Header Ads

Latest Update
recent

Design logo Asywana & AW



Lepas habis cuti raya, terus sambung kembali kerja design. Lepas raya, masing-masing pakat tempah design. Jadinya kena meroket la buat kerja. Nanti lambat sikit kena maki pulak dengan customer kan. Bulan puasa hari tu memang berbakul-bakul kena maki dengan customer sebab lambat. Nasib badan. Patutnya bulan puasa banyakkan bersabar. Ini tak, lain pula jadinya. Takpelah, dah mereka nak marah. Tak kan nak halang kan. Sekarang ni kalau betul atau salah, kes boleh tersebar dengan print screen je. Lepas tu viral. Senang betul nak lingkupkan bisnes orang.

Tak nak jadi macam tu kan. Jadinya kalau salah, mintak maaf dan cakap yang baik-baik je. Berniaga ni memang kena hadap bermacam-macam ragam customer. Kalau jiwa tak kental, memang menangis hari-hari hadap makian customer. Phew! Lupakan pasal tu, focus pada kerja yang sedia ada.

Fiza bersyukur kalau dapat customer yang bersabar tunggu design siap. Ye lah kan, kadang-kadang terpaksa delay kalau ada emergency ke terpaksa tinggalkan kerja sekejap. Dan paling seronok kalau dapat customer yang senang nak deal, yang berikan kerjasama dengan baik. Salah seorang customer yang Fiza senang bekerjasama untuk design logo Asywana Legacy dan AW Legacy.

Design untuk logo Asywana Legacy Fiza gunakan font yang agak fancy dan legacy gunakan font yang biasa tapi tambah line sikit bagi nampak lebih menarik. Warna tema gold dan purple macam safi rania katanya.


Untuk logo AW ni customer request nak buat style macam ni. Simple dan menarik. Masih lagi mengekalkan warna tema yang sama.


Terima kasih order!

1 comment:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.