal. Fiza suka dengan decoration cafe ni. Semuanya unik! Service pun okay.



MONO CAFE SEGAMAT

Lokasi : 18,Ground Floor,Jln Utama 1/8,Tmn Utama,85000 Segamat , Johor.

Post a Comment

3 Comments

  1. lama tak pekena western food..
    huih!!sabar je la..tengah diet ni..hehe

    ReplyDelete
  2. wah..best ek...sekali sekala bila lepas raya ni...nak juga pekena makan kat cafe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.