Hai Julai

Friday, July 01, 2016


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan  Julai. Hai Julai! Dah masuk ke fasa setengah tahun lagi untuk tahun 2016. Macamana dengan azam-azam awal tahun dulu? Ada yang dah tercapai ke belum? Sempat lagi nak capai sebelum 2016 berakhir. InshaAllah dengan izin Allah.

Bulan Julai sangat bermakna untuk tahun ni. Selain menunaikan ibadah berpuasa di Bulan Ramadhan, semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri beberapa hari je lagi. Untuk raya tahun ni, kepelikan sikit sebab mood raya tu tak berapa nak ada. Bukan Fiza je rasa macam tu, suami pun sama. Macam tak percaya je dah nak raya, cepat betul Ramadhan berlalu.

Mood persiapan raya masih terkontang kanting lagi ni. Nak beli baju raya pun fikir banyak kali. Dengan harganya yang mahal (kalau beli mampu beli satu baju je), dengan saiz bajunya takde (sebab ramai dah beli awal dan tinggal saiz yang tak sesuai dengan diri ini), Warna pilihan pun takde stok ( terpaksa cari warna lain). Semua faktor ni buat lagi rasa tak beria sangat nak raya. Cuma lebih kepada semangat nak raya je. Persiapan tu masih kurang. Apapun umat Islam mestilah bergembira sambut raya kan setelah berpuasa selama sebulan. Hari kemenangan untuk semua umat Islam.


Bulan Julai bulan bergembira untuk kita menikmati raya dan cuti yang panjang. Makan juadah raya yang sedap-sedap, beraya sakan dan yang paling penting elakkan mengumpat bila dah berkumpul tu. Ingat tu!

5 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.