Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Eid Mubarak



Kalau  kecil-kecil dulu malam nak raya dah terpacak depan TV sebab nak dengar pengumuman raya. Seronok kemain kalau diumumkan esok raya. Budak -budak mana yang tak seronok nak sambut raya. Semua dah target nak pakai baju raya baru, nak kumpul duit raya banyak-banyak dan paling tak sabar nak makan waktu siang. Kenangan betul masa budak-budak ni kan.

Dah besar ni seronok nak sambut raya tu lain pula. Yang bujang, seronok balik beraya di kampung. Yang dah berkahwin, seronok sambut beraya di kampung sendiri dan kampung pasangan. Yang dah ada anak seronok menyiapkan persiapan raya untuk anak-anak. Masing-masing mempunyai kenikmatan dan keseronokan masing-masing. Bagi mereka yang telah kehilangan orang yang tersayang, jangan lupa ziarah pusara mereka.

Malam raya rasa syahdu mendengar takbir raya. Sedih, sayu, sebak dan gembira dalam satu masa mendengar alunan takbir. Kalau berkeseorangan  di perantauan dah sah-sah berjurai air mata kan. Kemudian disusuli pula dengan letupan mercun dan bunga api sana-sini. Awal-awal puasa pun dah kemain meriah lagi dorang main mercun dan bunga api. Inikan esok nak raya. Malam ni juga masa ni lah nak tukar langsir, nak tukar sarung kusyen baru, masukkan kuih dalam bekas kuih. Masing-masing ada tugas masing-masing. Meriah betul nak sambut raya sampai tak sedar dah nak pagi raya ralit dengan persiapan raya. Kan!


Kisah raya masing-masing ada kisah masing-masing. Ada duka dan ada gembira. Selamat Hari Raya untuk semua umat Islam. Maaf jika ada tersilap kata yang mengguris hati. Salam kosong-kosong ye. Happy Eid Mubarak. Semoga berbahagia dan bergembira bersama yang tersayang di Hari Raya Aidilfitri.

Macam biasa, raya pertama beraya di kampung husband di Kuala Pilah. Petang raya pertama terus balik kampung Fiza pula di Segamat. Nasiblah kampung dekat je. Jadi, tak perlu gaduh-gaduh manja nak balik mana kan. Boleh balik kedua-dua kampung dalam sehari. Korang balik kampung mana?

Post a Comment

6 Comments

  1. Selamat Hari Raya. Moga lebaran kali ini lebih bermakna :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, panjang lagi umur tahun ni dapat raikan Ramadhan & sambut Syawal.. Salam Eid Mubarak Fizah! :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.