Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Hard Stand Cover Untuk Smartphone Sony Xperia T2 Ultra

Hampir 2 tahun dah usia smartphone Sony Experia T2 Ultra ni. Sejak beli memang terus pakai cover yang jenis flip tu. Takut calar balar dan takut kalau jatuh terus pecah. Menangis tak berlagu lah jawabnya. Haruslah kena pakai cover. Cumanya cover yang dipakai sejak beli tu dah buruk. Jadi, kenalah tukar yang baru. Bila bukak cover tu handphone macam baru beli je. Almaklumlah di jaga dengan baik kan.

Dalam nak membeli yang baru tu punyalah susah. Pergi tanya semua kedai accesories handphone pun takde. Tahulah smartphone model lama. Langsung tak de cover/casing yang baru. Jenuh bertanya. Akhirnya tanya kat pakcik google je la. Cari punya cari dapatlah jumpa kat Lazada. Lebih banyak pilihan dan lebih murah. Rambang mata pulak nak pilih oii.

Selepas husband dok survey material, kualiti dan harga. Inilah design pilihan husband. Husband pilih warna hitam dan Fiza pilih merah (sebab pink takde). Klip Belakang ni boleh digunakan untuk stand smartphone.

Dari pandangan depan bila dah dipasang cover nampak smart pula. Tak dapat smartphone baru, dapat cover baru pun boleh. Handphone pun secara automatiknya nampak baru. Gitu! Sebenarnya dulu nak review pasal smartphone Sony Xperia T2 Ultra ni. Tapi disebabkan Fiza tak berapa nak explore handphone, jadi tak berapa nak rajin nak review. Apa yang Fiza boleh katakan selama 2 tahun guna ni so far takde masalah. Cuma masalah biasa yang pengguna lain hadapi juga iaitu masalah tak cukup space. Dengan pelbagai apps, gambar dan lagu. Jadinya, kena pandai manage isi-isi dalam smartphone tu. Kalau space sikit, makanya tak perlu nak beratkan dengan macam-macam apps.

Product details of Croco Hard Stand Cover for Sony Xperia T2 Ultra (Red)
  • This snap-on holster hard Soft case will protect your cell phone against dust and scratches.
  • This 2 piece tough, durable case molds perfectly to your phone shape without compromising usability.
  • This hard and soft kickstand snap-on case has a rotating belt clip, and a soft liner for added protection of your screen.
  • The cover is made from a lightweight tough strong high quality plastic gel silicon material which will help to keep your phone safe.
  • The material is hard wearing. It comes in smooth texture.
  • This will not only look good on your phone but will protect it. It simply clips on and off your phone and can be changed and used many times.
  • This case wills Style Extra your Phone.
  • Size (L x W x H) 9 x 1.1 x 17.1
  • Durable
  • Stylish
  • Handy
  • Hard casing
  • Protective
Kalau ada yang mencari cover untuk smartphone Sony Xperia T2 Ultra ni boleh survey kat Lazada sebab banyak pilihan sikit. Harga pun berpatutan untuk kualiti yang tahan lama dan design pun menarik.
Contoh penggunaan stand 

Post a Comment

3 Comments

  1. mmg elok cover mcm ni.. tahan lasak kan..

    ReplyDelete
  2. bagus ni,,kalau anak main dok hempas2 pun xdelah terbarai sangat

    ReplyDelete
  3. Wow! what I can say is you are one of the Sony monsters hahaha.. Nice sharing! I love to read all of your reviews!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.